IKLAN


DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU

Raja-Raja Melayu

Raja-Raja Melayu

INILAH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat RAJA-RAJA dan PEMIMPIN-PEMIMPIN MELAYU yang diperbuat 51 tahun dahulu semasa MERDEKA 31 OGOS 1957
“KAMI WASIATKAN kepada zuriat keturunankami 7 PERKARA yang mana jika kamubersatu padu dan berpegang teguhkepadanya selama itulah kamu akan selama sejahtera”
PERKARA SATU•
Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
PERKARA DUA•
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan isytihar dan simpan, selain gunung-ganang tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum yang lain.
PERKARA TIGA•
Bagi menjaga kamu dan melindungi anak-anak kamu harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU untuk membenteraskan kekacauan dalam Negara dan ancaman dari Luar Negara.
PERKARA EMPAT•
Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kadaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah Negara ini
PERKARA LIMA•
Kami tetapkan ISLAM ialah AGAMA PERSEKUTUAN
PERKARA ENAM•
Kami tetapkan juga bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU
dan
PERKARA TUJUH•
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri SABAH dan SARAWAK.

Pilihan Juara WC 2010

26 November 2009

Nie pun nk buat main-main...

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam tak senang duduk. Padd satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni.

Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti.

Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yg kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan" .

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.

Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala...". Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali dan menyuruh Tok Bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak khusyuk jugak lagi...

Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba-tiba je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aaa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" Lalu batallah solat Budin. Yg lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dg wirid-wiridnya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata,

"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee..."

Tok imam pun terkedu & terpana...

usik-usik minda 1


lembu hitam kata : mcmana bro, tak leh cabut lari dah ni, ayaq naik kelilin...
lembu coklat kata : kita redah aje..
lembu hitam kata : tak nak la bro, aku bukannya reti berenang,karang hanyut, naya ajer!
lembu coklat kata : betui jugak..abih tu apa kita nak buat la ni?!
lembu hitam kata : lebih baik kita 'korbankan' diri kita..daripada mati hanyut, lebih baik kita mati dalam korban, pahala pun boleh..
lembu coklat kata : betui jugak cakap hang...
maka, kedua-dua ekoq lembu tu pun naik la baik le atas tebing setelah niat "cabut lari" depa tu terhalang sebab ayaq banjir..

suami dia kata : lega la timah ooii, kalau tak jenuh laa kita nak cari lembu ganti ni...
isteri dia kata : nasib baik ayaq tak surut lagi, kalau tak jenuh..nk sembelih ayam pun, bukannya penah orang buat korban!

25 November 2009

INGIN MENCUBA NASIB?

Milik siapa suara itu?




"PANGGILAN terakhir untuk penumpang pesawat MH4 ke London. Semua penumpang dipersilakan ke balai berlepas di pintu C2 untuk penerbangan segera. Terima kasih."

Pengumuman yang keluar daripada corong-corong pembesar suara itu seakan-akan satu signatur penting di mana-mana lapangan terbang di dunia. Tidak terkecuali, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang berlokasi di Sepang, Selangor.

Bagi memberi informasi penerbangan terkini kepada semua pengunjungnya, pengumuman tersebut akan dibaca dalam bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Arab.

Percaya atau tidak, pihak pengurusan KLIA sering menerima pujian kerana lontaran suara yang menyebut perkataan-perkataan asing itu bagaikan tiada cacat celanya. Harus diketahui bahawa latar suara pelbagai bahasa itu datang daripada individu yang sama iaitu pembantu penerangan.

Memegang jawatan itu memerlukan mereka memiliki kemahiran bertutur dalam bahasa Arab dan Mandarin yang cukup baik.


SELESAI waktu bekerja, Zeerella akan menggantung laporan kerjanya di papan informasi yang disediakan.


Tiada seorang pun orang Arab atau petugas berketerunan Cina di situ. Sebaliknya, ruang pejabat yang dilengkapi dengan mikrofon itu dihuni oleh pekerja-pekerja tempatan.

