IKLAN


DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU

Raja-Raja Melayu

Raja-Raja Melayu

INILAH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat RAJA-RAJA dan PEMIMPIN-PEMIMPIN MELAYU yang diperbuat 51 tahun dahulu semasa MERDEKA 31 OGOS 1957
“KAMI WASIATKAN kepada zuriat keturunankami 7 PERKARA yang mana jika kamubersatu padu dan berpegang teguhkepadanya selama itulah kamu akan selama sejahtera”
PERKARA SATU•
Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
PERKARA DUA•
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan isytihar dan simpan, selain gunung-ganang tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum yang lain.
PERKARA TIGA•
Bagi menjaga kamu dan melindungi anak-anak kamu harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU untuk membenteraskan kekacauan dalam Negara dan ancaman dari Luar Negara.
PERKARA EMPAT•
Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kadaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah Negara ini
PERKARA LIMA•
Kami tetapkan ISLAM ialah AGAMA PERSEKUTUAN
PERKARA ENAM•
Kami tetapkan juga bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU
dan
PERKARA TUJUH•
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri SABAH dan SARAWAK.

Pilihan Juara WC 2010

24 Mei 2009

jodoh pertemuan itu ketentuan ALLAH SWT


Duda balik umrah 10 hari nikah janda

Haron dan Imah diarak menaiki motosikal dari masjid ke Balai raya di Kampung Sawah, Sunggala pada majlis kahwin mereka di Port Dickson, semalam.
Bekas tentera temu jodoh ketika kunjungi gerai makan PORT DICKSON: Doa seorang warga emas berusia 78 tahun di depan Jabal Rahmah, Makkah, supaya dipermudahkan jodohnya, termakbul apabila selamat dinikahkan, di sini semalam, hanya selepas 10 hari menunaikan umrah. Majlis pernikahan Haron Abdullah dengan guru Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa), Imah Abd Hamid, 49, berlangsung penuh meriah di Masjid Kampung Sawah Sunggala dengan bekas tentera itu menyerahkan wang hantaran RM3,000. Selepas majlis akad nikah, Haron yang juga bekas ketua kampung berkenaan serta kini Penasihat Kelab Motosikal Jaguh Port Dickson, membawa isteri barunya menunggang Jaguh diiringi beberapa ahli kelab ke balai raya kampung itu untuk majlis jamuan. Haron yang kematian isteri pertamanya 25 Januari lalu, berkata ketika menunaikan umrah awal bulan ini, beliau berdoa agar bertemu pengganti isterinya sebelum terpikat kepada Imah yang ditemui di sebuah gerai makan di kampung berkenaan. “Ketika terpandang Imah, hati berdetik mungkin inilah jodoh saya. Hasil risikan mendapati dia kematian suami sejak dua tahun lalu. Imah juga mengenali saya, tetapi saya tidak pernah nampak dia sebelum ini," katanya.
Bekas tentera itu yang bukan saja masih sihat, malah aktif dalam kegiatan kemasyarakatan di kampung itu dengan memegang jawatan Pengerusi Rukun Tetangga dan Tabika Kemas berkata, selepas berhubungan melalui telefon bimbit, beliau menyuarakan hasrat untuk hidup bersama Imah. Haron yang mempunyai sembilan anak, 30 cucu dan dua cicit serta Imah yang dikurniakan empat anak hasil perkahwinan masing-masing sebelum ini, dinikahkan oleh imam masjid, Kamaruddin Ibrahim.
kucing-kita lupakan sebentar kemelut politik yang berlaku disekitar kita la ni. kucing tertarik dgn berita yang dipaparkan di dalam bharian.com.my di atas.sememangnya apa yang berlaku di atas muka bumi ini adalah merupakan ketentuan ALLAH swt yang telah ditentukan sejak azali lagi. dan kita sebagai umat islam yang beriman dan bertaqwa kepada ALLAH swt, seharusnya kena menerima apa saja yang berlaku dengan penuh keinsafan dan rasa rendah diri. SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT PAKCIK HARON DAN MAKCIK IMAH-siap konvoi atas moto besaq lagi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan