IKLAN

DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU

Raja-Raja Melayu

Raja-Raja Melayu

INILAH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat RAJA-RAJA dan PEMIMPIN-PEMIMPIN MELAYU yang diperbuat 51 tahun dahulu semasa MERDEKA 31 OGOS 1957
“KAMI WASIATKAN kepada zuriat keturunankami 7 PERKARA yang mana jika kamubersatu padu dan berpegang teguhkepadanya selama itulah kamu akan selama sejahtera”
PERKARA SATU•
Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
PERKARA DUA•
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan isytihar dan simpan, selain gunung-ganang tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum yang lain.
PERKARA TIGA•
Bagi menjaga kamu dan melindungi anak-anak kamu harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU untuk membenteraskan kekacauan dalam Negara dan ancaman dari Luar Negara.
PERKARA EMPAT•
Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kadaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah Negara ini
PERKARA LIMA•
Kami tetapkan ISLAM ialah AGAMA PERSEKUTUAN
PERKARA ENAM•
Kami tetapkan juga bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU
dan
PERKARA TUJUH•
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri SABAH dan SARAWAK.

Pilihan Juara WC 2010

29 Oktober 2009

DISTRICT 9-indah khabar dari rupa..

semalam kucing tengok dvd (original tau!!)
DISTRICT 9..
ingatkan hebat sangat ceritanya, tapi hampesss!!!
kecewa hati kucing, punah wang rengget!
nasib baik tak pi tengok cinema...
baik tengok monsters vs alien,
lagi best!
kucing-wawawa

Benda yang 'haram' itulah yang menyeronokkan..

Lemas depan masjid



PUTRAJAYA: Adegan ‘pelukan ghairah’ pasangan muda di depan Masjid Putra di sini, semakin menjijikkan sehingga pihak berkuasa terpaksa mengeluarkan lebih 180 surat hadir untuk soal siasat dalam tempoh sebulan terhadap pasangan kekasih kemaruk seks yang melakukan perbuatan tidak senonoh di lokasi terbabit.
Lokasi hangat yang hanya kira-kira 200 meter dari masjid berkenaan yang dikenali sebagai ‘dataran romantik’ itu semakin meriah dengan kegiatan berpelukan dan bercium secara terbuka pasangan kekasih terutama selepas solat Maghrib, setiap hari.
Bukan itu saja, adegan memberahikan sehingga terlupa azan Maghrib dan Isyak dilaungkan itu seolah-olah mengasyikkan pasangan terbabit untuk terus memainkan peranan bagi memuaskan nafsu masing-masing di depan khalayak, termasuk kanak-kanak yang mengunjungi kawasan itu.
Malah, bagi pasangan kekasih yang sudah ‘khayal’, mereka tidak segan silu beralih angin bagi meneruskan adegan seks sama ada di dalam kereta atau bergerak ke flet yang disewa pasangan bagi mengelak ditahan pihak berkuasa.Kegiatan tidak bermoral dan menjijikkan itu didedahkan sumber Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kepada Harian Metro, yang mengakui kegiatan itu dilakukan pasangan kekasih berusia antara 19 hingga 28 tahun dan tidak kurang enam surat hadir dikeluarkan pada pasangan terbabit setiap hari.
Menurutnya, kegiatan pasangan kemaruk seks itu boleh dilihat hampir setiap hari apabila mereka menjadikan kawasan sekitar masjid berkenaan sebagai lokasi untuk melakukan kegiatan tidak senonoh secara terbuka.

“Pasangan ini datang dengan menaiki kereta mewah seperti Mercedez Benz dan Honda sebelum berpura-pura menjadi pelancong dengan melakukan aktiviti ringan, termasuk mengambil gambar pasangan masing-masing.

“Mereka akan mencari lokasi ‘panas’ sebelum duduk berdua-duaan dan perlahan-lahan memulakan adegan ringan diikuti berpelukan dan bercium dengan penuh ghairah secara terbuka,” katanya, semalam.
Sumber itu berkata, kegiatan maksiat secara terbuka di depan masjid itu berlarutan sejak beberapa bulan lalu, malah walaupun dipantau setiap hari, pasangan kemaruk seks tetap menjadikan dataran itu sebagai lokasi pemanas badan.
Beliau berkata, kebanyakan pasangan terbabit dipercayai bertugas dengan syarikat swasta dan kakitangan kerajaan berhampiran dan memberikan pelbagai alasan apabila didekati penguat kuasa.
“Kami terpaksa menggertak mereka dengan surat hadir kepada pejabat bagi mendapatkan penjelasan mengenai maksiat yang dilakukan secara terbuka dan memberikan tempoh dua hari untuk hadir di pejabat untuk diambil keterangan.
“Apa yang pasti, sama ada pasangan berkelakuan tidak senonoh ini ditarbiah atau didakwa di mahkamah syariah bergantung kepada penjelasan yang mereka berikan.
“Bagaimanapun, bagi pasangan yang ingkar dengan surat hadir itu, pihak berkuasa tidak mempunyai pilihan selain mengeluarkan waran tangkap,” katanya.
Selain itu, katanya, ada antara pasangan yang diberikan surat hadir itu seolah-olah tidak mengetahui mereka melakukan maksiat di depan masjid.
“Apa yang menyedihkan, ada pasangan yang tidak menyedari mereka berkelakuan tidak senonoh berhampiran masjid kerana dipercayai asyik dan khayal dengan pasangan masing-masing.
“Perbuatan tidak bermoral ini sepatutnya tidak berlaku di kawasan berhampiran masjid yang menjadi tumpuan umat Islam menunaikan solat,” katanya.
Bukan itu saja, katanya, ada pasangan yang terus melakukan pelukan dan bercium walaupun berhampiran mereka ada kanak-kanak yang mengunjungi tempat itu bersama ibu bapa mereka.
Sumber itu berkata, beliau hairan mengapa kawasan itu terus menjadi lokasi maksiat pasangan kekasih walaupun pemantauan pihak berkuasa dilakukan hampir setiap hari.
“Kami percaya, pasangan terbabit beranggapan mereka bebas berpelukan dan bercium berhampiran masjid kerana yakin pihak berkuasa akan terperangkap dengan anggapan lokasi berkenaan lazimnya bebas daripada kegiatan tidak senonoh.
“Berdasarkan, anggapan itu, pasangan terbabit tidak segan silu melakukan perbuatan tidak senonoh kerana yakin tidak ada pihak berkuasa yang memantau mereka,” katanya.
Bagaimanapun, sumber berkata, berdasarkan kepada peningkatan pasangan yang melakukan maksiat itu, pemantauan pihak berkuasa dipertingkatkan bagi menahan pasangan terbabit sebelum mereka melakukan perbuatan yang lebih buruk-hmetro.com.my

kucing-kucing petik artikel di atas dr harian metro online. mula-mula kucing ingin ada orang lemas dalam sungai atau kolam depan masjid, rupa-rupanya 'lemas buat maksiat'. Apalah susah-susah sangat, kahwin ajer laaa, lepas tu nak buat aper pun orang tak kesah..tp janganlah depan khayalak ramai..pepandai laaa

27 Oktober 2009

usik-usik 2-IKLAN..

Tersebutlah alkisah sebuah keluarga aman bahagia yang dianggotai sepasang suami isteri bersama tiga orang anak dara mereka. Nak dijadikan cerita, ketiga-tiga anak dara tersebut melangsungkan perkahwinan mereka secara serentak.......

Maka sedih bercampur gumbira menyelubungi hati dan perasaan kedua ibu bapa mereka apabila majlis perkahwinan tersebut selamat dilangsungkan....

Apabila ketiga-tiga pasangan bersiap sedia untuk pergi berbulan madu ke tempat haluan masing-masing, kedua ibu bapa mereka pun dengan tegas berpesan supaya mereka tidak lupa untuk mengirimkan berita sepanjang pemergian mereka walau dengan sepatah dua kata. Supaya tidak membebankan setiap pasangan, ibu bapa mereka mencadangkan agar mereka hanya menulis tajuk iklan yang dapat menggambarkan maksud yang ingin disampaikan. Lalu mereka semua pun bersetuju degan cadangan tersebut...........

Seminggu selepas mereka semua pergi ke arah tujuan masing-masing, si ibu menerima sepucuk surat dari anak mereka yang pertama, suratnya amat ringkas, hanya perkataan "Nescafe" yang tertera. Si ibu yang cuba menyelami maksud yang ingin disampaikan, tanpa berlengah menyemak iklan "Nescafe" di akhbar yang berbunyi "Nikmatnya tak terhingga", maka fahamlah si ibu akan maksud yang ingin disampaikan.....

Selang seminggu selepas itu, mereka menerima sepucuk surat dari anak mereka yang kedua pula, suratnya juga pendek, hanya berbunyi " Standard Chartered Bank". Apabila disiasat dengan lebih lanjut, iklan Standard Chartered Bank rupanya bermaksud " Besar, Teguh dan Peramah", maka tersenyumlah kedua orang tua tersebut....

Seperti lazimnya mereka pun tertunggu-tunggu akan berita dari anak ketiga mereka, namun minggu demi minggu tidak juga mereka menerima sebarang khabar berita. Mulanya mereka agak risau namun setelah hampir dua bulan berlalu, mereka akhirnya menerima sepucuk surat yang amat dinananti-nantikan, suratnya juga amat ringkas, hanya tertulis perkataan "MAS". Mulanya mereka agak hairan kenapalah anak mereka mangambil masa yang lama sangat untuk menulis perkataan "MAS" namun setelah membaca iklan MAS di surat khabar, mereka pun tersenyum. Di surat khabar, iklan MAS berbunyi," Tiga kali sehari, tujuh hari seminggu..."

kucing-kita buat mcm ni ke?

usik-usik

Kenapa Chewing Gum Kena Banned Kat Singapore

Rasanya ramai yang dah tahu chewing gum is a banned stuff In Singapore. Cakap pasal chewing gum dan Singapore nie. Ada satu cerita, PM Singapore pegi ke Thailand, dia makan malam dengan raja Siam. Mula-mula diorang makan udang, PM Singapore tanya kat raja siam lepas makan udang , apa orang Thailand buat dengan kulit udang? Raja Siam jawab: "kami tak buat apa.kami buang aje" PM Singapore: "ooo kat Singapore , kami recycle kulit udang Jadik keropok udang, lepas tu kami eksport ke Thailand?" Lepas tu diorang makan limau plak. PM Singapore Tanya lagi " Lepas makan limau, apa orang Thailand buat dengan kulit limau?" Raja Siam jawab "kami tak buat apa,kami buang aje" PM Singapore: "ooo kat Singapore, kami recycle kulit limau jadik Jus limau, lepas tu kami eksport ke Thailand" Last sekali, diorang makan chewing gum, seperti biasa PM Singapore pun Tanya "Apa orang Thailand buat dengan chewing gum yang dah dimakan?" Raja Siam jawab "Kami tak buat apa, kami! buang aje" PM Singapore: "ooo kat Singapore, lepas makan chewing gum, kami recycle jadik kondom, lepas tu kami eksport ke Thailand" Raja Siam plak Tanya: "apa orang Singapore buat dengan kondom selepas digunakan?" PM Singapore jawab:" kami tak buat apa, kami buang aje." Raja Siam: "ooo kat Thailand, lepas guna kondom, kami recycle jadik chewing gum, Lepas tu kami eksport ke Singapore" Erk! muka PM Singapore jadik merah padam" dan sebaik
saja PM Singapore Balik ke negaranya, dia terus ban chewing gum di Singapore, sampai sekarang! Itulah kisahnya, kenapa chewing gum di-ban kat Singapore?

kucing-wawawa..

bangau oh bangau..



Awie kata :- Bengang dengan kritikan Akhil Hayy, penyanyi rock, Ahmad Azhar Othman atau Awie, 42, mahu penceramah itu tutup mulut dan mencermin diri sendiri sebelum cuba mentarbiah artis yang kononnya terpengaruh dengan ajaran sesat.
Malah, penyanyi kumpulan Wings itu mengakui telinganya ‘panas’ apabila mendengar nama artis berkenaan dan memberi amaran kepada Akhil supaya tidak lagi bercakap mengenai dunia artis atau mengaitkan golongan itu dengan sebarang bentuk ajaran sesat.
Awie mendakwa gelaran ‘ustaz’ yang diberikan masyarakat terhadap Akhil tidak wajar kerana penceramah itu sepatutnya mencerminkan kredibiliti dirinya terlebih dulu.
Tanpa berselindung, Awie mempertikaikan kewibawaan Akhil untuk mentarbiah golongan artis berdasarkan kredibiliti kehidupan rumah tangganya yang boleh dipertikaikan bukan saja di kalangan penggiat seni, malah masyarakat umum.

Akhil Hayy pulak kata:- “Apa yang saya luahkan (amalan ajaran sesat di kalangan artis) atas dasar dakwah dan saling mengingati sesama golongan artis dan tiada niat untuk menunjukkan saya ini ‘suci’ berbanding orang lain.
“Saya juga manusia dan tidak menafikan ada melakukan kesilapan, tetapi saya mahu melihat kehidupan golongan artis diperbaiki agar berada di landasan sepatutnya,” kata penceramah dan pengacara rancangan ilmiah televisyen, Akhil Hayy, semalam.
Menurutnya, walaupun niatnya ikhlas untuk berbuat kebaikan sesama artis, dia akur jika ada di kalangan penggiat seni sukar dan tidak mahu menerima hakikat cabaran baik dan buruk dalam dunia itu.
Akhil berkata, dia bukan bercakap berdasarkan nafsu, tetapi satu peringatan bukan untuk dirinya, malah untuk rakan artis supaya berwaspada dan tidak tergelincir sehingga membawa kepada jurang kesesatan.
“Sebenarnya, saya tidak menuduh mana-mana pihak tapi berdasarkan kepada pengalaman sepanjang terbabit dalam dunia artis yang penuh cabaran.
“Bagi saya, apabila membabitkan soal akidah, ia bukan tanggungjawab saya saja, tapi juga tanggungjawab semua umat Islam termasuk juga artis yang juga ikon masyarakat.
“Sebagai ikon, kita perlu menunjukkan contoh dan teladan baik supaya mampu melahirkan masyarakat yang memiliki nilai murni,” katanya.
Dia mengulas kritikan penyanyi rock, Ahmad Azhar Othman atau Awie, 42, yang tidak selesa dengan kritikan Akhil terhadap segelintir golongan artis yang kononnya menjadi tali barut ‘guru ghaib’ bagi menyebarkan ajaran sesat.

kucing-dah mcm lagu bangau oh bangau la pulak!!

26 Oktober 2009

TAHNIAH KEPADA SELURUH RAKYAT NEGERI SEMBILAN


SELEPAS 42 tahun, hari ini rakyat Negeri Sembilan menyaksikan sekali lagi adat istiadat pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir akan ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11. Istiadat itu berlangsung di dalam Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti di Kuala Pilah.

kucing-on the way ke negeri sembilan

Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran..


Presiden Cuepacs, En. Omar Osman

KUALA LUMPUr 25 Okt. – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memutuskan untuk tetap memohon supaya kerajaan memberi dua bulan bonus kepada 1.2 juta penjawat awam pada tahun ini.

Pada masa sama, kesatuan itu juga meminta supaya bayaran khas RM500 yang diberi kepada semua penjawat awam sehingga gred 54 dan pesara wajib, diperluaskan kepada pesara pilihan.

Presidennya, Omar Osman berkata, ahli majlis kongres CUEPACS telah memutuskan akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh terdekat ini.

Menurutnya, tuntutan dua bulan bonus itu telah dinyatakan sebelum Bajet 2010 dibentangkan dan ia dikemukakan semula apabila tiada pengumuman mengenainya dalam belanjawan berkenaan.

“Kita akan hantar surat kepada Perdana Menteri esok untuk bincang mengenai tuntutan bonus dua bulan gaji dan juga perluasan bayaran khas RM500 kepada pesara pilihan selewat-lewatnya minggu hadapan.

“Pesara pilihan sepatutnya turut menerima bayaran itu memandangkan mereka telah sama-sama berkhidmat memajukan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat mengenai isu-isu melibatkan kakitangan sektor awam di Wisma CUEPACS di sini hari ini.

Kira-kira 120 ahli kongres hadir dalam mesyuarat itu yang membincangkan isu-isu berhubung Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan di Dewan Rakyat, Jumaat lalu.

Omar menjelaskan, pembayaran bonus dua bulan itu dan perluasan bayaran khas kepada pesara pilihan adalah wajar bagi menghargai kegigihan kakitangan awam selama ini.

“Kita berharap dua tuntutan kami ini dapat dipertimbangkan bagi membolehkan penjawat awam menjalankan tugas dengan lebih komitmen dan motivasi,” katanya.-utusan.com.my

kucing-sebagai pekerja, sememangnya kita amat berharap bonus daripada pihak majikan. tetapi, pihak majian juga mengharapkan pulangan yang setimpal dengan bonus yang diberi. Rasuah masih berlaku, salah guna kuasa masih berlaku, sikap kurang mesra masih berlaku, kurang senyum masih berlaku, yang tak mai kerja pun masih dok berlaku jugak, malah yang 'mengulat' pun masih ramai! berubah dahulu, tingkatkan produktiviti dan prestasi terlebih dahulu, kuat bekerja, jangan kuat'bersembang' aje...

Apa nak dikata?

LIV 2 MANU 0

kucing-sememangnya perlawanan malam semalam adalah persembahan yang paling buruk MANUTD di dalam BPL sejak kebelakangan ini.

24 Oktober 2009

LIVERPOOL vs MANCHESTER UNITED


LIVERPOOL vs MANCHESTER UNITED
ANFIELD
STADIUM ASTRO,812,2155 hrs

kucing-glory glory man utd..

22 Oktober 2009

Jangan ambil sambil lewa terhadap laporan ketua audit negara 2008

Kucing lupa nak buat posting ni kelmarin. Namun begitu, dikesempatan yang ada ni, sepatutnya sebagai rakyat, kita perlu mengambil tahu apa sebenarnya laporan ketua audit negara itu sendiri.
kalau nak tahu lebih lanjut, boleh klik disini www.audit.gov.my atau disini.

kucing-dah belek-belek

Berani kerana benar, takut kerana salah..

TEOH BENG HOCK : 'PEMBUNUH' HARUS DICARI DENGAN SEGERA

Semakin hari nampakya inkues kematian Teoh Beng Hock menjadi semakin rumit. Adakala ianya membosankan. Ianya nampak semakin caca marba dan dipolitikan. Tambahan pula peguam yang mewakili keluarga Teoh iaitu Gobind Singh juga orang politik.Kehadiran ahli patalogi dari Thailand memberi keterangan semalam,sekali lagi menggemparkan dunia politik tanahair. Ronnie Liu dan Gobind tersenyum lebar semalam. Malah Ronnie ,kelihatan sentiasa mengekori punggung Doktor berkenaan di mahkamah semalam. Seolah-olah beliau seorang Exco tiada kerja di pejabat. Masa berjam-jam dihabiskan di mahkamah.

Walaupun beberapa sahabat saya termasuk AIDC meragui Doktor berkenaan,kerana beliau mempunyai hubungan yang baik dengan beberapa ahli politik pembangkang,tetapi saya mengambil sikap sebaliknya.

Saya boleh bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Doktor berkenaan,iaitu 80 % kemungkinan Teoh dibunuh. Tetapi dengan apa cara untuk dibuktikan dan siapa pembunuhnya ?

Tak lain tak bukan ialah,kubur Teoh harus dikorek kembali dan biarkan Doktor berkenaan membuat bedah siasat sekali lagi. Saya berharap pihak keluarga Teoh,peguam, DAP dan Kerajaan Selangor bersetuju untuk ianya dilakukan, bagi mencari keadilan. Jangan pula mereka,tidak bersetuju. Berani kerana benar, takut kerana salah.

Oleh yang demikian ,mulai sekarang pihak berkuasa harus mengawasi kubur Teoh 24 jam,untuk memastikan tiada anasir-anasir jahat cuba mensabotajkan mayat atau kubur Teoh.

Selepas semua pihak bersetuju dan perintah mahkamah diperolehi untuk mengorek semula kubur Teoh,biarkan Doktor berkenaan melakukan pemeriksaan, dan sekiranya benar beliau mengatakan Teoh dibunuh,maka beliau harus mencari DNA siapakah yang ada dibadan Teoh.

Dalam masa yang sama sekiranya benar Teoh dibunuh,maka pihak polis haruslah menahan reman semua pegawai SPRM yang terlibat dalam kes Teoh, Ronnie Liu,Ean Yong Wah (majikan Teoh) dan Tan Bon Hwa. Soal siasat mereka habis-habisan. Sekiranya ada antara mereka yang mengaku terlibat,maka inkues harus ditamatkan dan dakwa mereka yang berkenaan. Tiada guna meneruskan inkues,jika ianya menjadi medan politik,bukan lagi menjadi medan mencari kebenaran.

Sekiranya tiada pembunuh yang dapat dikesan,maka tiada jalan lain,inkues harus diteruskan walaupun ianya membosankan.

Falsafah saya senang sahaja, yang benar tetap benar. Kebenaran tetap wujud walaupun memakan masa yang panjang. Berani kerana benar, takut kerana salah. Keadilan untuk Teoh harus dituntut. Dalam masa yang sama jangan lupa keadilan untuk Saiful Bukhari juga harus dituntut.-dipetik dari ruangbicarafaisal.blogspot.com

kucing-berani kerna benar, takut kerana salah..

21 Oktober 2009

Yang ni berlaku di Singapura pulak!!


Pijak anak hingga mati

SINGAPURA: Seorang lelaki didakwa membunuh anak perempuannya berusia 23 bulan selepas melihat kanak-kanak itu bermain dengan rokoknya.
Mahkamah Tinggi di sini semalam diberitahu, Sallehan Allaudin, 26, yang baru tiba di rumah bersama isterinya dengan membawa hadiah untuk anak mereka, Nikie, berang apabila melihat kanak-kanak itu mengoyak dan menyepahkan rokoknya.
Sallehan didakwa memukul hingga mati anaknya pada kejadian Januari lalu, sehari sebelum ulang tahun kedua kelahiran kanak-kanak itu.
Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum gantung hingga mati.Sallehan mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu.
Isterinya, Rozanah Mohamed Yusoff, 24, menggunakan patung untuk menunjukkan kepada mahkamah bagaimana Sallehan menendang dan memijak Nikie di dapur rumah mereka.
Pasangan itu menelefon ambulans apabila hidung Nikie mula berdarah.
Menurut laporan perubatan, kanak-kanak itu mati akibat kecederaan.
“Saya tidak ke dapur untuk menghentikan perbuatan suami saya kerana beranggapan ia cara Sallehan mendisiplinkan Nikie,” kata suri rumah itu. - Reuters/hmetro.com.my

kucing-ni satu lagi..punyalah bangangnya si bini tu! boleh defend laki dia pulak !

KEJAM SUNGGUH-MEMANG SYAITAN BERTOPENGKAN MANUSIA!!

Apalah dosa anak kecil ini?! didera, dirogol, diliwat!!



KAJANG: Kejam dan tidak berperikemanusiaan apabila seorang lelaki Afrika didakwa sanggup mendera, merogol dan meliwat anak kekasihnya yang baru berusia tiga tahun sehingga kanak-kanak itu menemui ajal.
Malah, kekasih wanita terbabit yang juga seorang janda berusia 24 tahun tergamak bersekongkol dengan warga asing itu apabila sanggup berbohong dengan mereka cerita kononnya anaknya mati akibat didera pembantu rumah.
Bagaimanapun, siasatan polis mendapati fakta dalam keterangan diberikan wanita yang bekerja sebagai setiausaha itu meragukan sebelum merumuskannya sebagai pembohongan apabila mendapati wanita terbabit tidak pernah menggaji pembantu rumah yang didakwa melarikan diri sejurus selepas tragedi menyayat hati itu.
Sumber polis berkata, wanita rakyat tempatan itu dikesan menjalinkan hubungan dengan lelaki Sudan terbabit sejak beberapa bulan lalu.
Menurutnya, lelaki warga asing itu sebelum ini memasuki Malaysia menggunakan visa pelajar dan menuntut di sebuah kolej swasta di ibu kota.
Bagaimanapun, lelaki berusia 24 tahun itu hanya belajar sebulan sebelum tinggal bersama kekasihnya iaitu wanita warga tempatan di sebuah kondominium di Batu 9, Kajang.
“Difahamkan, lelaki Afrika terbabit tinggal serumah dengan wanita tempatan itu yang mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun hasil perkahwinannya sebelum ini,” katanya.
Menurutnya, lelaki terbabit yang kerap diminta menjaga kanak-kanak terbabit dipercayai sering memukul selain merogol dan meliwat mangsa terutama ketika ibunya tiada di rumah kerana keluar bekerja pada waktu siang.
“Namun, pada 12 Oktober lalu, ibu mangsa yang pulang ke rumah jam 9 malam terkejut apabila mendapati anak perempuannya koma dengan keadaan tubuh tidak bermaya.
“Wanita terbabit segera membawa anaknya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kajang, namun mangsa dilaporkan mati akibat kecederaan serius terutama di kepala,” katanya.
Menurutnya, wanita terbabit yang membuat laporan polis susulan kematian anaknya, mendakwa kanak-kanak perempuan itu mati akibat didera pembantu rumahnya.
“Menurut wanita itu, pembantu rumahnya bagaimanapun melarikan diri sebaik dia pulang ke rumah sejurus kejadian. Namun, polis mula mengesyaki sesuatu tidak kena apabila siasatan mendapati suspek tidak pernah menggunakan khidmat pembantu rumah asing.
“Malah, rasa curiga semakin kuat apabila hasil bedah siasat pihak hospital menemui kesan kecederaan pada kemaluan mangsa selain kesan sama pada dubur dipercayai akibat diliwat. Malah, tubuh dan muka mangsa dipenuhi kesan luka lama dan baru dipercayai akibat dipukul dengan teruk,” katanya.
Menurutnya, polis yang menyedari berlaku kes pembunuhan kejam terhadap mangsa bergegas ke kediaman suspek pada 13 Oktober lalu bagi melakukan pemeriksaan lanjut.
“Hasil beberapa bukti diperoleh, polis menahan pasangan kekasih terbabit sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk siasatan lanjut.
“Setakat ini, kedua-dua suspek mengaku melakukan penderaan terhadap kanak-kanak terbabit yang membawa kepada kematiannya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Sakaruddin Che Mood mengesahkan kejadian pembunuhan itu namun enggan mengulas lanjut.
“Perbuatan berkenaan amat kejam dan tidak berhati perut terutama terhadap kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa. Pihak polis akan melakukan siasatan secepat mungkin bagi memastikan individu yang melakukan jenayah itu mendapat hukuman setimpal,” katanya.
Menurutnya, kedua-dua suspek ditahan reman sehingga Ahad ini dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.-hmetro.com.my

kucing-kucing dan isteri sungguh terkejut bercampur geram bercampur sedih apabila mendengar berita ini malam tadi. dan sememangnya pagi ini kucing tunggu untuk postingkan di dalam blog kucing. Apa kejadahnya manusia seperti ini?! tidak berhati perut lansung!! apalah salah dan dosa anak kecil tu..kalau dah tak mau sangat, hantarlah ke jkm, hosp atau serah ajer kat orang yang masih belum mendapat cahaya mata, agar lebih terjamin hidup anak kecil ini. janganlah disiksa dengan kejam sehingga meninggal dunia. Kucing mengharapkan pihak yang berkenaan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada pesalah laku ini. Jangan biarkan mereka terlepas sebegitu sahaja. Al-fatihah kepada si anak kecil itu..

CSKA MOSKOW vs MAN UTD



CSKA MOSKOW vs MANCHESTER UNITED

LUHZNIKI STADIUM

STADIUM ASTRO, 813@STADIUM NASHMIR/KASSIM MUSTAFA/DINAS

22/10/09, 12.05 am

kucing-i'll be there

MISTERI SEJADAH BERDIRI


ORANG ramai melihat 36 sejadah berdiri di surau Sekolah Kebangsaan Tok Sangkot, Meranti, Pasir Mas semalam.

PASIR MAS: Misteri 36 helai sejadah yang dikatakan ditemui dalam keadaan 'berdiri' di surau Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Sangkot, Meranti di sini, semalam, menarik perhatian penduduk sekitar.
Kejadian yang mula disedari jam 10.40 pagi itu, dianggap aneh tetapi Kadi Jajahan, Anuar Alsadat Noor, mengingatkan umat Islam supaya tidak membuat tafsiran sehingga boleh memesongkan akidah.
"Saya anggap ini perbuatan kanak-kanak nakal yang sengaja menyusun kedudukan semua sejadah dalam keadaan seperti sedang melakukan solat."Ini bukan perkara pelik," katanya yang bergegas ke sekolah itu, kira-kira jam 2.30 petang bersama kakitangan Pejabat Agama Pasir Mas bagi mengambil semua sejadah itu selepas menerima arahan Pejabat Mufti Kelantan. Anuar berkata, pihaknya terpaksa mengambil semua sejadah itu bagi mengelak kejadian berkenaan disalah tafsir umat Islam sehingga boleh menimbulkan khurafat. Difahamkan, pada Ramadan lalu perkara sama turut berlaku di rumah seorang penduduk kampung berkenaan apabila sehelai sejadahnya berdiri sendiri.
Sementara itu, guru sekolah itu, Adnan Abdullah, berkata kejadian di surau itu disedari seorang murid Tahun Dua, Mohd Khairi Mat Yadin, 8, ketika berada dalam kelas pemulihan pembelajaran.


Beliau berkata, murid itu terpandang susunan sejadah terbabit dalam keadaan mencurigakan menerusi ruang tingkap surau itu dari kelasnya.
Kedudukan sejadah itu dikatakan seperti saf mengerjakan solat dengan semuanya membentuk bonjolan di bahagian tengah.
Sebanyak 16 helai sejadah bersusun di ruang solat lelaki, manakala 19 lagi di ruang solat perempuan, manakala satu di ruang imam di bahagian depan.
Adnan berkata, sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu, beliau bergegas meninjau keadaan dalam surau berkenaan."Saya terkejut apabila melihat keadaan susunan sejadah itu sebelum memaklumkan kepada Penolong Kanan sekolah itu, Maimon Hamzah, kerana Guru Besar, Mariam Omar, sedang menghadiri majlis rasmi di Pengkalan Chepa.
"Berikutan itu, kejadian ini dimaklumkan kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Pasir Mas dan diarahkan supaya tidak mengganggu kedudukan semua sejadah terbabit sehingga sehingga ia dirujuk kepada Pejabat Agama Daerah Pasir Mas.
"Kira-kira setengah jam selepas penemuan sejadah ini, orang ramai mula masuk mengerumuni surau ini untuk melihat sendiri apa yang berlaku menyebabkan kami terpaksa memasang pita bagi menghalang mereka masuk ke surau," katanya.
Bagaimanapun, orang ramai mula beredar dari surau itu selepas mendapat arahan Pejabat Agama.

kucing-kucing percaya ini bukanlah sebenarnya keajaiban yang berlaku. ada kemungkinan ia dilakukan oleh mereka yang nakal atau saja untuk suka-suka. mana mungkin semua sejadah tu boleh berdiri dengan sendirinya, bukan satu tapi pada pandangan kucing mungkin lebih dari 30. nau'zubillah..

TAHNIAH DATUK NICOL DAVID

Arena Nicol David terpahat di Pusat Skuasy Nasional


Nicol David memegang replika kunci simbolik sebelum menitiskan air mata (gambar kecil) sempena perasmian Penamaan Gelanggang Utama Pusat Skuasy Nasional kepada Arena Nicol David di Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, semalam .


KUALA LUMPUR - Menang atau kalah, beliau tetap bersahaja dan terus menguntum senyuman, namun ketika melihat namanya diabadikan di gelanggang skuasy negara, air matanya membasahi pipinya menandakan pengorbanan dan keringatnya selama ini untuk mengharumkan nama negara di persada dunia telah dihargai.

Itulah Datuk Nicol David yang bukan sahaja dikenali sebagai ratu skuasy negara, malah generasi muda berjiwa besar yang telah beberapa kali menjulang nama negara di peringkat antarabangsa.

Semalam, namanya telah diabadikan di gelanggang utama di Pusat Skuasy Nasional di Bukit Jalil sebagai Arena Nicol David.

Pelancaran Arena Nicol David itu telah disempurnakan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Turut menyaksikan majlis bersejarah itu ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim, Ketua Setiausaha, Mohd. Yassin Mohd. Salleh dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong.

Nicol ketika ditanya perasaan sehingga mengalirkan air mata ketika pelancaran gelanggang itu memberitahu, beliau sama sekali tidak menyangka perjuangannya dalam arena sukan skuasy begitu dihargai negara.

"Ia benar-benar memberi erti yang besar kepada saya untuk menerima penghargaan sebegini daripada kerajaan.

"Saya juga tidak pernah terfikir untuk menerima penghormatan sebegini sehinggalah ia benar-benar terjadi hari ini (semalam)," katanya pada sidang media selepas pelancaran Arena Nicol David dan Galeri David di Pusat Skuasy Nasional.-utusan.com.my

kucing-sememangnya kucing amat bangga dengan dato' nicol. walaupun kucing tak berapa pandai main squash, namun pencapaian dato nicol sejak beliau menjadi pemain no satu dunia memang tidak dapat dinafikan. Sikap kesungguhan dan tidak mengenal erti putus asa dato nicol david dalam mengharungi sebarang pertandingan, sepatutnya menjadi cohtoh kepada semua atlet sukan negara. Janganlah hanya baru menang satu pertandingan, disambut bagai wira negara,dihamburkan dengan segala macam kesenangan, namun selepas itu prestasi merosot! Berubahlah, kerana perbelanjaan yang ditanggung adalah duit rakyat! apa guna kalau melabur berjuta-juta kalau pulangannya kosong! apapun, tahniah datuk nicol ann david-IKON SUKAN NEGARA..

20 Oktober 2009

JAMBATAN KE LANGKAWI..


mungkin mcm ni la kot jambatannya..

Isu pembinaan jambatan ke pulau langkawi ni sebenarnya dah lama timbul, sejak kucing bertugas di pulau bebas cukai ini dulu. ada yang menyokong, ada yang tidak setuju. apapun, cadangan pembinaan jambatan tersebut seharusnya dikaji dengan terperinci sebelum sebarang keputusan dibuat. pendapat daripada penduduk langkawi dan pendapat orang awam harus dikaji agar dapat dibuat keputusan yang tepat. Lagipun, selama ini, tak der pun jambatan ke pulau langkawi, pelancong tetap berpusu-pusu datang ke langkawi.
Kucing sependapat dengan Tun M yang mahukan pulau langkawi kekal eksklusif. Inilah yang pelancong luar negara nak lihat. depa pun dah jemu dengan jambatan-jambatan yang panjang di tempat depa. lagi pun apasalahnya sesekali dilambung ombak, daripada selalu terperangkap di dalam kesesakan jalan raya.
Kucing ada satu petua untuk hilang mabuk dilambung ombak, cukup mudah. MASUK AJE FERI,TERUS AJE LENA!! kalau tak percaya, tanyalah mereka yang seringkali berulang alik dari tanah besar ke langkawi atau sebaliknya.

kucing-tak berapa setuju..

53.6 peratus penjawat awam lelaki

SEHINGGA 31 September lalu, bilangan kakitangan awam ialah seramai 1,222,947 orang, membabitkan pelbagai kaum, dengan penjawat Melayu 932,225 orang, Cina (72,875), India (50,140) dan kaum lain (167,707).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata pecahan mengikut jantina pula ialah 654,909 (53.6 peratus) lelaki manakala selebihnya perempuan.
Beliau berkata, bagi mengurangkan bilangan penjawat awam yang dikenakan tindakan tatatertib dan dibuang kerja, kerajaan melalui agensi awam dari semasa ke semasa melaksanakan program peningkatan keutuhan dan integriti.“Misalnya melalui pengkuatkuasaan peraturan, penerapan nilai murni dan etika serta kursus tatatertib yang bertujuan meningkatkan penghayatan terhadap tata kelakuan dan integriti sebagai penjawat awam.-hmetro.com.my

kucing-sebahagian daripada jumlah tu...

RINTIHAN SEORANG PENYOKONG KUAT (?) LIVERPOOL

dia nilah yang dikatakan culprit tu!!


AKU SEBIJIK BOLA..

Tidak banyak yang aku tahu tentang tempat asal-usulku. Sebab ketika masih berstatus getah keping aku telah dihantar ke England. Yang aku tahu, di Malaysia sana ramai penduduknya yang berjiwa Scouser walaupun secara zahirnya mereka makan tempoyak dan budu. Kebanyakan dari mereka ini tidak pernah menjejakkan kaki ke Liverpool.
Bukan macam aku. Ketika umur masih getah sekeping aku telah menjejakkan kaki di Liverpool. Kapal yang aku naik dari Pelabuhan Klang selama beberapa bulan akhirnya tiba di Pelabuhan Liverpool. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan kami tidak dirampok oleh lanun-lanun Somalia.Dari pelabuhan aku telah dibawa ke sebuah kilang di pinggir kota Liverpool.
Di sana aku telah dicairkan, dilenyek dan diacu bersama rakan-rakan getah keping yang lain. Dari satu mesin aku masuk ke mesin yang lain. Kami diberikan pewarna merah yang menyala. Aku suka.Selang beberapa jam, akhirnya aku dan rakan-rakan yang lain telah berubah bentuk dari sekeping getah ke sebiji sfera bulat yang dinamakan bola. Warna kami semua merah menyala. Kalau ikut orang Cina, memang manyak ong!
Seminggu duduk di dalam gudang, aku dan rakan-rakan lain akhirnya menerima kunjungan tetamu. Dua orang Yank bernama Tom Hicks dan George Gillett datang untuk membeli aku dan rakan-rakan. Tapi mengikut pesan Yank berdua itu, sebelum dibeli mereka mahu kami semua dicopkan dengan lambang seekor burung dengan perkataan ‘You’ll Never Walk Alone’ di atasnya.Aku kurang arif apa motif lambang tersebut. Mungkin satu pertubuhan ajaran sesat barangkali? Persatuan memuja burung kot? Tapi walau apa pun yang pasti aku suka dengan lambang baru yang dicop ke atas badan aku yang berbentuk sfera ini.
Selepas dicop, kami disimpan kembali ke dalam gudang hinggalah tiba hari yang dinantikan. Ya, di pagi Sabtu yang dingin bertarikh 17 Oktober 2009, aku bersama rakan-rakan yang lain telah dibawa keluar dari gudang untuk menaiki sebuah van. Kami meninggalkan kota Liverpool menuju ke destinasi kami yang baru, Sunderland.Sebetulnya aku kurang pasti tujuan lawatan kami ke sana. Adakah lawatan sambil belajar? Atau lawatan sempena rumah terbuka Deepavali?
Di dalam perjalanan aku tertanya-tanya. Seronok tapi berdebar-debar pun ada.Selang beberapa jam perjalanan, aku akhirnya tiba di sebuah bangunan yang bernama Stadium of Light. Akhirnya baru aku tahu tujuan sebenar lawatan ini. Aku bakal dijadikan bola untuk satu perlawanan bolasepak.Gembiranya rasa hati, Tuhan saja yang tahu.Bersama rakan-rakan yang lain, kami dibawa masuk ke dalam stadium. Tapi harapan aku untuk dijadikan bola perlawanan dan disepak terajang oleh 22 lelaki di atas padang terbantut. Aku tidak dimasukkan ke dalam padang, sebaliknya di letak di satu bahagian stadium yang dikhususkan untuk Scousers dari Liverpool.Apa barang? Jatuhlah status aku sebagai sebiji bola yang berwarna merah dan bercopkan seekor burung dengan kata hikmah ‘You’ll Never Walk Alone’.Jiwa aku sedikit kacau. Sedih bercampur hiba. Hajat di hati mahu jadi bolasepak tapi rupa-rupanya taraf aku hanyalah sekadar bola suka-suka, dilambung-lambung, ditepuk-tepuk dan dilonjak-lonjak oleh sekumpulan Scousers yang mabuk Carlsberg. Aku pasrah.Tapi bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki tuah bola pastinya warna merah menyala.
Sedang aku dilambung-lambung akhirnya aku jatuh ke tangan seorang budak lelaki Scouser yang sangat teruja. Aku bajet, budak seekor ini baru kali pertama menjejakkan kaki di stadium.Aku kenyit mata dan berikan satu bisikan jahat kepada budak Scouser ini. Aku suruh dia campak aku masuk ke dalam padang. Budak Scouser yang bebal ini akur dengan hasutan jahat aku. Rilek-rilek dia lambung aku masuk ke dalam padang.Wah, aku teruja. Tiba-tiba aku sudah berada di dalam padang. Betul-betul depan seorang mamat berbaju kuning yang kepalanya botak dan bulat. Kepala dia sebiji bentuknya macam aku. Nama dia Pepe Reina rasanya.Aku senyum kat Pepe Reina. Dia buat tidak endah. Sombong. Baghal. Tapi aku buat dek. Orang tak suka, aku pun tak sudi.
Sedang aku meloncat-loncat seronok di depan Reina itu, tiba-tiba aku nampak kelibat seorang lelaki berkulit hitam dengan sebiji bola putih di kakinya. Ada kawan! Aku teruja.Bola putih yang bernama Nike T90 Ascente itu terbang menuju ke arahku. Mungkin dia pun seronok jumpa kawan di tengah padang. Kami berdua tersenyum dari jauh. Semakin lama dia semakin hampir. Laju pula terbangannya. Tiba-tiba aku gelabah, mamat ni takde brek ke?Kami bertembung. Bola putih itu terbang ke bahagian kiri mamat botak bernama Reina sementara aku pula terbang ke bahagian kanan.Kawan baru aku, si bola putih itu, terus masuk ke dalam gawang gol. Aku pula kerana sedikit gemuk tetapi ringan terbang perlahan-lahan ke luar padang.
Tapi sebelum jatuh di luar padang aku sempat jeling pada mamat botak bernama Reina itu. Dia renung ke arah aku, bukan bola putih.Hehe, walaupun gemuk tapi warna merah menyala aku tetap menjadi daya penarik. Bukan setakat Reina, malah lensa kamera DSLR dan juga kamera televisyen semua fokus kepada aku. Berbilion penduduk dunia menyaksikan aku secara langsung.Dari United Kingdom hinggalah ke Felda Bukit Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan, Malaysia.
Esoknya, gambar aku termpampang di dada-dada akhbar seluruh dunia. Dari mamat mabuk Carslberg yang kecewa di sebuah pub di kota Liverpool hinggalah ke pengadil-pengadil EPL yang diiktiraf FIFA, semua orang bercakap pasal aku. Dalam sekelip mata, aku jadi terkenal.Akhirnya, barulah aku faham maksud tersirat kata-kata yang tertera di atas badan bulat aku ini.
Ya, aku kini tidak lagi keseorangan, seluruh dunia sudah kenal siapa aku.
‘You’ll Never Walk Alone’.
Aku percaya.
Aku ialah sebiji bola.
Yang tidak lagi keseorangan.
dipetik dari kedahlanie.blogspot.com

kucing-wakakaka!!

Inilah ikon bola sepak SEPANYOL..




Raul mahu terus cipta sejarah di Real Madrid
Jika di England kita ada Ryan Giggs, di Italy ada Del Piero, di Peranchis ada Zidane, di Jerman ada Oliver Khan, di Portugal ada Cristiano Ronaldo tetapi di Sepanyol, pada pandangan kucing, inilah ikon bolasepak terkemuka, Raul Gonzalez. Sepanjang 15 tahun lalu, bintang kelab bola sepak dunia datang dan pergi di Real Madrid tetapi wira tempatan, Raul mengatasi mereka dengan lebih lama.
Penyerang berusia 32 tahun itu turut mencatat satu lagi helaian sejarah Sabtu lalu dengan menjadi pemain utama sepanjang masa dengan perlawanannya yang ke-711, menyarung jersi Real ketika menang 4-2 ke atas Valladolid. Sebelum perlawanan, Raul dihadiahkan dengan sebuah piala atas penampilan terhebatnya itu dan penyerang tersebut menjaringkan dua gol untuk meraikan kejayaan mengatasi rekod penampilan pertahanan Manolo Sanchis yang bermain 710 perlawanan antara 1983 hingga 2001.
Raul yang asalnya dididik Atletico Madrid, mula mewakili Real pada 1994 dan mara dengan menjulang enam gelaran liga dan tiga mahkota Liga Juara-juara 1998, 2000 dan 2002.
Sebagai tambahan buat pencapaian pasukan, Raul mencatat rekod jaringan dan penampilan dalam liga tempatan, Eropah dan pentas antarabangsa.
Raul merupakan penjaring terbanyak sepanjang masa La Liga dengan 226 gol dan penjaring utama dalam Liga Juara-juara sejak diasaskan pada 1992.
Bagi Sepanyol, Raul memegang rekod kebangsaan 44 gol dan secara teknikalnya masih berpeluang dipilih walaupun dia terlepas dipandang sejak meraih 102 penampilan pada September 2006.Tidak seperti rakan sepasukan barunya, Kaka dan Cristiano Ronaldo, Raul tidak pernah memenangi Ballon D'Or ataupun anugerah pemain terbaik dunia, tetapi ketahanan dan kemahiran kepimpinannya disanjung tinggi.Sepanjang pemerhatian kucing terhadap Raul, kucing respek sebab dia jarang untuk menimbulkan kontroversi, seorang pemain yang tenang, berkaliber dan mempunyai daya kepimpinan yang tinggi. Inilah yang menyebabkan dia disanjungi oleh kawan dan lawan. Diantara pemain yang membarisi the Galacticos, sungguhpun ramai pemain handalan yang bermain untuk Real Madrid, namun Raul tidak sesekali merasa tersisih, walaupun jarang diturunkan di dalam kesebelasan utama.
Raul memulakan karier dengan kesebelasan utama Real madrid pada usia 17 tahun pada tahun 1994. Sepanjang kariernya, dia telah menjaringkan 309 goals : 218 gol liga, 7 gol dalam Spanish SuperCup, 2 gol dalam World Clubs Championships (Toyota Cup) 18 gol dalam Spanish Cup goals dan 64 gol dalam Liga Juara-Juara Eropah.

kucing-allahyarham dato' mokhtar dahari masih lagi ikon bolasepak negara..

16 Sept. Hari Malaysia Dapat Cuti Umum

KUALA LUMPUR 19 Okt. - Mulai tahun depan, ulang tahun sambutan Hari Malaysia pada 16 September diisytiharkan sebagai cuti umum di seluruh negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan keputusan itu yang dibuat oleh Jemaah Menteri baru-baru ini bertujuan mengingati sejarah penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.
Menurutnya, ini bermakna mulai 2010, rakyat akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar iaitu Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.
Tambah beliau, menerusi Hari Malaysia, kerajaan mahu suka duka rakyat di Sabah dan Sarawak selepas mereka membuat keputusan untuk menyertai Malaysia sejak 1963 turut dirasai penduduk di Semenanjung.
"Hari Merdeka pada 31 Ogos kekal diraikan bagi mengingati perjuangan mencapai kemerdekaan dengan pelbagai acara rasmi seperti perarakan untuk mengingati detik bersejarah itu.
"Hari Malaysia pula dirayakan dengan acara-acara bersifat mengerat perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat dalam bidang sukan, sosiobudaya, dan kesenian bagi menyemarakkan semangat 1Malaysia," katanya.-utusan.com.my

kucing-terima kasih ds najib. bukan nak kata kucing tak bersetuju dengan cuti, tp negara kita ni dah banyak sangat cuti. Sememangnya dari sudut yang positif cuti ini bagus untuk produktiviti,apabila pekerja mendapat rehat yang mencukupi maka produktivitinya akan meningkat. tp jangan pulak kerap ambik cuti@mc..

Selamat Menunaikan Haji


"panggilan haji telah tiba lagi,
menunaikah ibadah panggilan baitullah,
tanah suci makkah ya makkatul mukarramah,
tanah suci makkah ya makkatul mukarramah.."-el soraya

Pagi ni bila kucing sampai ke pejabat, buka tv kecil atas meja maka tersiarlah siaran penerbangan pertama jemaah haji malaysia ke tanah suci menyahut panggilan ilahi. Alhamdullillah rasanya kerana dengan kemakmuran yang kita nikmati selama ini, dapatlah ahli keluarga kita, sahabat kita dapat menunaikan rukun islam yang ke lima, melengkapkan pegangan kita sebagai umat islam. Seronok terasa, walaupun bukan diri kucing yang dapat bersama berkunjung ke rumah ALLAH swt..
Hari ahad yang sudah, kucing bersama isteri berkesempatan ke rumah sahabat isteri kucing, menghadiri kenduri beliau untuk ketanah suci dalam dua tiga hari lagi. Inilah kemuncak pengabdian diri sebagai seorang hamba yang tawaduk kepada Penciptanya. Bukan mudah untuk kita menjadi tetamu ALLAH swt, yang amat dimuliakan. Banyak rintangan dan cabaran yang menghalang, namun sekiranyanya kuat dan tabah, semuanya dapat dilalui dengan sempurna.
kucing dan keluarga mendoakan agar semua ahli jemaah kita dapat pergi dan balik dalam keadaan selamat dan semoga mendapat pahala haji yang mabrur.


kucing - bila lah pula giliran kita..

09 Oktober 2009

MESYUARAT AJE...


hmm.. semalam masuk hari yang kelima kami bermesyuarat. hari-hari mesyuarat. penat?! memangla penat...tapi, dengan adanya mesyuarat ni, segala tugas yang diberi dapat diselaraskan dengan baik..

Minggu hadapan ada dua perkara penting yang akan berlansung di tempat kerja kucing- 1. Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Negeri 2. Majlis Jamuan Hari Raya..


Letih?! belum buat lagi dah rasa keletihhannya..tapi, bila semua dah selesai, terasa kepuasannya..


kucing-lepas tu kucing cuti..tq dato'

GULA NAIK HARGA??


Assalamualaikum..
semalam kucing bersama si buah hati ke pasaraya tesco seberang jaya untuk membeli barang keperluan rumah. al-maklumlah, gaji pun baru dapat hrni. so, membelek-beleklah kami berdua dengan senarai yang dah kami sembangkan dalam kereta. Tetapi apa yang mengejutkan kami
ialah harga sekilo gula RM1.55 sen!!!! tapi bila dua kilo RM 2.90 pulak!!
biaq betui nih?!!
bila pulak kerajaan umum kenaikan harga gula??
baru ajer beberapa hari sudah harga telur turun, tetapi tetiba gula pulak yang naik!
tolong sahabat-sahabat periksa di pasaraya-pasaraya berdekatan dengan tempat tinggal sahabat..

kucing-harap pihak yang berwajib dapat menjelaskan perkara yang sebenarnya..!!

06 Oktober 2009

Geli hatiku mendengarnya..HAHAHA!!



Ini berita yang melucukan. Sedikit seram tapi kurang mencemaskan. Pelik tapi benar. Apa yang benarnya ? Yang benarnya ialah mereka benar-benar berhajat nak serang Negeri Sarawak dan Sabah di Pulau Borneo. Mereka mendakwa semua rancangan serta strategi telah siap disusun untuk menawan dan menakluki bandar-bandar utama di Sarawak dan Sabah.Siapa mereka itu ? Mereka ialah 1500 orang ahli yang menyokong pergerakkan yang diberi nama Benteng Demokrasi Rakyat atau nama singkatnya BENDERA.

Darpada 1500 orang itu, 300 orang daripada mereka itu dikatakan mempunyai ilmu kebal, maknanya lut senjata atau seperti jam tangan jenis yang kalis air. Mereka telah menetapkan tarikh untuk bergerak iaitu pada 08 September2009 ini untuk menggempur Sarawak dan Sabah melalui Pontianak dan juga dari Pulau Nunukan di utara Kalimantan.

Namun adalah difahamkan bahawa pergerakkan itu sebenarnya adalah satu pergerakkan yang diharamkan oleh kerajaan Indonesia, begitulah menurut Konsulat Indonesia di Kuching Rafail Walangitan.Sumber berita dari akhbar tempatan "Utusan Borneo" di Sarawak saya perolehi. Berita dibahagian depan akhbar Utusan Borneo hari ini 06-10-2009, Selasa."Tidak perlu gusar ancaman BENDERA 'serang dan takluk' Sarawak, dan Sabah.


kucing - Berita tentang perkara ini telah tersebar didalam beberapa blog sejak dari semalam. Ada yang memaklumkan bahawa pergerakkan BENDERA akan mulai berangkat pada 8 Oktober ini iaitu hari Khamis melalui pelabuhan di Surabaya, Indonesia. Dan dikatakan juga telah ada 10 orang daripada ahli itu berjaya meloloskan diri menyusup kedalam negara ini sejak kelmarin untuk menubuhkan "network" dikalangan para pekerja Indonesia yang bekerja dalam berbagai sektor di Malaysia.BENDERA juga menegaskan bahawa mereka telah berjaya menghubungi dan akan merekrutkan 1.45 juta pekerja Indonesia di negara ini.
Dakwa mereka Pekerja Indonesia yang telah berjaya dipengeruhi oleh BENDERA itu nanti akan dikehendaki untuk membakar semua tempat seperti asrama-asrama pekerja, kilang-kilang, pejabat-pejabat, setor-setor dan sebagainya yang terdapat ditempat mereka bekerja.

Lebih 60% kawasan sarawak dan sabah masih diliputi hutan tebal. mungkin depa ni nak berperang dengan gajah, harimau, singa, tapir, cipan dan sebagainya. Kemungkinan tu ada, tapi apa kita nak takut, depa 1,500 aje.


APA NIE!!??


Pas pertahan tindakan Gobalankrishnan guna ayat al-Quran berkempen

PORT DICKSON: Pas mempertahankan tindakan Ahli Parlimen Bagan Serai, N Gobalankrishnan, yang menggunakan ayat suci al-Quran ketika berkempen pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang dan menganggap tindakannya tidak mempersendakan agama Islam. Pengarah Induk Pas bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Salahuddin Ayub, berkata tujuan membaca ayat suci al-Quran adalah untuk memperkukuhkan hujah ketika berceramah. "Tidak salah jika orang bukan Islam membaca ayat suci al-Quran ketika berceramah, ia bertujuan mengukuhkan lagi hujah, ayat Allah ini di mana tempat boleh baca.

kucing-masyallah..apa cakap mcm nie?

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR 2009


KUCING MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH KEPADA SEMUA PELAJAR TINGKATAN TIGA SELURUH MALAYSIA
kucing-srp aje..

05 Oktober 2009

Harga Telur Turun 2 Sen!!



KUALA LUMPUR 4 Okt - Harga telur ayam di Semenanjung turun dua sen berkuat kuasa esok (hari ini).
Menurut kenyataan Persekutuan Persatuan-persatuan Penternak Malaysia hari ini, harga telur gred AA akan dijual pada harga 24.5 sen berbanding 26.5 sen pada masa ini, gred A 24 sen (26 sen), gred B 23 sen (25 sen), gred C 22 sen (24 sen), gred D 21 sen (23 sen) dan gred E 20 sen (22 sen).
Harga baru itu adalah berdasarkan kepada permintaan pasaran dan bekalan, kata kenyataan itu. - BERNAMA


kuicng-satu persoalan yang kucing nak timbulkan, adakah semua peniaga tahu tentang penurunan harga telur ini?? apa pula peranan kita??

04 Oktober 2009

NILAIKAN DIRI KITA SBG SUAMI ISTERI

Bini Takut Dapat Laki macam ni!!!
-laki yang kedekut taik hidung masin nak jimat konon-konon boleh kaya!Tapi kayap..
-laki kedekut ayat power dan belaian mesra-belai dan raba raba jika dia sedang 'berhajat' sahaja!Waktu lain lantak pi kat hang!!
-laki berlagak macam lebih sudu dari kuah,bini serebeh sikit dah tak mahu jalan bersama!
-laki yang suka sindir sindir dan ungkit kisah lalu!
-yang nak asmaradana hanya untuk kepuasan dia sahaja!
-berkira duit ringgit dan tenaga
-nak bini ikut semua cakap dia,dia ingat bini tidak ada agenda sendiri ke?
-perasan dia sahaja yang baik dan warak konon dia sorang yang ikut landasan agama!
-tidak sedar dia tidak beri nafkah sepatutnya pada bini!
-laki yang tidak beri nafkah zahir dan batin tapi tak cukup!
-suka ambil kesempatan kerana bini orang berkerjaya!Senang cakap melantak duit bini!
-suka menyebelahi orang lain jika bini ada krisis dengan orang lain,dia tetap salahkan bini dan tidak sekali orang lain!
-laki yang dah boring tengok muka bini-laki yang suka main rata perempuan!Bini takutla risau takut dapat HIV!
-laki yang bengis,celupar,laser dan mulut pot pet kalah Din Beramboi!
-laki yang pemalas macam golok tanah!
-laki yang perasan dia sahaja yang bijak,laksana profesor dan dekan fakulti!
-laki yang pasan dia hensem dan anggap bini hodoh macam muka tayar lori!
-laki yang anggap bini bodo dungu dan bengap!
-laki yang buas nafsu serakah dan suka tengok video lucah terover!
-laki yang suka naktiru semua adegan berahi dalam vedio lucah yang dia pernah tonton!
-laki yang tidak peka kesihatan bini,walau bini mengadu sakit dia buat derk!-
laki yang sentiasa anggap dia sahaja yang betul dan warak 25 jam.
-laki yang anggap bini duk di rumah goyang kaki sedangkan dia bekerja.
-laki yang anggap dia lebih educated dan berwibawa dari bini yang hanya sekolah atap!
-laki yang mengharap'give'dari bini tapi dia tak give langsung!-laki yang tak mahu jaga penampilan diri badan gemuk dan selekeh!
-lelaki yang hina bini mentang le dah tak cantik macam dulu.-laki yang tak adil,berat sebelah dalam apa jua hal
-laki yang penakut dan bacul tidak sanggup hadapi kenyataan hidup!-laki yang hanya menikah dengan bini tetapi tidak dengan keluarga bini!
-laki yang tidak endahkan perihal mertua sendiri!Dia buat macam orang asing!
-laki yang tidak mengaku bini di hadapan bini lain dan juga di hadapan kawan-kawan!
-laki yang dera mental,fizikal dan emosi bini.-laki yang tidak pandai ambil hati bini langsung!
-laki yang penakut dan tidak membela keluarga bila keluarga teraniaya!
-laki yang tidak tegas,lembik dan bacul!
-laki yang berwibawa depan orang tetapi mengalah sangat dengan bini.Binipun nak laki yg berani bukan takut sangat dengan dia!Hormat lain takut bini lain tau!

