IKLAN

DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU

Raja-Raja Melayu

Raja-Raja Melayu

INILAH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat RAJA-RAJA dan PEMIMPIN-PEMIMPIN MELAYU yang diperbuat 51 tahun dahulu semasa MERDEKA 31 OGOS 1957
“KAMI WASIATKAN kepada zuriat keturunankami 7 PERKARA yang mana jika kamubersatu padu dan berpegang teguhkepadanya selama itulah kamu akan selama sejahtera”
PERKARA SATU•
Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
PERKARA DUA•
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan isytihar dan simpan, selain gunung-ganang tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum yang lain.
PERKARA TIGA•
Bagi menjaga kamu dan melindungi anak-anak kamu harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU untuk membenteraskan kekacauan dalam Negara dan ancaman dari Luar Negara.
PERKARA EMPAT•
Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kadaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah Negara ini
PERKARA LIMA•
Kami tetapkan ISLAM ialah AGAMA PERSEKUTUAN
PERKARA ENAM•
Kami tetapkan juga bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU
dan
PERKARA TUJUH•
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri SABAH dan SARAWAK.

Pilihan Juara WC 2010

21 Disember 2009

Yang lain bila lagi..??

Tidak tutup aurat, kompaun RM500


ANGGOTA penguat kuasa MPKB-BRI memeriksa peniaga dan pembantu kedai yang tidak menutup aurat di Pasar Borong Wakaf Che Yeh, Kota Bharu malam kelmarin.


KOTA BHARU - Seramai 15 peniaga dan pekerja wanita beragama Islam di Pasar Borong Wakaf Che Yeh di sini dikenakan kompaun RM500 oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) pada operasi tutup aurat di sini malam kelmarin.

Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI, Wan Sharafi Wan Mustafa berkata, mereka dikenakan tindakan tersebut kerana berpakaian tidak menutup aurat dengan sempurna.

Menurutnya, tindakan tersebut diambil mengikut Undang-undang Kecil Trade Perniagaan MPKB-BRI 1986 (pindaan 2002).

Jelas beliau, penguatkuasaan larangan mendedah aurat itu dikenakan kepada golongan peniaga yang menjalankan aktiviti perniagaan mereka di bandar ini tanpa mengira waktu.

"Operasi itu diadakan selepas mendapati ramai peniaga dan pekerja wanita beragama Islam tidak menutup aurat walaupun pekeliling bertajuk Arahan Mematuhi Etika Berpakaian telah dikeluarkan sebelum ini," katanya.

Mereka yang dikenakan tindakan itu didapati tidak memakai tudung kepala, memakai kemeja-T berlengan pendek dan ketat serta berseluar panjang ketat-kosmo.com.my

kucing-takkan kat wakaf che yeh ajer, yang kat disko, pub, kelab malam, karaoke, shopping kompleks macamana pulak?

20 Disember 2009

KAH..KAH..KAH..

Petua buat Bung dari Cacing
Cucu dan Kakak ikut Atok balik kampung masa cuti sekolah. Suka Cucu dapat balik kampung. Mana tidak. Di kampung bebas ke sana sini. Tak macam rumah mereka di bandar yang sentiasa terkongkong dalam gate berkunci.Kampung ada macam-macam permainan semulajadi. Panjat pokok, main sungai dan macam-macam gitu. Masuk kebun getah cari kelopak buah getah dan biji getah untuk dijadikan mainan. Dalam kebun kelapa sawit cari serangga kumbang dari celah-celah pokok kelapa sawit. Disimpan dalam kotak seperti binatang peliharaan. Pelepah batang pisang boleh di iris-iris tepinya dan dibunyi 'letup-letup' jadi macam machine gun. Sementara pelepeh pokok pinang boleh diduduk untuk ditarik ke sana sini. Macam-macam hiburan mainan budak kampung. Sambil tu tolong Atok dan Nenek pun seronok juga.
Satu hari Atok ajak Cucu pergi mancing di jeti tepi pantai. Di ajak ikut untuk tunjuk cara cari cacing buat umpan. Caranya dicangkul tanah yang lembab-lembab sedikit dan pecah-pecahkan tanah dengan tangan untuk cari cacing dalam tanah.
Melihat cacing keluar dari lubang-lubang, Cucu hairan dan tanya Atok macam mana cacing boleh duduk dalam lubang. Atok terangkan cacing keluar lubang untuk cari makan dan diam dalam tanah bila cuaca panas. Dia tanya Cucu, mana susah. Nak keluar lubang atau masuk lubang.Cucu jawab senang masuk lubang. Keluar susah.
Atok kata keluar senang. Masuk susah pasal nak masukkan cacing dalam cacing lagi susah dari tarik cacing keluar lubang.
Cucu tak setuju dan nak buktikan pada Atok. Dia masuk rumah dan naik ke bilik Kakak. Dibawa hair spray Kakak ke kebun. Lalu dia sembur seekor cacing dan terus jadi keras. Dengan senang ditolak cacing masuk balik tanah.
Terdiam Atok. Senyum dia lihat kepandaian Cucu menjawab. Zaman moden. Tapi senyuman Atok juga ada maksud lain.
Esok hari Kakak nak bersiap ikut Nenek pergi ke Majlis Orang Kahwin. Dia puas cari hair spray dia satu rumah.
Ditanya adiknya Cucu, dia kata dah letak balik dalam bilik.
Lalu dia tanya nenek kalau nampak.
"Ada, malam tadi Atok bawak masuk bilik. Ada dalam bilik nenek.
"Kakak tanya, "Nenek pakai ke?"
"Tak. Atok kau. Tapi dia tak pakai pada rambut."
-dipetik dari agensi husinlempoyang.

kucing-kucing dengan isteri gelak besaq bila baca menatang ni!! sori bro husin, kucing copycat...seronok gila bila baca!! KAH..KAH..KAH

10 Disember 2009

Melayu mudah ditipu..



PETALING JAYA: “Orang Melayu paling mudah ditipu,” tegas Ketua Eksekutif Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), Muhammad Sha’ani Abdullah, ketika diminta mengulas mengenai 28,080 aduan yang diterima pihaknya sepanjang 2008.
Daripada jumlah itu, katanya sebanyak 19,151 aduan daripada kaum Melayu dan kebanyakan kes yang dilaporkan itu membabitkan penipuan syarikat jualan langsung.
Malah, kebanyakan daripada kes yang dilaporkan itu membabitkan masyarakat kaum berkenaan yang tinggal di bandar serta mempunyai latar belakang akademik yang agak tinggi.
“Paling menarik kami menerima satu kes membabitkan seorang pensyarah di sebuah universiti tempatan dan dia melabur sebanyak RM20,000 untuk menyertai sebuah skim pelaburan penternakan lembu.
“Apa yang NCCC musykil pensyarah berkenaan begitu mudah menyerahkan kad kreditnya kepada sindiket berkenaan tanpa memeriksa latar belakang syarikat terbabit,” katanya ketika ditemui pada majlis makan tengah hari bersama media, di sini, semalam.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Datuk N Marimuthu; Ketua Pegawai Operasi Fomca, S Piarapakaran; Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan Pengguna, Datuk Paul Selvaraj dan Ketua Pegawai Eksekutif Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman.
Sha’ani yang juga Setiausaha Agung Fomca berkata, kes membabitkan pensyarah itu berjaya diselesaikan kurang daripada 24 jam kerana tindakan pantas mangsa yang melaporkan perkara berkenaan kepada pihak NCCC.
Walaupun jumlah laporan yang diterima itu agak tinggi berbanding tahun sebelumnya, ia bukanlah ukuran untuk memberitahu orang ramai bahawa masyarakat Melayu di negara ini terlalu mudah ditipu dan dipermainkan.
Tetapi ia menunjukkan kaum berkenaan sudah mula sedar mengenai kepentingan serta hak sebagai seorang pengguna yang bijak.-hmetro.com.my

kucing-biaq padan muka depa..

Bila lawak tak kena tempat..

Nabil berlawak depan JPJ




KALAULAH Marilyn ni pakai gigi palsu, pasti berderai-derai gigi palsu Marilyn tertanggal gara-gara ketawakan kisah yang baru Marilyn dengar tentang Raja Lawak kedua kita, si Nabil Ahmad.

Marilyn tak hairan kalau Nabil buat lawak dalam majlis atau program TV tapi yang buat Marilyn pecah perut bila teman Marilyn, Cik Timah Sendat dalam pejabat Marilyn cakap yang Nabil sempat buat lawak masa kena tahan abang-abang JPJ dalam satu sekatan jalan raya baru-baru ini.

Ketika ditahan di Dataran Merdeka, Nabil menunggang motosikal berkuasa besar miliknya.

Yang kelakarnya bila ditahan Nabil bukan sahaja serahkan kad pengenalan dan lesen memandu terkininya bahkan semua lesen memandunya termasuklah lesen L dan lesen-lesen yang tamat tempoh.

Kata Nabil, kalau JPJ benarkan, dia nak mohon lesen memandu untuk tempoh sehingga 2020. Ada ke orang lain berani buat lawak begitu?

Kalau Marilynlah, salah ke tak salah, nampak je JPJ atau polis trafik buat sekatan, perut dah menggelegak menahan takut.

Yang buat tak tahan lagi, Nabil siap buat alasan kenapa dia sudi berhenti masa kena tahan.

"Kalau encik-encik JPJ ni yang tahan, tak nak saya berhenti. Tapi saya berhenti ni pun sebab Cik Murni kita ni jer," seloroh Nabil sambil menunjukkan isyarat kepada seorang anggota JPJ wanita bernama Murni yang cantik molek di situ.

Nabil oh Nabil, kamu memang pelawak. Sampai abang-abang JPJ pun tak boleh nak serius bila berdepan kamu. Lawak, lawak juga tapi nasib baiklah, Nabil tak kena tahan sebab nombor plat motosikalnya tidak menepati skala JPJ. Dia cuma diberi peringatan sahaja-kosmo.com.my

kucing-saman ajer mamatu tu, En. JPJ..

Kor Ming biadab - Ibrahim

KUALA LUMPUR 9 Dis. - Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menyifatkan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming sebagai biadab apabila mengungkit perbelanjaan kerajaan dalam membina masjid di seluruh negara.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan Kor Ming dilihat mahu menyalakan api dalam sekam kerana beliau menyentuh hal ehwal agama Islam yang tertakluk di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu.

Tegasnya, tiada sesiapa pun berhak membangkitkan soal peruntukan untuk membina masjid walaupun atas tujuan meminta peruntukan yang lebih bagi aktiviti agama lain.

''Dia (Kor Ming) boleh mendesak kerajaan beri peruntukan lebih untuk kegiatan agama lain, tetapi dia tidak boleh pada masa sama membandingkan peruntukan yang diberi kerajaan untuk pembinaan masjid.

''Bila itu berlaku apatah lagi dibuat di luar Parlimen, maka ia sudah menjadi hasutan selain satu kenyataan politik yang cuba menimbulkan pergaduhan agama. Ini ibarat menyalakan api dalam sekam," katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen di sini hari ini.

Bil elektrik akan naik lagi??


Tarif baru elektrik tunggu kelulusan

PUTRAJAYA: Tarif elektrik baru mungkin diperkenalkan Januari depan jika diluluskan kabinet, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Beliau berkata, Tenaga Nasional Berhad sudah mengemukakan permohonan untuk menaikkan tarif elektrik, namun kementerian masih mengkaji mengenainya sebelum dikemukakan kepada kabinet.

"Tarif ini dikaji semula setiap enam bulan sejajar dengan harga minyak, tetapi sama ada tarif baru akan dikenakan atau tidak, bergantung kepada kabinet," katanya pada perhimpunan bulanan kementerian dan sambutan Hari Inovasi di sini, semalam.

Chin berkata, kabinet akan mengambil kira semua perkara sebelum meluluskan tarif baru.

"Adalah perkara biasa untuk TNB meminta kenaikan tarif elektrik oleh kerana kenaikan kos dan sebagainya, tapi kabinet melihat situasi keseluruhan termasuk keadaan ekonomi dan kemampuan rakyat untuk membayar," katanya.

kucing-sepatutnya TNB memikirkan terlebih dahulu sebelum mengemukakan cadangan kepada kabinet. Kucing rasa, TNB tidak perlu untuk menunggu kabinet membuat keputusan, ia sepatutnya menjadi sebahagian daripada Corporate Social Responcesibility (Tanggungjawab Sosial Korporat) yang telah dibangkitkan oleh YAB Perdana Menteri.
Hukumnya mudah, kalau tarif elektrik naik, harga barang dan perkhidmatan akan naik. Tak kira sama barang atau perkhidmatan tersebut menggunakan elektrik atau tidak.

09 Disember 2009

Bila Cha Ya Nun Alif Mula Mempersoal Tentang Masjid..

Kor Ming persoal kerajaan bina banyak masjid

KUALA LUMPUR 8 Dis. – Seorang ahli Parlimen DAP hari ini mempersoalkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 buah masjid bagi tempoh 2000 hingga 2008 sedangkan pada masa sama kerajaan gagal membina rumah ibadat bagi agama lain untuk tempoh yang sama.

Ahli Parlimen Taiping yang juga Timbalan Bendahari Agung DAP, Nga Kor Ming berkata, walaupun mengalu-alukan usaha kerajaan memartabatkan agama Islam tetapi pada masa sama berasa kesal kerana rakyat bukan Islam telah dianaktirikan sedangkan mereka juga adalah pembayar cukai.

Beliau yang juga Setiausaha DAP Perak berkata, sebab itu kerajaan Pusat harus belajar daripada kerajaan campuran DAP, Pas dan PKR di Perak dahulu serta kerajaan Pas Kelantan yang membenarkan pembinaan tokong terbesar di Asia Tenggara walaupun turut memartabatkan Islam.

“Dan kerajaan pakatan pembangkang di Perak ketika memerintah dulu banyak menawarkan tapak tanah kepada kuil-kuil Hindu, gereja dan tokong supaya rakyat penganut agama tersebut tidak merana dan berasa terpinggir,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang diedarkan di pusat media Parlimen di sini hari ini.

Menurut Kor Ming, walaupun kerajaan menguar-uarkan slogan 1Malaysia namun adalah jelas gagasan tersebut adalah janji manis yang berupa cakap kosong sahaja.

Katanya, ini berdasarkan jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop terhadap soalan dikemukakan beliau bahawa kerajaan telah menggunakan tabung wang rakyat sebanyak RM748.26 juta untuk membina masjid melalui peruntukan khas Perdana Menteri.

‘‘Bagaimanapun tidak ada perancangan yang bersistem, struktur dan agihan peruntukan adil diberikan kepada penganut agama bukan Islam.

‘‘Menurut jawapan kerajaan, kerajaan Persekutuan hanya memperuntukkan RM9 juta untuk bantuan kepada semua institusi ibadat bukan Islam dalam tempoh 2003 hingga 2008 iaitu satu jumlah 1.2 peratus sahaja,” jelasnya.

Kor Ming menegaskan, prinsip pertama Rukun Negara adalah Kepercayaan Kepada Tuhan dan oleh itu semua rakyat Malaysia termasuk rakyat bukan beragama Islam harus menerima ajaran agama yang betul.

Menurut beliau, justeru adalah menjadi tanggungjawab kerajaan membantu pembangunan pendidikan rohani rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam juga.

‘‘Semua rakyat adalah pembayar cukai, adalah tidak adil penganut agama bukan Islam dianaktirikan,” jelasnya-utusan.com.my

kucing-selama kucing hidup ni, inilah kali pertama ada manusia yang mempersoalkan tentang pembinaan masjid. Apakah dia lupa yang telah termaktub di dalam perlembagaan bahawa agama islam itu adalah agama rasmi persekutuan, tetapi bangsa lain bebas mengamalkan agama anutan mereka sendiri. Sejak kebelakangan ini, ramai bangsa C dan I telah mula mempersoalkan tentang agama ISLAM. Memula dulu bantah laungan azan, lepas tu mempermainkan tulisan jawi, la ni nak persoal bina masjid. Siapa mereka nak persoal perkara sebegini? selama ini pun kerajaan tidak pernah menghalang depa bina kuil atau rumah ibadat yang lain. Melalui kenyataan di atas, jelas menunjukkan yang kerajaan tak pernah halang bina wat siam terbesar di kelantan. So, kenapa nak persoalkan pembinaan masjid pula? Jangan cuba jolok sarang tebuan..

05 Disember 2009

UINDIAN KUMPULAN WORLD CUP 2010


kucing-dimanakan pasukan pilihan sahabat akan beraksi kelak??

02 Disember 2009

10 terbaik eropah bah.2

6. Kaka

7. Zlatan Ibrahimovic

8. Wayne Rooney

9. Didier Drogba

10. Steven Gerrard

10 terbaik eropah bah. 1

1. Lionel Messi

2. Cristiano Ronaldo

3. Xavi Hernandez

4. Andreas Iniesta

5. Samuel Eto'o

Keputusannya...

Anwar tetap dibicara


Mahkamah tolak permohonan batal tuduhan meliwat

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak permohonan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk mengetepikan dan membatalkan tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Sehubungan itu, mahkamah menetapkan perbicaraan kes berkenaan selama sebulan bermula 25 Januari depan.

kucing-rakyat telah lama menanti apakah keputusannya nanti. janganlah ada dalih dalih lagi, tangguh-tangguh lagi...

26 November 2009

Nie pun nk buat main-main...

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam tak senang duduk. Padd satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni.

Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti.

Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yg kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan" .

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.

Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala...". Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali dan menyuruh Tok Bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak khusyuk jugak lagi...

Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba-tiba je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aaa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" Lalu batallah solat Budin. Yg lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dg wirid-wiridnya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata,

"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee..."

Tok imam pun terkedu & terpana...

usik-usik minda 1


lembu hitam kata : mcmana bro, tak leh cabut lari dah ni, ayaq naik kelilin...
lembu coklat kata : kita redah aje..
lembu hitam kata : tak nak la bro, aku bukannya reti berenang,karang hanyut, naya ajer!
lembu coklat kata : betui jugak..abih tu apa kita nak buat la ni?!
lembu hitam kata : lebih baik kita 'korbankan' diri kita..daripada mati hanyut, lebih baik kita mati dalam korban, pahala pun boleh..
lembu coklat kata : betui jugak cakap hang...
maka, kedua-dua ekoq lembu tu pun naik la baik le atas tebing setelah niat "cabut lari" depa tu terhalang sebab ayaq banjir..

suami dia kata : lega la timah ooii, kalau tak jenuh laa kita nak cari lembu ganti ni...
isteri dia kata : nasib baik ayaq tak surut lagi, kalau tak jenuh..nk sembelih ayam pun, bukannya penah orang buat korban!

25 November 2009

INGIN MENCUBA NASIB?

Milik siapa suara itu?




"PANGGILAN terakhir untuk penumpang pesawat MH4 ke London. Semua penumpang dipersilakan ke balai berlepas di pintu C2 untuk penerbangan segera. Terima kasih."

Pengumuman yang keluar daripada corong-corong pembesar suara itu seakan-akan satu signatur penting di mana-mana lapangan terbang di dunia. Tidak terkecuali, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang berlokasi di Sepang, Selangor.

Bagi memberi informasi penerbangan terkini kepada semua pengunjungnya, pengumuman tersebut akan dibaca dalam bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Arab.

Percaya atau tidak, pihak pengurusan KLIA sering menerima pujian kerana lontaran suara yang menyebut perkataan-perkataan asing itu bagaikan tiada cacat celanya. Harus diketahui bahawa latar suara pelbagai bahasa itu datang daripada individu yang sama iaitu pembantu penerangan.

Memegang jawatan itu memerlukan mereka memiliki kemahiran bertutur dalam bahasa Arab dan Mandarin yang cukup baik.


SELESAI waktu bekerja, Zeerella akan menggantung laporan kerjanya di papan informasi yang disediakan.


Tiada seorang pun orang Arab atau petugas berketerunan Cina di situ. Sebaliknya, ruang pejabat yang dilengkapi dengan mikrofon itu dihuni oleh pekerja-pekerja tempatan.

Zeerella Cartlez, 24, sudah bekerja sebagai pembantu penerangan di KLIA selama hampir dua tahun. Dia mengetahui mengenai kekosongan jawatan tersebut melalui notis yang dihantar melalui e-mel. Setelah meneliti kriteria yang diperlukan, Zeerella memberanikan diri untuk menghadiri sesi temuduga.

"Temuduga pada hari itu sangat cepat. Tidak sampai pun 10 minit. Walaupun berdebar, saya buat-buat yakin sahaja ketika disoal. Lagi pun, saya pernah bersekolah Cina di sekolah rendah dan menengah.

"Paling penting mereka mahu dengar saya pandai bertutur dalam bahasa Inggeris dan Mandarin," katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Disiplin tinggi

Anak kedua daripada lima beradik itu memberitahu dia sangat menyukai kerjanya itu. Sebabnya, walaupun tidaklah popular seperti penyanyi 'graduan' rancangan realiti, tetapi suaranya tetap akan berkumandang di KLIA hampir setiap hari.

Wanita berambut lurus itu tahu bukan sedikit remaja tempatan mampu menguasai bahasa asing. Namun, mereka mungkin kurang berminat untuk bekerja di sana atas faktor jarak tempat kerja yang jauh atau mengikuti jadual kerja yang memerlukan disiplin tinggi.

Disiplin yang dimaksudkan oleh Zeerella adalah setiap pembantu penerangan tidak boleh mengaktifkan telefon bimbit ketika bertugas. Tempoh rehat yang diberikan juga pendek. Hanya 30 minit berbanding kerja-kerja lain yang waktu rehatnya mungkin lebih daripada satu jam.


PERWATAKAN setiap pembantu penerangan mestilah ceria dan murah dengan senyuman.


"Bukan itu sahaja, kami juga perlu mengikut jadual kerja yang sedikit pelik. Misalnya, masuk kerja pada pukul 7 pagi atau mula bertugas pada pukul 11 malam," jelasnya sambil tersenyum.

Meskipun perlu mematuhi peraturan sebegitu, Zeerella mengakui kerjanya itu cukup menyeronokkan. Malah, dia juga berpeluang memantapkan lagi kemahiran bahasanya.

"Kalau bekerja di tempat lain dan tidak dilatih, saya mungkin sudah lupa semua perkataan Mandarin. Akhirnya, kebolehan itu akan rugi macam itu sahaja," tambahnya lagi.

Pernah tertekan

Baru menjangkau usia 20 tahun, Mohd. Zaharizwan Zakaria menjelaskan pekerjaan itu mempunyai sisi positif dan negatifnya. Ketika di awal tempoh bekerja, Zaharizwan pernah mengalami sedikit tekanan.

Namun, ia bukanlah terlalu serius. Sebabnya, dia terpaksa mengingati lebih kurang 50 penerbangan. Tidak dinafikan bahawa setiap pembantu penerangan diberikan teks untuk dibaca, tetapi mereka juga perlu cekap untuk membaca monitor yang tertera berkaitan setiap penerbangan sama ada pelepasan atau ketibaan.


SEMUA laporan harian pembantu penerangan akan dipamerkan di papan informasi.


"Buat masa sekarang, saya masih membaca teks untuk membuat pengumuman. Mungkin kalau sudah ada pengalaman nanti, saya tidak perlukan teks lagi.

"Sebenarnya, ayat yang dibaca itu semunya sama sahaja. Apa yang membezakannya adalah nombor pintu dan penerbangan," jelasnya yang membuat sekurang-kurangnya 130 pengumuman pada setiap syif bekerja.

