blog ini diilhamkan buat sahabat-sahabat yang ingin berkongsi pandangan yang ikhlas, tulus dan mulus, minda yang terbuka, tanpa ada prasangka dan dendam pada sesiapa pun...
23 April 2009
United kukuh kedudukan liga..
LONDON: Manchester United mengukuhkan kedudukan untuk mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 2-0 ke atas Portsmouth di Old Trafford pagi tadi. Wayne Rooney yang kembali daripada kecederaan, meletakkan United di depan dengan gol mudah hasil hantaran Ryan Giggs selepas hanya sembilan minit permainan. Pemain gantian, Michael Carrick memastikan kemenangan United dengan rembatan kencang lapan minit sebelum tamat permainan. Dengan kemenangan itu, pasukan Sir Alex Ferguson memintas Liverpool dengan tiga mata dan kelebihan baki satu perlawanan. - sumber www.bharian.com.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan