IKLAN

DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU

Raja-Raja Melayu

Raja-Raja Melayu

INILAH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat RAJA-RAJA dan PEMIMPIN-PEMIMPIN MELAYU yang diperbuat 51 tahun dahulu semasa MERDEKA 31 OGOS 1957
“KAMI WASIATKAN kepada zuriat keturunankami 7 PERKARA yang mana jika kamubersatu padu dan berpegang teguhkepadanya selama itulah kamu akan selama sejahtera”
PERKARA SATU•
Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
PERKARA DUA•
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan isytihar dan simpan, selain gunung-ganang tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum yang lain.
PERKARA TIGA•
Bagi menjaga kamu dan melindungi anak-anak kamu harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU untuk membenteraskan kekacauan dalam Negara dan ancaman dari Luar Negara.
PERKARA EMPAT•
Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kadaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah Negara ini
PERKARA LIMA•
Kami tetapkan ISLAM ialah AGAMA PERSEKUTUAN
PERKARA ENAM•
Kami tetapkan juga bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU
dan
PERKARA TUJUH•
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri SABAH dan SARAWAK.

Pilihan Juara WC 2010

30 April 2009

PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM..!!


kepada rakan-rakan terutamanya beragama Islam berhati-hati apabila ingin membeli kasut..seperti gambar diatas ini, kasut berjenama PUMA menggunakan kalimah 'Allah' sebagai corak di kasutnya...jika diperhatikan secara sepintas lalu mungkin kita tidak perasan dengan kalimah 'Allah' itu kerana bercampur dengan berbagai-bagai corak bagi mengaburi mata umat Islam..bagi yang sudah terbeli jangan memakai kasut ini,manakala bagi yang bercadang ingin membeli kasut perlulah berhati-hati jangan terbeli kasut keluaran PUMA ini..Mungkin ini agenda Yahudi ingin menimbulkan sentimen agama dikalangan umat islam...sebagai pengguna yang beragama Islam,wajarlah kita memboikot jenama PUMA ini...Sebarkan pada umat Islam yang lain..
kucing-pakat kasut fung keong ajer..:-)

SELAMAT MENYAMBUT HARI BURUH 01.05.2009


KERANAMU MALAYSIA MAJU
kucing-sebagai pekerja, sudah semestinya walau sebesar mana sumbangan kita, hanya untuk memajukan negara dan mencari rezeki yang halal untuk keluarga kita. Tak kesahlah apa juga pekerjaan kita (tolak yang jahat-jahat!!) semuanya ada kebaikannya dan kelebihannya. SELAMAT MENYAMBUT HARI BURUH 2009...

MAN UTD 1 ARSENAL 0

ONE man is responsible for the fact Manchester United do not already have this Champions League semi-final sewn up — Arsenal keeper Manuel Almunia.
The Spaniard single-handedly kept the Gunners in the tie with a series of magnificent first-half saves. Despite total dominance, United head to the Emirates next week with only a slender advantage through John O’Shea’s 18th-minute strike into the roof of the net from six yards.
They are still hot favourites to go through to the final in Rome, with a chance of becoming the first team ever to retain the Champions League trophy.
But how they were cursing that they did not bury their opponents last night.
United had 14 shots at goal to Arsenal’s five and eight efforts on target to the Gunners’ one. Almunia, though, stood defiant-thesun.co.uk

kucing-memang cukup berbaloi-baloi (kata amy search) tgk semalam..CAYALAH MAN UTD

29 April 2009

BERJUANG BERHABIS-HABISAN...

Kepada semua penyokong MAN UTD, pastikan memakai baju merah malam ni...kita riuhkan ruang-ruang tamu dan kedai-kedai mamak dengan sorakan padu menyokong pasukan kesayangan kita...!!!




AMALAN YANG PERLU DIAMALKAN SEHARIAN..

Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan-
1.Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh - Surah Al Baqarah - Ayat 102
2.Anak2 pandai belajar - Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79
3.Anak2 lembut hati/ elak panas baran - Surah Al Anbiyaa - Ayat 69, Surah Al Hasyr - Ayat 22-24
4.Anak2 malas sekolah - Surah Toha ayat 1-5
5.Supaya Suami tak kawin lain - Surah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil
6.Ayat pendinding - Ayat akhir surah At Taubah
7.Bg anak2 yg suka keluar malam - Surah Ar Ruum Ayat 31.. Baca 33x
8.Untuk jadi pendinding rumah - Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray keliling rumah

kucing-insyallah, kalau diamalkan selalu, nescaya kita akan selalu berada dibawah lindungan ALLAH swt

Nafas baru Mahsuri versi Fauziah


Kisah menarik Mahsuri yang dikenali dengan keunikannya memiliki darah putih menjadi pilihan Fauziah Nawi untuk pementasan teater Mahsuri. Ia kini rancak dipentaskan di Istana Budaya selama tujuh hari dan berakhir esok.Pementasan Mahsuri yang dijayakan Vanidah Imran sebagai Mahsuri, Azliyuszaini Mohd Noor (Datuk Pekerma Jaya), Sabera Shaik (Wan Mahura), Ard Omar (Pandak Mayah), Norsiah Mohd Yatim (Cik Alang), Azman Md. Hassan (Deramang), Azizah Mahzan (Wan Endah) dan Cico Harahap (Aria) mendapat sambutan cukup menggalakkan sehingga ruang yang boleh memuatkan 300 orang hampir penuh setiap malam.Mengisahkan keagungan cinta Mahsuri terhadap Wan Darus, adik kepada wakil sultan di Langkawi, Wan Yahya atau dengan gelaran Datuk Pekerma Jaya, akhirnya tidak kesampaian akibat fitnah.Berikutan tohmahan dituduh melakukan hubungan sulit dengan Deramang, dia dijatuhkan hukuman bunuh oleh Datuk Pekerma Jaya setelah termakan hasutan isterinya, Wan Mahura ketika Wan Darus meninggalkan Langkawi untuk berperang dengan tentera Siam.Kisah menyayat hati ini menampilkan jalan cerita menarik dengan memberi satu kelainan berbanding cerita Mahsuri yang didengar sebelum ini. Penggunaan unsur syirik dengan melakukan sihir ke atas Mahsuri ketika malam pertamanya dengan Wan Darus, adalah kelainan yang ditonjolkan Fauziah dalam teater ini.Namun, rata-rata melahirkan rasa tidak puas kerana masa pementasan selama satu setengah jam itu, tidak menonjolkan kekuatan watak 'Mahsuri' sebagai peranan utama dalam pementasan teater berkenaan.Selain itu, jalan cerita berakhir selepas Mahsuri dijatuhi hukuman bunuh, membuatkan penonton tertanya-tanya 'takkan sudah habis' kerana secara sinonimnya, kisah legenda ini akan menyusur reaksi Wan Darus selepas kematian isteri yang amat dicintainya itu.Ramai berpendapat, kekuatan watak Mahsuri hanya dapat dirasai ketika babak akhir pementasan iaitu ketika dia dibawa ke tempat hukuman, menyumpah Langkawi menjadi padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan dan dihukum bunuh.-hmetro.com.my


kucing-kucing pernah bertugas dan tinggal di langkawi, permata kedah untuk beberapa tahun dan pernah jugak beberapa kali menonton persembahan teater Mek Mulong di Perkampungan Mahsuri di Kg. Mawat, Mukim Ulu Melaka. Sememangnya persembahan yang hebat yang dipersembahkan oleh anak jati Kg. Mawat sendiri, sehingga ada yang menitiskan air mata. Kalau tak percaya, gi tengok sendiri...

CONFIRM...

VS

STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL

18 JULAI 2009

5.30 PM

kucing-dah tunggu lama dah...

28 April 2009


Durian runtuh untuk pemain Kelantan..

KOTA BHARU - Biarpun kalah, namun pemain Kelantan tetap mendapat durian runtuh apabila pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) memperuntukkan sebanyak RM200,000 sebagai ganjaran kepada mereka kerana mencipta sejarah melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala FA Sabtu lalu.
Ganjaran tersebut meliputi 'pakej melancong sambil belajar' selama 13 hari ke London, Liverpool dan Manchester, England, wang saku dan bonus.
Ia juga sebagai suntikan semangat untuk memastikan pemain menamatkan kemarau kejuaraan selama 39 tahun yang kali terakhir Kelantan memenangi kejohanan berprestij pada tahun 1921 ketika Piala HMS Malaya diperkenalkan.
Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, habuan itu diberikan kerana para pemain serta pegawai persatuan tersebut telah berjaya mentransformasikan bola sepak Kelantan Sabtu lalu.

kucing-Tahniah dapat pi Old Trafford. Kirim salam kat cr7, wr10, berbatov..

Shafie garis dua faktor tawan semula Kedah..

LANGKAWI 28 April — Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah yang baru dilantik, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggariskan dua faktor sekiranya parti itu mahu menawan semula Kedah daripada pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau berkata anggota Umno perlu bersatu mengukuhkan perpaduan dan pemimpin hendaklah bekerja kuat untuk berkhidmat pada masyarakat dan mengutamakan rakyat.
“Rakyat akan melihat kepada dua faktor ini kerana ia adalah kunci untuk memulihkan kepercayaan mereka yang akan menilai sebelum memilih Umno semula dan Barisan Nasional (BN) amnya.
“Saya percaya dan yakin jika ini menjadi pegangan Umno, tiada sebab mengapa ia tidak boleh mengambil alih semula tampok pemerintahan,” katanya kepada pemberita selepas jamuan makan malam bersama Umno bahagian Langkawi di sini, malam tadi.
Menurut Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kedah mempunyai kerajaan yang baik selama ditadbir kerajaan BN, cuma rakyat berharap untuk menikmati khidmat yang lebih baik. - Bernama

kucing-kucing berpendapat dengan ketrampilan dan kesungguhan YB Dato' Seri Shafie Apdal serta kepimpinan beliau yang diterima oleh semua lapisan masyarakat, kucing percaya tiada yang mustahil untuk dilakukan.