Menurut Zaharizwan, terdapat dua kumpulan pembantu penerangan yang akan bertugas pada setiap hari. Harus diingat bahawa tugas yang diamanahkan bukan sekadar mengumumkan informasi penerbangan semata-mata.

Sebaliknya, mereka juga bertanggungjawab membuat pengumuman sekiranya timbul masalah seperti kehilangan barang, anak dan sebagainya.


SETIAP syif dikendalikan oleh dua pembantu penerangan untuk membuat apa sahaja pengumuman di KLIA.


Selain itu, mereka sesekali tidak dibenarkan meninggalkan bilik operasi sewenang-wenangnya. Malah 15 minit sebelum memulakan tugas, setiap pekerja akan diberi taklimat oleh penyelia masing-masing.

Mereka perlu sentiasa bersiap sedia untuk menerima arahan daripada pengawal pintu untuk membuat panggilan terakhir.

Beritahunya lagi, sebelum memulakan sebarang pengumuman, setiap pekerja diwajibkan mengamalkan tiga proses iaitu tarik nafas, duduk dalam keadaan tegak dan senyum.




"Proses ini memang kena ikut. Sesiapa yang tidak ikut, suara mereka mesti tak lancar. Senyuman pula menggambarkan suara seseorang itu dalam keadaan gembira," jelasnya ringkas.

Jamin masa depan

Memakai uniform berwarna oren dan hitam, seorang lagi pembantu penerangan iaitu Zahaizan Zakaria memilih untuk tidak meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi selepas tamat tingkatan lima. Tidak pernah menyesal dengan tindakannya itu, dia yang juga adik kepada Zaharizwan nyata yakin dengan hala tuju masa depannya.

Berbeza dengan remaja lain, dia berpegang kepada prinsip untuk tidak mahu menyusahkan keluarga. Jadi, Zahaizan memilih untuk bekerja sepenuh masa seawal usia 18 tahun kerana mahu meringankan beban orang tuanya.

Tidak dilahirkan dalam keluarga yang mewah, ibunya tidak bekerja manakala ayahnya pula seorang pemandu teksi. Justeru, anak bongsu daripada tujuh beradik itu mahu berdikari mencari rezeki dan menghulurkan sedikit pendapatannya kepada keluarga.

Siapa sangka, gadis bertubuh kecil itu sebenarnya mempunyai suara yang cukup matang apabila berhadapan dengan monitor dan pembesar suara untuk mengumumkan apa sahaja yang berlaku di sekitar KLIA.

Anak tangkap mak!


MELAKA: Tidak sanggup melihat insan disayangi terus bergelumang dosa, seorang anak membulatkan tekad menahan ibu kandungnya selepas mengetahui wanita terbabit berkhalwat dengan seorang lelaki di rumahnya di pinggir bandar ini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam, anak lelaki wanita terbabit yang berusia awal 20-an ke rumah sewa ibunya di bandar raya ini selepas mengesyaki ada lelaki datang ke rumah itu.

Difahamkan, selepas menunggu beberapa jam di luar rumah, teman lelaki ibunya masih tidak keluar menyebabkan anak wanita berkenaan curiga lalu menghubungi polis dan pegawai penguat kuasa agama di kawasan berkenaan supaya mengambil tindakan sewajarnya.

Bagaimanapun, tanpa diduga beberapa minit selepas laporan dibuat, lelaki terbabit keluar dari rumah dan menyedari dia mahu beredar, anak wanita itu bersama beberapa rakannya menahannya.

kucing-donia-donia..

KAT MANA-MANA PUN BOLEH..


kuicng-nak tunggu depan buat atas bulan pulak..

23 November 2009

KALAU NAK KAWIN, BUAT APA PUN SANGGUP

ini berlaku di kuantan pahang...

kucing-kot iyer pun tunggu la sampai habis banjir..bukan nak lari gunung dikejar pun..

14 November 2009

TERBARU DI SELANGOR 2


gambar hiasan - tidak ada kena mengena dengan motosikal kucing

kucing-mcmana nk dpt perkhidmatan tu? nak kena booking awal ker? ada moto sejibik nak cuci

TERBARU DI SELANGOR...