Zeerella Cartlez, 24, sudah bekerja sebagai pembantu penerangan di KLIA selama hampir dua tahun. Dia mengetahui mengenai kekosongan jawatan tersebut melalui notis yang dihantar melalui e-mel. Setelah meneliti kriteria yang diperlukan, Zeerella memberanikan diri untuk menghadiri sesi temuduga.

"Temuduga pada hari itu sangat cepat. Tidak sampai pun 10 minit. Walaupun berdebar, saya buat-buat yakin sahaja ketika disoal. Lagi pun, saya pernah bersekolah Cina di sekolah rendah dan menengah.

"Paling penting mereka mahu dengar saya pandai bertutur dalam bahasa Inggeris dan Mandarin," katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Disiplin tinggi

Anak kedua daripada lima beradik itu memberitahu dia sangat menyukai kerjanya itu. Sebabnya, walaupun tidaklah popular seperti penyanyi 'graduan' rancangan realiti, tetapi suaranya tetap akan berkumandang di KLIA hampir setiap hari.

Wanita berambut lurus itu tahu bukan sedikit remaja tempatan mampu menguasai bahasa asing. Namun, mereka mungkin kurang berminat untuk bekerja di sana atas faktor jarak tempat kerja yang jauh atau mengikuti jadual kerja yang memerlukan disiplin tinggi.

Disiplin yang dimaksudkan oleh Zeerella adalah setiap pembantu penerangan tidak boleh mengaktifkan telefon bimbit ketika bertugas. Tempoh rehat yang diberikan juga pendek. Hanya 30 minit berbanding kerja-kerja lain yang waktu rehatnya mungkin lebih daripada satu jam.


PERWATAKAN setiap pembantu penerangan mestilah ceria dan murah dengan senyuman.


"Bukan itu sahaja, kami juga perlu mengikut jadual kerja yang sedikit pelik. Misalnya, masuk kerja pada pukul 7 pagi atau mula bertugas pada pukul 11 malam," jelasnya sambil tersenyum.

Meskipun perlu mematuhi peraturan sebegitu, Zeerella mengakui kerjanya itu cukup menyeronokkan. Malah, dia juga berpeluang memantapkan lagi kemahiran bahasanya.

"Kalau bekerja di tempat lain dan tidak dilatih, saya mungkin sudah lupa semua perkataan Mandarin. Akhirnya, kebolehan itu akan rugi macam itu sahaja," tambahnya lagi.

Pernah tertekan

Baru menjangkau usia 20 tahun, Mohd. Zaharizwan Zakaria menjelaskan pekerjaan itu mempunyai sisi positif dan negatifnya. Ketika di awal tempoh bekerja, Zaharizwan pernah mengalami sedikit tekanan.

Namun, ia bukanlah terlalu serius. Sebabnya, dia terpaksa mengingati lebih kurang 50 penerbangan. Tidak dinafikan bahawa setiap pembantu penerangan diberikan teks untuk dibaca, tetapi mereka juga perlu cekap untuk membaca monitor yang tertera berkaitan setiap penerbangan sama ada pelepasan atau ketibaan.


SEMUA laporan harian pembantu penerangan akan dipamerkan di papan informasi.


"Buat masa sekarang, saya masih membaca teks untuk membuat pengumuman. Mungkin kalau sudah ada pengalaman nanti, saya tidak perlukan teks lagi.

"Sebenarnya, ayat yang dibaca itu semunya sama sahaja. Apa yang membezakannya adalah nombor pintu dan penerbangan," jelasnya yang membuat sekurang-kurangnya 130 pengumuman pada setiap syif bekerja.

Menurut Zaharizwan, terdapat dua kumpulan pembantu penerangan yang akan bertugas pada setiap hari. Harus diingat bahawa tugas yang diamanahkan bukan sekadar mengumumkan informasi penerbangan semata-mata.

Sebaliknya, mereka juga bertanggungjawab membuat pengumuman sekiranya timbul masalah seperti kehilangan barang, anak dan sebagainya.


SETIAP syif dikendalikan oleh dua pembantu penerangan untuk membuat apa sahaja pengumuman di KLIA.


Selain itu, mereka sesekali tidak dibenarkan meninggalkan bilik operasi sewenang-wenangnya. Malah 15 minit sebelum memulakan tugas, setiap pekerja akan diberi taklimat oleh penyelia masing-masing.

Mereka perlu sentiasa bersiap sedia untuk menerima arahan daripada pengawal pintu untuk membuat panggilan terakhir.

Beritahunya lagi, sebelum memulakan sebarang pengumuman, setiap pekerja diwajibkan mengamalkan tiga proses iaitu tarik nafas, duduk dalam keadaan tegak dan senyum.




"Proses ini memang kena ikut. Sesiapa yang tidak ikut, suara mereka mesti tak lancar. Senyuman pula menggambarkan suara seseorang itu dalam keadaan gembira," jelasnya ringkas.

Jamin masa depan

Memakai uniform berwarna oren dan hitam, seorang lagi pembantu penerangan iaitu Zahaizan Zakaria memilih untuk tidak meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi selepas tamat tingkatan lima. Tidak pernah menyesal dengan tindakannya itu, dia yang juga adik kepada Zaharizwan nyata yakin dengan hala tuju masa depannya.

Berbeza dengan remaja lain, dia berpegang kepada prinsip untuk tidak mahu menyusahkan keluarga. Jadi, Zahaizan memilih untuk bekerja sepenuh masa seawal usia 18 tahun kerana mahu meringankan beban orang tuanya.

Tidak dilahirkan dalam keluarga yang mewah, ibunya tidak bekerja manakala ayahnya pula seorang pemandu teksi. Justeru, anak bongsu daripada tujuh beradik itu mahu berdikari mencari rezeki dan menghulurkan sedikit pendapatannya kepada keluarga.

Siapa sangka, gadis bertubuh kecil itu sebenarnya mempunyai suara yang cukup matang apabila berhadapan dengan monitor dan pembesar suara untuk mengumumkan apa sahaja yang berlaku di sekitar KLIA.

Anak tangkap mak!


MELAKA: Tidak sanggup melihat insan disayangi terus bergelumang dosa, seorang anak membulatkan tekad menahan ibu kandungnya selepas mengetahui wanita terbabit berkhalwat dengan seorang lelaki di rumahnya di pinggir bandar ini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam, anak lelaki wanita terbabit yang berusia awal 20-an ke rumah sewa ibunya di bandar raya ini selepas mengesyaki ada lelaki datang ke rumah itu.

Difahamkan, selepas menunggu beberapa jam di luar rumah, teman lelaki ibunya masih tidak keluar menyebabkan anak wanita berkenaan curiga lalu menghubungi polis dan pegawai penguat kuasa agama di kawasan berkenaan supaya mengambil tindakan sewajarnya.

Bagaimanapun, tanpa diduga beberapa minit selepas laporan dibuat, lelaki terbabit keluar dari rumah dan menyedari dia mahu beredar, anak wanita itu bersama beberapa rakannya menahannya.

kucing-donia-donia..

KAT MANA-MANA PUN BOLEH..


kuicng-nak tunggu depan buat atas bulan pulak..

23 November 2009

KALAU NAK KAWIN, BUAT APA PUN SANGGUP

ini berlaku di kuantan pahang...

kucing-kot iyer pun tunggu la sampai habis banjir..bukan nak lari gunung dikejar pun..

14 November 2009

TERBARU DI SELANGOR 2


gambar hiasan - tidak ada kena mengena dengan motosikal kucing

kucing-mcmana nk dpt perkhidmatan tu? nak kena booking awal ker? ada moto sejibik nak cuci

TERBARU DI SELANGOR...

05 November 2009

KUCING NI JENIS CARGAS SELALU..!!


yea..yea..

Kucing disahkan dijangkiti selesema babi

WASHINGTON 5 Nov. – Seekor kucing di Iowa disahkan positif influenza A (H1N1) sekali gus menjadi kucing pertama dijangkiti wabak pandemik ini, lapor Pertubuhan Perubatan Veterinar Amerika Syarikat, semalam.Kucing berusia 13 tahun itu dipercayai dijangkiti virus tersebut daripada penghuni rumah tempatnya tinggal.Ia bagaimanapun telah pulih sepenuhnya dan tidak akan menjangkiti sesiapa pun.Anjing dan kuda dikatakan turut boleh dijangkiti pelbagai jenis virus selesema, tetapi sehingga kini masih belum ada binatang ini yang dijangkiti wabak selesema babi ini. – Reuters

kucing-bukan kucing ini yang kena!! wawawa!! kucing nih jenis cargas selalu!!