Akan tiba ke pawagam..

X-Men Origins : Wolverine

UEFA Champions League Semifinal 1



VS
K.O - 2.30 am,29.4.2009
Nou camp, Barcelona
Ch - ESPN, 812
VS
K.O - 2.30 am,30.4.2009
Old Trafford, Manchester
Ch- ESPN 812

JPV ada vaksin H1N1



KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mempunyai vaksin H1N1 untuk disuntik kepada ternakan babi bagi mencegah penularan wabak selesema babi di negara ini. Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Abd Aziz Jamaluddin, berkata jabatan hanya menunggu arahan Kementerian Kesihatan untuk melaksanakan proses vaksinisasi terhadap ternakan babi. "Buat masa ini belum ada arahan untuk menyuntik vaksin H1N1 kepada ternakan babi di seluruh negara tetapi jika diarah dan keadaan memerlukan, sudah ada vaksin yang sedang dikaji bagi tujuan itu," katanya.
Dr Abd Aziz berkata, vaksin itu turut digunakan di ladang ternakan babi di luar negara sebagai langkah untuk memastikan ternakan itu bebas daripada jangkitan selesema babi. Beliau berkata, setiap pengarah JPV telah diarah mengawal selia ladang ternakan di negeri masing-masing dan memaklumkan kepada ibu pejabat jika terdapat tanda-tanda ternakan di negeri mereka terkena wabak itu. "Tindakan tegas akan diambil jika mereka gagal berbuat demikian. Pengarah juga harus memastikan semua penternak mematuhi arahan semasa bekerja di ladang ternakan babi dengan mewajibkan pekerja sentiasa memakai topeng mulut," katanya.
Dr Abd Aziz berkata, persatuan penternak negeri dikehendaki bekerjasama dengan JPV untuk melaporkan sebarang simptom berkaitan selesema babi. "Jika ada tanda-tanda yang sama seperti virus influenza, demam yang tinggi, sakit tekak dan sakit badan, pekerja ladang perlu diberi cuti dan menjalani pemeriksaan," katanya. Beliau berkata, buat masa ini jabatan belum menerima sebarang laporan berhubung wujudnya simptom selesema babi di negara ini. Katanya, selesema babi berpotensi untuk menjangkiti burung tetapi kadar kemungkinannya adalah rendah.
"Jika selesema burung boleh berjangkit melalui pemakanan, sebagai contoh memakan ayam, selesema babi pula tidak boleh dijangkiti dengan memakan babi tetapi ia boleh dijangkiti melalui pembawaan manusia," katanya. Maklumat lanjut mengenai wabak selesema babi boleh diperoleh dengan menghubungi talian 03-88810200 atau 03-88810300 atau layari laman web www.moh.gov.my. - Bernama

kucing-ini yang kita mahukan.Pihak berkuasa negara kita lebih proaktif dari negara lain kerana dalam depa dok sibuk-sibuk nak prevent H1N1 ini, JPV rupanya dah ada vaksin penawar. Diharapkan pihak kerajaan tidak menunggu lebih lama untuk menggerakkan jentera pasukan JPV ini. TAHNIAH!!

Maklumat tentang selsema babi/swine flu



Maklumat lanjut boleh klik disini.

27 April 2009

PILIHANRAYA KECIL DUN PENANTI

PUTRAJAYA, 27 April (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri N.12 Penanti, Pulau Pinang pada 23 Mei ini, dan jika ada pertandingan hari mengundi pada 31 Mei.Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tarikh keluar writ ditetapkan pada hari ini manakala tarikh notis dikeluarkan pada Khamis ini.

Lagi..

kucing-selamat mengundi....

You are the best!!

Lagi Tentang Virus A/H1N1

GENEVA: Canada menjadi negara ketiga mengesahkan kes selesema babi ketika pegawai kesihatan dunia menimbang untuk menaikkan tahap amaran wabak global. Negara dari New Zealand hingga Sepanyol turut melaporkan kes yang disyaki dan ada yang memberi amaran kepada rakyat masing-masing daripada berkunjung ke Amerika Utara manakala ada yang bercadang mengenakan kuarantin, mengetatkan import produk daging babi dan mengesan penumpang penerbangan yang demam. Keenam-enam kes Kanada di Nova Scotia dan British Columbia itu berkaitan dengan mereka yang berkunjung ke Mexico dan semuanya dijangkiti jenis virus yang sama. Mereka sudah pulih tetapi ia mungkin bukan kes terakhir yang kita akan saksikan di Kanada," kata Ketua Pegawai Kesihatan Awam Kanada, Dr David Butler-Jones. Pegawai Kanan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata jawatankuasa kecemasan agensi itu akan bertemu untuk kali kedua esok bagi meneliti penularan virus itu sebelum memutuskan sama ada meningkatkan amaran kepada wabak sejagat. Jenis virus A/H1N1 selesema babi itu dikesan di beberapa lokasi di Mexico dan Amerika Syarikat and merebak menerusi jangkitan sesama manusia.
Menteri Kesihatan Mexico berkata penyakit itu sudah membunuh 86 orang dan memudaratkan 1,400 yang lain sejak 13 April. Pegawai Amerika berkata virus berkenaan ditemui di New York, California, Texas, Kansas dan Ohio, tetapi tiada kematian dilaporkan. - AP

Lagi tentang virus A/H1N1

Empat langkah mencegah
Pig Flu Reports in UK
Pantau selsema babi



kucing-mintak jauhkanlah dari segala musibah..amin

DUNIA SEMAKIN CEMAS..

Jumlah kematian akibat selesema babi di Mexico semalam, meningkat kepada 81 orang berbanding 68 orang kelmarin. Wabak itu mula menular ke Amerika Syarikat (AS) dengan jumlah mangsa meningkat 10 orang.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran wabak yang dianggap makin mencemaskan itu berpotensi untuk menjadi pusat ‘pandemik’ atau wabak yang akan merebak
di seluruh dunia.
Di Malaysia, orang ramai diminta segera berjumpa doktor jika ada simptom batuk, demam dan sakit badan.
Kementerian Kesihatan menguat kuasa serta-merta empat langkah pencegahan.
Malaysia Airports Holdings Berhad akan memantau penumpang penerbangan dari luar negara termasuk AS mulai hari ini-utusan.com.my

26 April 2009

MANCHESTER UNITED 5 TOTTENHAM HOTSPURS 2



salam..
cakap banyak pun tak guna, MANU 5 SPURS 2..
HAIL OVER RED DEVILS!!







TAHNIAH JUARA PIALA FA 2009


KUALA LUMPUR – Selangor melebarkan rekod kejaguhannya dalam persaingan bola sepak kalah mati kebangsaan apabila menjulang Piala FA buat kali kelima dengan menewaskan Kelantan 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.
kucing-tahniah..

Ini dah berlaku di Mexico..

WABAK selesema babi melanda Mexico sehingga membunuh 68 rakyatnya. Anggota Polis Persekutuan Mexico memakai topeng sebagai langkah berjaga-jaga terhadap wabak baru yang berjangkit itu sambil mengawal di Bandar Mexico. - Foto Reuters

WASPADA WABAK BARU

KUALA LUMPUR 25 April – Pengawasan di semua pintu masuk negara akan diperketatkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan sejenis wabak baru dikenali sebagai selesema babi yang telah meragut 68 nyawa di Mexico dan mencetuskan suasana cemas di negara itu.
Pengawasan itu membabitkan pemeriksaan kesihatan terhadap orang ramai antaranya mereka yang menunjukkan tanda-tanda demam panas.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, wabak berkenaan amat berbahaya kerana ia tersebar melalui manusia bukannya haiwan seperti selesema burung atau ‘avian flu’ yang pernah melanda negara ini.
Beliau bagaimanapun meminta rakyat negara ini supaya tidak panik kerana kerajaan sentiasa berwaspada terhadap apa jua wabak yang boleh menyebabkan kematian.
“Selesema babi telah merebak di Mexico dan pengawasan di semua pintu masuk negara ini perlu diperketatkan segera.
“Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan sentiasa memantau penyakit berjangkit, kita sentiasa mendahului situasi,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai wabak selesema babi yang berpunca daripada virus yang tidak pernah dilihat para penyelidik sebelum ini kerana ia mengandungi kombinasi virus babi, burung dan manusia.
Dalam perkembangan berkaitan, Tiong Lai berkata, beliau belum menerima laporan terkini wabak tersebut daripada Bahagian Kawalan Penyakit dan hanya mengetahuinya melalui laporan media pagi ini.
Beliau turut menyatakan komitmen untuk melaporkan perkembangan terkini mengenai wabak berbahaya itu kepada masyarakat-utusan.com.my


kucing-merisaukan jugak..:-(

25 April 2009

ROSSI DI PETAK HADAPAN



MOTEGI (Jepun): Sesi kelayakan rasmi bagi perlumbaan motosikal Grand Prix di Jepun terpaksa dibatalkan berikutan hujan lebat, hari ini. Sehubungan itu, petak perlumbaan pelumba untuk hari esok ditentukan berdasarkan catatan masa daripada dua sesi latihan bebas yang diadakan Jumaat dan hari ini. Berikut adalah kedudukan petak perlumbaan Grand Prix Jepun untuk edisi 2009:

MotoGP: 1. Valentino Rossi (ITA/Yamaha) 1:48.545
2. Casey Stoner (AUS/Ducati) 0.056 3. Jorge Lorenzo (ESP/Yamaha) 0.420 4. Chris Vermeulen (AUS/Suzuki) 0.837 5. Colin Edwards (USA/Yamaha) 1.152
6. Loris Capirossi (ITA/Suzuki) 1.435 7. Andrea Dovizioso (ITA/Honda) 1.485 8. Marco Melandri (ITA/Kawasaki) 1.578 9. Toni Elias (ESP/Honda) 1.664 10. James Toseland (GBR/Yamaha) 1.797 11. Dani Pedrosa (ESP/Honda) 1.846 12. Nicky Hayden (USA/Ducati) 1.848

selsema babi..??

BBC video report about the swine pig flu and how it is creating a horrible situation in Mexico, where respiration masks have been sold out, and the government is planning to delivery mass vaccinations with human influenza vaccines. It is not clear if the vaccine for the human flu virus will be effective against this new strain of pig virus.

kucing-mengikut laporan yang dikeluarkan oleh BBC, virus ini telah tersebar dgn serius di Mexico dan telah menyebabkan 57 orang telah mati. sila lihat di sini http://pigflu.com/

demam pelawak konti


selamat berjuang dengan semangat kesukanan

salam...
kepada semua penyokong pasukan bolasepak Kelantan dan Selangor, kucing mengharapkan agar perlawanan akhir malam ini akan dijadikan sebagai tiik tolak kepada kebangkitan arena bolasepak negara.
selamat berjuang kucing ucapkan kepada kedua-dua pasukan..dan berjuanglah dengan semangat kesukanan yang tinggi. kalah dan menanag itu adat bertanding..yang menang tak menenag kesemuanya, yang kalah tak pula kalah kesemuanya..
kepada semua penyokong, jagalah adab dan disiplin ketika menonton.janganlah terlalu emosi sehingga berlaku kejadian yang tidak diingini.tanamkanlah semangat kesukanan yang tinggi, bukan sahaja dikalangan pemain, malah penyokong juga.

kucing-nonton dirumah ajer sebab kucing tak sokong the red warrior dan tak juga sokong the red giants...sokong RED DEVILS aje...hehe..

FINAL PIALA FA 2009

vs

STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL
8.30 MLM
25.4.2009


APA KATA MEREKA??
Para jurulatih pilih Kijang juara Piala FA
Devan lwn Butler di Stadium Bukit Jalil
Trofi juara jadi tumpuan kami

RM 500,000 menanti Selangor??
Laluan Kelantan Penuh Berliku
Kesebelasan Kelantan Ampuh

BIG 4 FIXTURES




PEPE digantung 10 perlawanan



MADRID: Pemain pertahanan Real Madrid, Pepe diharamkan bermain 10 perlawanan selepas menerima kad merah yang menyaksikannya bertindak kasar ke atas pemain Garafe pada perlawanan liga, Selasa lalu. Pada perlawanan itu, Real kalahkah Getafe 3-2 di Stadium Bernabeu. Dengan hukuman itu, Pepe, pemain antarabangsa Pertugal akan kehilangan Ini termasuk perlawanan di tempat sendiri dengan pendahulu liga, Barcelona, minggu depan. Hukuman terhadap Pepe dijatuhkan oleh jawatankuasa disiplin Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF). Insiden itu berlaku ketika kedudukan terikat 2-2 dengan tiga minit lagi perlawanan tamat, Pepe menolak Francisco Casquero sebelum pengadil memberikan penalti.
Pepe yang terus berang kemudian menendang Casquero sebelum memijak dengan kasut bolanya di belakang pemain lawan itu. Dia kemudian menampar seorang lagi pemain Getafe, Juan Albin, yang cuba meleraikan keadaan ketika itu. Pengadil terus melayangkannya kad merah dan sebelum itu Pepe sudahpun diberi kad kuning. - Reuters
kucing-jangan ada kelakuan sebegini di kalangan pemain bolasepak tempatan..

24 April 2009

Rais Yatim sudah terhantuk baru nak terngadah..

Mendengar ucapan Dt Dr Rais Yatim memang mengasikkan. Bahasa Melayunya yang 'asli' diselang seli dengan beberapa kerat pantun sangat mengkagumkan orang macam saya.
Mengumpulkan hampir 50 orang bloggers malam tadi juga menunjukkan kesungguhan Dt Rais untuk mendekat dan merakyat dikalangan pemain-pemain alam maya ini.
Dt Rais mengakui peranan besar alam siber dalam politik Malaysia. Dia mengakui media cetak sudah mula 'komplen' pembaca mereka makin berkurangan hari demi hari. Rais juga mengakui golongan muda semakin mengkagumi alam siber.
Nampaknya kerja Menteri yang 'mahu bekerja' macam Rais ini sangat banyak. Dibawah kementerian yang tiga digabungkan menjadi satu ini memang sangat mencabar. Rais berterus terang bahawa Jabatan kerajaan kena prihatin dengan alam siber, kalau tak jabatan ini akan jadi obsolete.
Namun cabaran besar Rais adalah bagaimana nak menguruskan tranformasi hampir 50 jabatan di bawah kementerian baru nya ini sekarang. Bukan mudah nak buat tranformasi. Tapi kalau tak buat maka kena lanyaklah kita dengan kumpulan reformasi. Ini realiti. 'Berubah kalau tidak kita kena ubah' adalah perkataan yang benar.
Apapun kita nak ucap terima kasih kepada Dt Rais kerana sanggup merakyatkan diri dengan kumpulan alam maya. Bukan soal nak makan sangat di Restoren Seri Melayu, tetapi rasa seronok pak menteri mahu merakyat dikalangan kita. Ini juga transformasi. Sudah terantuk baru tergadah. Tidak mengapalah, asal sudah insaf dan mahu bertaubat.
Dipertik dari warisan2057.blogspot.com

-apapun pada kucing, sepatutnya semua menteri dan timbalan menteri yang dilantik telahmula bertindak untuk turun padang bertemu dengan rakyat, mendengar keluhan dan rintihan mereka, lantas terus mengambil tindakan untuk mengatasinya. tetapi HARUS DIINGAT! janganlah hanya turun padang ke tempat-tempat yang telah 'dirancang' terlebih dahulu oleh pegawai-pegawai mereka, sesekali jenguk-jenguklah tempat yang 'tak dirancang' pula..

Gaji...gaji...gaji...

















Salam...
Alhamdullilah, gaji dah masuk....
melompatlah kucing hari ni...hahahahaha

Musang Berjanggut


salam...

sementara menunggu nak ambik wife kat skool hr ni, kucing ada tengok cerita musang berjanggut kat astro prima. walaupun dah diulang tayang berkali-kali (filem tahun 1959), namun kita masih tak jemu untuk menontonnya.

namun begitu, apa yang penting adalah mesej yang hendak disampaikan di dalam cerita berkenaan. sememangnya kehebatan pengarahnya allahyarham tan sri datuk seri panglima dr p.ramlee tiada tolok bandingnya. lakonan hebat saadiah (puspa wangi), ahmad nisfu (sultan alam shah bana), udo omar (dato' dendahara), , malek sutan muda (dato' mentara mangku bumi), nyong ismail (dato' pujangga), mustarjo (dato' nikah kahwin) juga tiada tandingan.

Loyal servants of Red Devils..


Ryan Giggs has made more appearances and won more honours than any other United player in the club's illustrious history.He surpassed Sir Bobby Charlton's previous record (of 758 matches) on the night he helped the Reds secure a third European Cup triumph - the second of his career - in Moscow on 21 May 2008.
Inilah yang dikatakan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi. Hanya satu lagi perlawanan EPL, Giggs akan mencatat sejarah sebagai pemain yang paling banyak bermain di dalam Liga Perdana Inggeris,dengan 800 perlawanan sepanjang kariernya bersama dengan Red Devils. Dan sejarah ini akan berpanjangan kerana Giggs telah menandatangani kontrak dengan MU sehingga 2010.
Mampu ke pemain kita jadi macam Ryan Giggs?

23 April 2009

Hayati Semangat Keberanian Ahmadinejad

KITA perlu tabik pada ketegasan Mahmoud Ahmadinejad. Kritikan pedas Presiden Iran itu terhadap sikap double standard Barat di Geneva kelmarin mencerminkan pendirian beliau yang tidak pernah berubah.
Ahmadinejad sentiasa skeptikal terhadap Barat. Uniknya telahan negatif terhadap Barat itu tidak pernah tersasar.
Pada persidangan antiperkauman anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin, beliau menuduh Barat menggunakan Holocaust sebagai alasan untuk menghalalkan tindakan rejim Zionis ke atas rakyat Palestin.
Dalam kata lain, Ahmadinejad menuduh Barat menjadikan Palestin sebagai sasaran balas dendam bagi pihak Yahudi. Kritikan keras beliau itu menyebabkan delegasi dari negara-negara Kesatuan Eropah bertindak keluar dewan. Namun beliau tidak pernah peduli dengan semua itu.
Barat mengecam pembunuhan beramai-ramai ke atas bangsa Yahudi dalam tragedi Holocaust. Mereka menangisi kematian jutaan penduduk Yahudi di tangan rejim Hitler.
Bagaimanapun, sewaktu rakyat Palestin dibunuh dan hak mereka dinafikan secara begitu kejam oleh bangsa Yahudi ketika ini, dunia Barat hanya mampu melihat. Tiada tindakan tegas untuk menghentikan kekejaman tersebut. Ia adalah satu bentuk double standard yang sangat nyata.
Amat tepat untuk Ahmadinejad menjadikan sidang antiperkauman itu sebagai platform menyuarakan kebencian terhadap Israel. Sebelum ini beliau telah pun berulang kali mahu memadamkan Israel dari peta dunia.
Walaupun kritikan Ahmadinejad itu dikatakan menyimpang dari tujuan sebenar persidangan tetapi mana lagi platform untuk beliau meluahkan rasa. Persidangan itu dihadiri oleh semua bangsa dan negara. Ia juga bertujuan menangani masalah perkauman. Jadi wajarlah kekejaman Israel itu diperkatakan pada sidang itu oleh Ahmadinejad.
Sayangnya, semangat pemimpin bertubuh kecil itu tidak dihayati oleh dunia Islam dan Arab sendiri. Beliau mempertahankan maruah Palestin. Berjuang untuk orang Arab sedangkan darah yang mengalir dalam tubuhnya ialah darah Parsi.
Alangkah bertuah jika semangat dan keberanian itu turut 'diwarisi' oleh pemimpin-pemimpin dunia Arab sendiri. Namun apa yang kita lihat hanyalah semangat berpuak-puak dan pentingkan diri mendominasi negara-negara Arab ketika ini.
Bayangkan jika dunia Arab bersatu dan tidak tunduk pada tekanan Barat, sudah pasti nasib rakyat Palestin telah lama terbela. Tidak perlu lagi untuk Ahmadinejad berdiri di rostrum sidang antiperkauman itu. Kesengsaraan penduduk Palestin terutama di Gaza adalah bukti bagaimana perpecahan menghancurkan bangsa Arab. Mereka gagal menghayati semangat bangsa Parsi yang diwarisi oleh Ahmadinejad dan rakyat Iran.
Dan jika dilihat pada konteks politik semasa negara ini, keadaan sama bakal berlaku kepada masyarakat Melayu jika soal perpaduan terus dipandang remeh.
Perpecahan dan semangat assabiyah keterlaluan di kalangan masyarakat Arab perlu dijadikan sempadan. Tiada apa yang boleh dicapai sekiranya tiada perpaduan dalam mana-mana bangsa ataupun negara.
Sekiranya gerakan untuk menyatu dan menguatkan semula masyarakat tidak disemarakkan sekarang, orang Melayu akan terus terpinggir - dalam semua segi - dan ketika itu tidak guna untuk kita menyesal.

Tembikai empat segi..??


Tengok kalau tak percaya, kat China dah lama ada..

sedap kerr..??

Khasiat buah tembikai



Kelmarin dulu isteri beli buah tembikai, tiga biji RM10 aje..
So, setelah belah sebijik, buat air tembikai separuh, separuh lagi kami makan. Dalam dok makan tu, terfikir apa sebenarnya khasiat buah tembikai ni??
Ibnu Abbas berkata:"Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan.Ianya makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi,sebagai pewangi,pembersih pundi kencing, menmabhkan air tulang belakang, menghindarkan sejuk dan pembersihan kulit."
Satu hari telah dihadiahkan buah tembikai Taif kepada Rasulullah SAW .Nabi menciumnya dan bersabda:"Makanlah ini dengan gigi kamu, kerana ini adalah antara perkara yang halal di atas bumi.Jusnya adalah rahmat dari Allah dan kemanisannya dari syurga."
Rasulullah berada bersama beberapa sahabat pada suatu hari dan bersabda:"Allah merahmati orang yang memberi kita makan dengan buah tembikai ini". Kemudian bangun Sayidina Ali k.w bangun mendapatkan beberapa buah tembikai tambahan.Rasulullah SAW dan sahabat terus memakannya.Baginda bersabda "Allah akan melimpahkan rahmat kepada orang yang memberi kita, yang memakannya sekarang dan kepada sesiapa yang memakannya dari golongan umatku dari sekarang hinggalah kepada hari kebangkitan."Begitulah hebatnya khasiat dan kelebihan Buah tembikai.Dari segi faktanya, memakan buah tembikai sebelum makan membersihkan usus dan menghindarkan penyakit.

Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagaijenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan.
Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh.Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.

sayang tak dpt tgk MU main..

kiciwa rasa di jiwa sebab tak dpt tgk game MU awal pagi tadi akibat tertewas dek kemengantukan yang amat sangat..!! tetapi

United kukuh kedudukan liga..