*Minta maaf sekiranya terkena batang hidung anda sebagai suami.Kalau terkenapun barangkali kebetulan sahaja!Lantak ko laa hahhahah Memang semua ini adalah antara masalah masalah di celah kehidupan kita sebagai hamba Allah.Kesimpulannya bini nak laki yang macam hero!!Tempat bermanja,tempat bergantung harap bergantung kasih!Jangan sampai orang lain ambil alih tugas tugas memanjakan bini anda!Lainlah jika bini anda jenis tak manja dan jenis cengil,brutak dan rockers hahhahahah!
SAYANGILAH BINI ANDA YANG MANJA TU!:)

Lelaki takut bini kerana...................
-cengil macam ayam betina beranak kecik-suka berleter kalah Farah fauzana hot fm!
-kalau marah meroyan macam perempuan gila
-nak seks kalau dia tengah sangap,kalau tak jangan harap!!
-muka mencuka baik cantik lagi sloth betina-suka check hand phone!baca semua sms!
-jeles sangat sangat tapi bukan jeles sayang tapi jeles cari pasal!
-suka jalan jalan cari pasal!
-kalau minta nak seks,macam-macam helah tak larat la sakit perut la sakit gigi lah!-
kalau shopping heret laki sama bukan nak romantik tapi nak guna kad credit/duit laki!
-pegang tangan laki hanya untuk 'eksyen' supaya orang tengok laki sayang dia!
-suka kalau laki tunjuk muka bodo!Dia tak sedar orang nampak sangat dia bully laki!
-suka jaga bill telefon laki tapi bukan dia yang bayar tapi dia 'penjaga bill terperinci!
-sanggup memalukan laki dan jatuhkan reputasi laki sebagai orang yang disegani!
-kalau boleh nak kontrol mana hala tuju kewangan laki??
-kalau boleh laki jangan keluarkan duit untuk sesiapa sahaja kecuali dia!
-kalau boleh laki ni kena jadi lembu pakai jerut hidung!senang sentap bila agak jauh!
-berkira sangat sangat kalau guna duit dia-bini nak jadi queen kontrol secara 100%
-kalau boleh laki tu kene buat muka dungu dan bengap jangan langsung tunjuk muka 'happy'atau muka pandai
-kalau nampak 'happy 'terus tuduh kata laki ada girl friend!
-suka sindir dan ungkit kebaikan yang dia buat!
-suka ajak anak anak masuk geng dia dan laki tak dak geng
-kira dia hasut anak-anak benci bapak sendiri!-cengil dengan laki hingga akhir hayat!
-tidak memaafkan kesilapan laki sampai bila bila!
-tidak menghalalkan semua keperluan yang dia beli untuk laki guna!
- suami dia kata "bukan aku takut kat bini aku, tapi bini aku yang tak takut dengan aku!!"

Kesimpulan:Dia benci laki dia sebenarnya tapi seronok dera!Nikmatnya dera laki hingga tak terkata!Tunggu saja laki mati atau pencen dapat bolot semua duit khariat kematian dan semua harta dia sebab penamaan dah dia set nama bini sahaja!
*Minta maaf jika terkena batang hidung para pembacaku sekalian,bukan nak bela kaum laki tetapi sekadar berkongsi cerita cerita di celah kehidupan kita di muka bumi Allah ini!
Kalau terkena nasib laa hihihi!

kucing-teringat lagu dalam cerita 3 Abdul, masa pramlee dengan ghasidah lepak-lepak kat dalam kandang kuda..lupa tajuk daaa!! jangan marah aaa!!

apa tindakan kita sebagai umat ISLAM??!!

Apabila Gobala memetik ayat al-Quran...

Awang semak perut setiap kali berlangsung pilihan raya kecil. Kekasaran, ketegangan dan pergaduhan pasti akan berlaku sama ada ketika penamaan calon mahupun sepanjang tempoh kempen. Bukanlah Awang mahu memihak tetapi berdasarkan pengalaman dan pengamatan sendiri mengikuti banyak pilihan raya serta maklumat daripada polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), ia banyak berpunca daripada budaya kekasaran yang sudah meresap kuat di kalangan sebahagian ahli dan penyokong tegar pembangkang.
Dengan kata lain, golongan tersebut akan menjadi begitu provokatif dan agresif setiap kali berkempen. Awang melihat ini angkara ketaksuban dan juga boleh ditafsir sebagai kerendahan budaya politik. Menang pilihan raya satu hal tetapi penilaian rakyat terhadap tingkah laku sesebuah parti politik ketika berkempen adalah hal yang akan menjadi pertimbangan utama. Selagi pembangkang mengamalkan budaya sedemikian, selagi itu ia terus merugikan mereka.
Sebab itu, Awang melihat pembangkang gagal mengekalkan momentum sokongan rakyat selepas pilihan raya umum lalu dan biarpun memenangi beberapa pilihan raya kecil. Dengan kata lain, tiada gelombang rasa teruja ke atas pembangkang yang sepatutnya boleh tercetus dengan sendirinya jika pembangkang lebih sederhana dan harmoni dalam pendekatan mereka. Akibatnya, sokongan kepada pembangkang bukan sahaja tidak meningkat malah merosot, yang juga disebabkan pelbagai isu kebelakangan ini.
Semalam, penamaan calon bagi pilihan raya kecil Bagan Pinang di Port Dickson turut tegang sehingga ada pemimpin UMNO dikasari dan ditumbuk. (Mungkin sudah sampai masanya sistem penamaan calon yang ada termasuk perhimpunan diharamkan. Cukup sekadar calon dan wakilnya mendaftar kepada SPR dalam tempoh tertentu yang tidak semestinya serentak sebagaimana dilaksanakan di sebahagian negara).
Awang percaya sebahagian rakyat sudah muak dengan suasana tidak menyenangkan pada pilihan raya kecil meskipun proses itu terpaksa dilaksanakan atas tuntutan demokrasi.
Tetapi yang membuatkan Awang lebih meluat ialah trend pemimpin pembangkang bukan Islam yang ghairah menggunakan ayat al-Quran pada kempen pilihan raya. Kali ini, seorang pemimpin PKR, N. Gobalakrishnan membaca sepotong ayat suci itu ketika ceramahnya di Bagan Pinang malam semalam. Ramai kenal siapa Gobalakrishnan yang merupakan politikus yang suka membuat gimik murahan dan provokasi seperti menerpa untuk memanjat meja Speaker Dewan Rakyat dan membuat kecoh dengan cuba menumbuk polis pada pilihan raya kecil Permatang Pasir selain gemar berdemonstrasi liar.
Orang seperti beliau memetik ayat Ali Imran ayat 54 yang bermaksud, Orang-orang kafir itu membuat tipu daya dan Allah membalas tipu daya mereka itu.
Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya.
kucing-dimanakah mereka yang lantang memperjuangkan agama ISLAM??!! jangan niat menghalalkan cara!! - apa respon sahabat semua??

Dekatnya Padang Dengan Kita..


kucing-...

Bantu Salah, Tak Bantu Pun Salah



Semasa kucing melayari blog2, kucing terjumpa artikel ni dalam blog http://nasionalis1982.blogspot.com/


Apabila terdapat bencana yang berlaku di sesebuah negara, sudah pasti akan mengundang berduyun-duyun bantuan kemanusian tidak kiralah dari segi tenaga, perubatan atau pun wang ringgit. Semuanya di buat secara ikhlas demi membantu mangsa-mangsa bencana. Sebagai sebuah negara yang prihatin, Malaysia tidak ketinggalan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.Namun demikian, semacam tidak percaya bila membaca satu berita dari negara yang baru lepas dilanda bencana gempa bumi ini. Adakah benar peristiwa ini berlaku, saya tidak pasti.Sila baca berita di bawah ini :-

Terkait judi, warga sumbar tolak bantuan pemerintah Malaysia


JAKARTA - Berbagai bantuan telah mengalir dan mulai menumpuk di Bandara Minangkabau, Padang, Sumatera Barat sejak Kamis lalu, hal ini cukup mengganggu kepadatan traffic di Bandara Minangkabau, Padang, Sumatera Barat, yang sudah cukup tinggi dan mengakibatkan sejumlah penerbangan mengalami delay.Bahkan pesawat yang ditumpangi Menteri Kesehatan Siti Fadilah Supari dan Menko Kesra Aburizal Bakrie sempat tertahan di udara Padang selama beberapa jam.Namun ada yang menarik dari tumpukan bantuan tersebut, yaitu dipisahkannya bantuan dari Pemerintah Malaysia dengan bantuan dari negara-negara lainnya, hal ini di sebabkan karena adanya penolakan bantuan dari Pemerintah Malaysia dikarenakan alasan sumber dana Judi.


"Kami sangat berterimakasih atas kepedulian Pemerintah Malaysia, namun karena dibeberapa tempat terjadi penolakan dikarenakan alasan judi, kami memilih untuk memisahkan bantuan Pemerintah malaysia dengan bantuan negara lain, akan tetapi banyak juga bantuan dari perkumpulan warga minang di Malaysia yang mengirim bantuan dan tidak ditolak" ujar Kepala Distribusi Bantuan Bandara Minangkabau, Departemen Perhubungan Budi S Ervan.


Seperti diketahui Pemerintah Malaysia memiliki fasilitas perjudian terbaik dan terlengkap di Asia Tenggara dengan omset pendapatan 4 Milliar Dollar/tahun bernama Genting Highland, dan hal tersebut dinilai warga Sumatra Barat sangat bertolak belakang dengan budaya Muslim negeri Jiran tersebut.Bantuan Pemerintah Malaysia berupa Mie Instan, Selimut, Tenda dan obat-obatan terlihat dibiarkan menumpuk di sisi kiri bandara Minagkabau dan sangat menggangu lalulintas bantuan korban gempa.