Ingat sebelum terkena!!

Diarah sara ibu bapa sepanjang hayat


KASSIM (dua kiri) bersama Fatimah (kiri) dan ahli keluarga berbincang dengan peguam mereka di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, semalam.

Pensyarah, suami juga mesti tunai lima tuntutan lain

SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam memerintahkan seorang pensyarah universiti yang berkelulusan ijazah doktor falsafah (PhD) dan suaminya memberi nafkah kepada ibu bapanya sepanjang hayat.
Hakim Mohd Nadzri Abdul Rahman Ibrahim, juga memerintahkan Raja Suzana Kassim, 39, dan suaminya, Zulazli Hashim, 43, memenuhi lima tuntutan lain yang difailkan Kassim Othman, 74, dan isterinya, Fatimah Salleh, 66, iaitu membenarkan mereka sepanjang hayat tinggal di sebuah rumah di Kampung Jiboi Baru, Ampangan.


Mahkamah turut memerintahkan pasangan warga emas itu diberi kebebasan bergerak dan melakukan aktiviti dalam rumah itu serta kawasan persekitaran; diberi kebebasan dilawati anak lain pada bila-bila masa sepanjang hayat; menghormati dan menjaga kebajikan mereka serta membiayai mereka mengerjakan haji.
"Saya juga memerintahkan defendan pertama membayar nafkah RM500 sebulan, iaitu RM250 kepada plaintif pertama (Kassim) untuk membayar bil utiliti dan kos penyelenggaraan kawasan rumah serta RM250 kepada plaintif kedua (Fatimah) untuk kos perbelanjaan harian pada setiap akhir bulan sepanjang hayat mereka.

"Saya fikir bayaran nafkah itu mencukupi untuk pasangan warga emas seperti mereka kerana anak lain juga perlu bertanggungjawab menanggung mereka. Perintah ini berkuat kuasa serta-merta," katanya dalam penghakiman ringkas kes itu.Bagaimanapun, hanya Zulazli hadir ketika hakim membacakan keputusan itu. Raja Suzana, anak kelima daripada lapan beradik tidak hadir kerana mahkamah diberitahu peguamnya, Norzaini Nordin, bahawa anak guamnya terpaksa mengendalikan peperiksaan akhir semester penuntutnya.
Pada April 2007, Kassim dan Fatimah yang diwakili Haniff Hassan, memfailkan enam tuntutan termasuk nafkah sepanjang hayat daripada anak perempuan dan menantunya kerana didakwa memungkiri janji dan mengusir mereka dari rumah yang dipindah milik kepada anak dan menantunya itu.
Pada 1993, Raja Suzana serta Zulazli mendirikan rumah tangga dan pada 2002, Kassim memindah pemilikan tanah kepada defendan selepas mereka berjanji, antara lain menanggung nafkah plaintif selagi mereka hidup serta membenarkan kedua-dua plaintif tinggal di rumah itu-bharian.com.my

kucing-ingat sebelum terkena!! kalau ada masa, jenguk-jenguklah ibu bapa kita di kampung..kalau tak der masa, cari jugaklah masa..

04 November 2009

Buat aje macam ni!!