LONDON: Manchester United mengukuhkan kedudukan untuk mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 2-0 ke atas Portsmouth di Old Trafford pagi tadi. Wayne Rooney yang kembali daripada kecederaan, meletakkan United di depan dengan gol mudah hasil hantaran Ryan Giggs selepas hanya sembilan minit permainan. Pemain gantian, Michael Carrick memastikan kemenangan United dengan rembatan kencang lapan minit sebelum tamat permainan. Dengan kemenangan itu, pasukan Sir Alex Ferguson memintas Liverpool dengan tiga mata dan kelebihan baki satu perlawanan. - sumber www.bharian.com.my

Saingan liga Chelsea berakhir...


LONDON: Chelsea mempamerkan permainan kurang meyakinkan di Stamford Bridge ketika mereka diikat tanpa jaringan oleh Everton yang sekali gus menamatkan saingan kejuaraan Liga Perdana Inggeris. Pasukan tuan rumah menguasai permainan tetapi Everton memiliki peluang lebih baik untuk menjaringkan gol. Leighton Baines dinafikan sepakan penalti apabila beliau dikasari Alex manakala percubaan terbaik Chelsea ialah apabila Didier Drogba terkena palang.
Dengan keputusan itu Chelsea kini enam mata di belakang Manchester United dan tiga mata di belakang Liverpool dan harapan mereka untuk memenangi kejuaraan kini ialah dalam persaingan Liga Juara-Juara dan Piala FA. - sumber bharian.com.my

Pengurus Liverpool akur..


LIVERPOOL: Pengurus Liverpool, Rafael Benitez akur Manchester United kini memiliki kelebihan untuk merangkul mahkota kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas pilu menyaksikan barisan didiknya mencicirkan dua mata berharga di Anfield, awal pagi semalam. Pengendali berbangsa Sepanyol itu menyalahkan 'kesilapan besar' dilakukan pasukannya selepas seri 4-4 ketika menentang Arsenal - saingan menarik yang turut menyaksikan Andriy Arshavin menjaringkan semua empat gol pasukan pelawat.
Dia adalah pemain pertama untuk mencipta gemilang itu di Anfield dalam perlawanan liga sejak Denis Westcott untuk Wolves pada 1946 dalam perlawanan yang juga menakjubkan. Apapun, satu mata itu cukup untuk membawa Liverpool melonjak kembali ke puncak liga berbekal jumlah mata sama dengan United tetapi di atas perbezaan gol lebih baik. Namun, United yang kini mempunyai dua perlawanan dalam tangan ke atas musuh ketat mereka dan mengandaikan tiada malapetaka besar berlaku, seharusnya mengesahkan gelaran liga domestik ketiga berturut-turut.
"Saya benar-benar kecewa kerana gawang kami terbolos empat gol," kata Benitez. "Perkara positif adalah kami sudah menjaringkan empat gol, tetapi saya kecewa kami membuat banyak kesilapan. "Kami berjuang bersungguh-sungguh dan kami akan meneruskan berbuat demikian. Ia seharusnya begini. "Mereka (United) berada pada kedudukan terbaik dan jika mereka memenangi perlawanan dalam tangan dan ia kemudian menjadikan ia lebih sukar buat kami memenangi gelaran."
Dengan lima perlawanan dan baki 15 mata menjadi rebutan, Benitez enggan mengaku kalah kepada United dalam buruan EPL sambil menegaskan masih banyak perlu dilakukan barisan Alex Ferguson. "Mereka perlu menang dan mereka masih belum berdepan Arsenal lagi," tambahnya. Berikutan penyingkiran mereka daripada Liga Juara-juara Eropah selepas seri 4-4 di Chelsea minggu lalu, Liverpool kini sudah bolos lapan kali dalam dua perlawanan-sumber
http://www.bharian.com.my/

BIG 4 RESULTS

Man U 2 Portsmouth 0
Rooney (9)
Carrick (82)


Chelsea 0 Everton 0


Liverpool 4 Arsenal 4

Torres 2 Arshavin 4

Yossi Benayoun 2

hibur-hiburkan diri...tenangkan minda kita...

CHELSEA VS EVERTON


Jam : 2.45 am
Stadium : Stamford Bridge

Liverpool 4 ARSHAVIN 4



YOU have to feel sorry for Liverpool — unless, of course, you are a Manchester United fan.
Wenger doing his old rival Fergie a favour. Who would have thought it?

22 April 2009

MAN UTD vs PORTSMOUTH

kepada semua penyokong manchester united mahupun portsmouth, jangan lepaskan peluang untuk menonton perlawanan ini pada jam 2.30 pagi di old trafford melalui mana-mana restoran nasi kandaq yang menyediakan skrin besar...tp jangan pi tengok saja, order-orderlah sama...

salam pembukaan

salam pembuka bicara...
sebagai permulaan dan di atas keinginan hati yang telah sekian lama dan juga di atas berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, maka lahirlah blog ini yang sederhana jiwanya, tulus hatinya, terbuka mindanya...