"Bantuan dari Negara Jepang yang tiba lebih dulu berupa 2500 Genset, 500 Tenda, 25 Instalasi penyaringan air, 400 Toilet portable dan 10 Kontainer Rumah Sakit Mini sudah kami sebarkan di 6 Kabupaten, sedang dari Pemerintah Amerika, Brasil, Jerman, Filipinna, Brunai, Australia, Thailand, Vietnam dan Russia berupa Beras, obat-obatan, tenda, selimut, bahan makanan, instalasi air yang total keseluruhan berjumlah sekitar 28.000 ton akan tiba mulai hari ini, kami berusaha berkadinasi Barkorlak dan Palang Merah Internasional untuk penyediaan tempat penyimpanan dan penyalurannya" ujar Budi S Ervan.


Sumber - Harian Kota, Jumaat (2/10/2009)





Jika insiden ini benar-benar terjadi, ia pasti mengecewakan kita semua. Seolah-olah apa yang disumbangkan oleh Malaysia itu berstatus haram. Bagaimana pula dengan sumbangan dari negara selain Malaysia? Amerika Syarikat, Thailand, Jepun dan lain-lain. Bukankah negara-negara tersebut lebih 'berat' aktiviti judinya? Bukan setakat judi, malah memperolehi hasil dari aktiviti pelacuran dan arak.Timbul persoalan, mengapa pula bantuan dari negara-negara tersebut diterima tetapi tidak dari Malaysia?Mungkin insiden ini bersifat terpencil tapi ia ternyata membuatkan hati dan perasaan kita terguris.


Namun bantuan dan kerjasama akan tetap dihulurkan oleh Malaysia.Itulah jaminan DS Najib kepada SBY.

kucing-kucing kata kepada isteri kucing, untuk apa dibantu mereka yang tak pernah mengenang budi baik orang lain, ibarat melepaskan anjing yang tersepit! lebih baik dibantu rakyat sendiri yang lebih memerlukan bantuan. jangan lah jadi ibarat kera dihutan disusukan, anak pangkuan mati kebuluran..

PULAU PINANG DERHAKA?!

BUTTERWORTH: Kerajaan Pulau Pinang didakwa menderhaka kerana tidak mewartakan perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, selaku ketua agama bagi Pulau Pinang untuk melantik pensyarah Universiti Sains Malaysia sebagai Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp). Pada pertengahan Ogos lalu, Seri Paduka memperkenankan pelantikan pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM, Ellias Zakaria bagi menggantikan Shabudin Yahaya yang tamat tempoh akhir tahun ini. Bagaimanapun, kerajaan negeri membuat pengumuman Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Mohd Salleh Man sebagai YDP Maipp ketika kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Ogos lalu. Pada pilihan raya kecil itu, Mohd Salleh menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman. (klik disini)

kucing-telah tersurat di dalam sejarah melayu, "hendaklah anak-anakmu kelak tidak derhaka kepada kami.."

MU nyaris diabkan SUNDERLAND





Awal pagi tadi mungkin ramai (yang ramai pun penyokong MU aje) yang pakat-pakat bersengkang mata menonton perlawanan MU vs SUNDERLAND, sama ada dirumah ataupun di Nashmir, Kassim Mustaffa, Dinas atau sebagainya tak kesahlah apapun. Namun, kekecewaan timbul di hati kucing kerna pasukan yang begitu gah reputasinya dengan 11 kejuaraan EPL, manakala pa pemainnya yang bernilai ratusan juta pound, tidak dapat mengimbangi satu pasukan yang dianggap underdog pada musim ini. Sepanjang perlawanan tiada aksi yang menghiburkan, walaupun selepas darrent bent menjaringkan gol pertama, pemain MU bertali arus menyerang sehinggakan hampir 30 minit bola hanya berlegar di kawasan sunderland.
Suasana mulai berubah pada separuh masa kedua apabila dimitar berbatov menjaringkan gol penyamaan yang cukup cantik disebalik kritikan yang dilemparkan kepadanya. Pada jangkaan kucing, MU akan lebih mengasak pada separuh masa kedua, namun suasananya serupa sehinggakan semasa pengulas espn mengulas, dia mengatakan suasana di OT seperti di dalam gereja, amat suram, muram dan sunyi!!
Sememangnya MU menguasai permainan, namun kwanye jones menjaringkan gol kedua sunderland..sehinggalah kieron jones di buang padang akibat kad kuning kedua, moral pemain sunderland mulai merosot! Sehinggalah minit-minit terakhir perlawanan, asakan demi asakan menyebabkan tendangan patrice evra tertanpan kaki pertahanan sundeland anton ferdinand dan menerjah ke gawang sunderland!

Kesimpulannya - game semalam HAMPEH!!!

kucing-kedah kalah lagi 1-0 kepada pulau pinang

RAMAI LAGI YANG BELUM MENDAPAT BANTUAN!!


Sehari dua ni kucing lihat didalam akhbar-akhbar dan juga berita-berita utama di dalam negara menyiarkan tentang kejadian gempa bumi di padang indonesia. Menurut laporan akhbar hari ni, lebih 1,000 orang mati manakala 4,000 lagi masih belum ditemui,dipercayai terperangkap dan masih hidup. Manakala, 3 buah kampung telah lenyap ditelan bumi, melibatkan hampir 400 orang penduduk. Kucing terbaca di dalam akhbar hari ini, gerakan mencari masih tertumpu di kawasan-kawasan elit, manakala di kawasan pedalaman masih terbiar begitu sahaja tanpa sebarang bantuan yang dihulurkan. Walaupun sejak kebelakangan ini, banyak konfrantasi yang ditimbulkan oleh segelintir rakyat indonesia terhadap malaysia, namun atas sikap keprihatinan dan keperimanusiaan, pelbagai tabung kemanusiaan telah dibentuk.

Kucing tertarik dengan tulisan Adam Salleh (jarum emas) "Natijahnya ia buat saya teringat pada Ebiet G Ade yang mendayu-dayu mengalunkan lagu Berita Pada Kawan-"barang kali di sana ada jawabnya, mengapa di tanahku terjadi bencana, mungkin tuhan mulai bosan melihat tingkah kita yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa, atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita cuba kita bertanya pada rumput yang bergoyang.."


kucing-"Ya ALLAH, ya tuhanku, lindungilah negaraku MALAYSIA dari segala bala bencana.." AMIN..

01 Oktober 2009

INDONESIA DILANDA GEMPA LAGI...

JAKARTA 30 Sept. – Indonesia sekali lagi dilanda gempa bumi kuat, kali ini wilayah Sumatera Barat digegarkan dengan gempa berukuran 7.9 pada skala Richter menyebabkan sekurang-kurangnya 75 orang terbunuh dan beratus-ratus rumah musnah.
Bencana tersebut dilaporkan turut menyebabkan kebakaran di bandar Padang dan bekalan elektrik terputus mengakibatkan orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri.
Gempa yang berpusat di Kilometer 57, Padang Pariaman dengan kedalaman 87 kilometer di bawah laut itu dilaporkan berlaku pada pukul 5.16 petang waktu tempatan (pukul 6.16 petang waktu Malaysia), 53 kilometer ke barat laut bandar Padang.
Gempa di Sumatera Barat itu berlaku hampir sebulan selepas Tasikmalaya, wilayah Jawa Barat digegarkan dengan gempa kuat yang mengorbankan 123 orang.
Ia juga berlaku selang sehari selepas gempa kuat menggegarkan Lautan Pasifik yang mencetuskan tsunami di kepulauan Samoa, American Samoa dan Tonga awal pagi ini menyebabkan 113 orang terkorban, manakala 50 yang lain cedera dan berpuluh-puluh lagi dilaporkan masih hilang.
Gempa di Lautan Pasifik tersebut mencetuskan ombak setinggi 4.5 hingga 6 meter menyebabkan banyak kampung di kepulauan tersebut musnah atau ditenggelami air dan ramai pekerja hilang di sebuah taman negara di American Samoa.



Bukan itu sahaja, malah pada masa sama, ribut merosakkan lebih 100 buah rumah masing-masing di pesisir pantai Kelantan dan Terengganu, seorang remaja perempuan maut ditimpa pokok di Pantai Kemayang, Bachok dan empat parah di Pengkalan Chepa, sebanyak 10 rumah turut rosak di Kepala Batas, lima kampung di Tembeling Tengah, Jerantut dilanda hujan air batu sebesar penumbuk dan Di kepulauan Samoa dan Tonga, sekurang-kurangnya 113 orang terkorban akibat tsunami berpunca daripada gempa bumi kuat di Lautan Pasifik awal pagi ini.



kucing-teringat ketika kejadian gempa tahun 2004, sememangnya tak boleh dilupakan sampai ke saat ini. Semalam adik kucing yang sedang belajar di IPG Ipoh pun sms kata dia rasa gegaran tu. Walau apapun inilah dia tanda bahawa ALLAH s.w.t telah memberi peringatan kepada kita bahawa kita sudah semakin jauh melupakannnya...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...maaf zahir dan batin


assalamualaikum w.b.t...


sebelum kucing melalut dengan lebih panjang berjela, terlebih dahulu kuing ingin memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kekasaran, keterlanjuran bahasa atau tingkah laku kucing selama ini kepada semua. kucing juga ingin memohon ampun dan maaf kerana telah lama tidak menjenguk ke dalam blog kucing kerana keterbatasan waktu dan pada yang sama dihambat dengan tugas-tugasan kerja dan juga persiapan nak sambut hari raya tempoh hari. namun begitu, kucing tetap mengikuti perkembangan-perkembangan semasa yang berlaku dan sahabat-sahabat kucing tetap tidak kucing lupakan.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...maaf zahir batin