05 November 2009

KUCING NI JENIS CARGAS SELALU..!!


yea..yea..

Kucing disahkan dijangkiti selesema babi

WASHINGTON 5 Nov. – Seekor kucing di Iowa disahkan positif influenza A (H1N1) sekali gus menjadi kucing pertama dijangkiti wabak pandemik ini, lapor Pertubuhan Perubatan Veterinar Amerika Syarikat, semalam.Kucing berusia 13 tahun itu dipercayai dijangkiti virus tersebut daripada penghuni rumah tempatnya tinggal.Ia bagaimanapun telah pulih sepenuhnya dan tidak akan menjangkiti sesiapa pun.Anjing dan kuda dikatakan turut boleh dijangkiti pelbagai jenis virus selesema, tetapi sehingga kini masih belum ada binatang ini yang dijangkiti wabak selesema babi ini. – Reuters

kucing-bukan kucing ini yang kena!! wawawa!! kucing nih jenis cargas selalu!!

Ingat sebelum terkena!!

Diarah sara ibu bapa sepanjang hayat


KASSIM (dua kiri) bersama Fatimah (kiri) dan ahli keluarga berbincang dengan peguam mereka di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, semalam.

Pensyarah, suami juga mesti tunai lima tuntutan lain

SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam memerintahkan seorang pensyarah universiti yang berkelulusan ijazah doktor falsafah (PhD) dan suaminya memberi nafkah kepada ibu bapanya sepanjang hayat.
Hakim Mohd Nadzri Abdul Rahman Ibrahim, juga memerintahkan Raja Suzana Kassim, 39, dan suaminya, Zulazli Hashim, 43, memenuhi lima tuntutan lain yang difailkan Kassim Othman, 74, dan isterinya, Fatimah Salleh, 66, iaitu membenarkan mereka sepanjang hayat tinggal di sebuah rumah di Kampung Jiboi Baru, Ampangan.


Mahkamah turut memerintahkan pasangan warga emas itu diberi kebebasan bergerak dan melakukan aktiviti dalam rumah itu serta kawasan persekitaran; diberi kebebasan dilawati anak lain pada bila-bila masa sepanjang hayat; menghormati dan menjaga kebajikan mereka serta membiayai mereka mengerjakan haji.
"Saya juga memerintahkan defendan pertama membayar nafkah RM500 sebulan, iaitu RM250 kepada plaintif pertama (Kassim) untuk membayar bil utiliti dan kos penyelenggaraan kawasan rumah serta RM250 kepada plaintif kedua (Fatimah) untuk kos perbelanjaan harian pada setiap akhir bulan sepanjang hayat mereka.

"Saya fikir bayaran nafkah itu mencukupi untuk pasangan warga emas seperti mereka kerana anak lain juga perlu bertanggungjawab menanggung mereka. Perintah ini berkuat kuasa serta-merta," katanya dalam penghakiman ringkas kes itu.Bagaimanapun, hanya Zulazli hadir ketika hakim membacakan keputusan itu. Raja Suzana, anak kelima daripada lapan beradik tidak hadir kerana mahkamah diberitahu peguamnya, Norzaini Nordin, bahawa anak guamnya terpaksa mengendalikan peperiksaan akhir semester penuntutnya.
Pada April 2007, Kassim dan Fatimah yang diwakili Haniff Hassan, memfailkan enam tuntutan termasuk nafkah sepanjang hayat daripada anak perempuan dan menantunya kerana didakwa memungkiri janji dan mengusir mereka dari rumah yang dipindah milik kepada anak dan menantunya itu.
Pada 1993, Raja Suzana serta Zulazli mendirikan rumah tangga dan pada 2002, Kassim memindah pemilikan tanah kepada defendan selepas mereka berjanji, antara lain menanggung nafkah plaintif selagi mereka hidup serta membenarkan kedua-dua plaintif tinggal di rumah itu-bharian.com.my

kucing-ingat sebelum terkena!! kalau ada masa, jenguk-jenguklah ibu bapa kita di kampung..kalau tak der masa, cari jugaklah masa..