Wanita tendang perut penyamun



TELUK INTAN: Tindakan pantas seorang wanita menendang kaki serta perut seorang penyamun bersenjata pisau bukan saja mengelaknya daripada risiko kecederaan, malah aksi beraninya itu menyebabkan suspek dicekup dan dibelasah orang ramai sebelum ditahan polis. Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari kelmarin, seorang wanita berusia 40-an yang enggan dikenali cuba disamun seorang lelaki bersenjata pisau sebaik keluar dari sebuah bank di Jalan Syed Abu Bakar di sini.
Pada mulanya, suspek berusia 30 tahun itu mengekori mangsa sehingga ke tempat letak kereta sebelum mendakap mangsa dari belakang dan mengarah mangsa masuk dalam kereta.
Mangsa yang pada mulanya panik, bertindak berani menendang suspek sebelum menjerit meminta tolong. Tindakan mangsa menjerit sekuat-kuat hati menyebabkan orang ramai dan pelanggan dalam bank keluar dan menyebabkan suspek cuba melarikan diri.
Bagaimanapun, suspek ditahan sebelum diserahkan kepada seorang anggota polis berpakaian biasa yang lalu di kawasan itu. Aksi cemas itu bukan saja mengejutkan orang ramai di Jalan Syed Abu Bakar, malah memberi amaran kepada mereka supaya berhati-hati terutama selepas keluar dari bank. Suspek yang juga seorang penagih dadah dibawa ke Balai Polis Teluk Intan untuk siasatan sebelum direman untuk siasatan lanjut. Kira-kira sebulan lalu, kejadian hampir sama berlaku di depan sebuah bank di Jalan Pasar apabila dua suspek menerpa seorang wanita yang baru hendak menaiki keretanya selepas berurusan di bank berkenaan sebelum diarah masuk dalam kereta. Suspek menculik mangsa dan merompak wang RM400 dan melarikan kereta mangsa sebelum ditinggalkan keseorangan di Jalan Tembaga kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian.-hmetro.com.my

kucing-baru ada akai!!!

MACAM MANA NAK MUSNAHKAN ARAK BERNILAI RM1.5 JUTA DALAM MASA 5 SAAT

KLIK GAMBAR DI ATAS

kucing-tetapi sila pastikan anda memahami bahasa inggeris dengan baik..

Sepatutnya begini...

Perogol kena hukum sula

RIYADH: Sebuah mahkamah rayuan di Arab saudi menyokong hukuman pancung dan sula yang dijatuhkan ke atas seorang lelaki berusia 22 tahun, selepas dia didapati bersalah merogol lima kanak-kanak dan membiarkan seorang daripadanya mati di padang pasir. Akhbar Okaz melaporkan, lelaki terbabit ditahan awal tahun ini selepas seorang budak lelaki berusia tujuh tahun, membantu polis menjalankan siasatan. “Kanak-kanak yang dibiarkan sehingga mati di padang pasir selepas dirogol itu berusia tiga tahun,” lapor akhbar itu.

Kumpulan hak asasi antarabangsa sering menuduh kerajaan Arab Saudi melaksanakan undang-undang yang kejam termasuk memenggal pembunuh, perogol dan pengedar dadah di khalayak ramai. Setakat ini kira-kira 40 orang sudah dijatuhi hukuman terbabit. Di Arab Saudi, hukuman sula, bererti mayat pesalah akan diikat pada tiang kayu untuk tontonan umum, selepas hukuman pancung dilaksanakan. - Reuters/ bharian.com.my

kucing-sepatutnya inilah hukuman untuk si perogol dan si haruan makan anak.



03 November 2009

Kereta berperisai Presiden Amerika Syarikat-CADILLAC ONE


Keistimewaannya -
1. Rangka- diperbuat daripada titanium, keluli , aluminium dan seramik
2. Pintu-plat besi setebal 20 cm
3. Kamera malam (night vision)
4. Casis - plat besi setebal 12 cm untuk menghalang letupan bom
5. Tayar - diperkukuh dengan lapisan kevlar yang membolehkan kereta bergerak walaupun tayar pecah
6. Tiingkap pemandu - kalis peluru dan hanya boleh dibuka seluas hanya 8 cm
7. Bank darah (blood bank)
8. Tangki minyak - diperkukuh dan diisi dengan bahan khas yang dapat menghalang letupan
9. Harga antara AS$450,000 - AS$500,000

kucing-nak beli? sila hubungi Presiden AS, Barrack Hussien Obama

5 ditahan rasuah..


Ahli Parlimen Sabak Bernam, Abdul Rahman Bakri (BN) dan pembantunya Ramli Busro akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam kira-kira pukul 8.30 pagi nanti.
Mereka adalah antara lima orang yang diseret ke muka pengadilan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang melancarkan pendakwaan besar-besaran terhadap ahli politik dan pembantu mereka di Selangor berhubung kesalahan rasuah.
Menurut kenyataan SPRM Ahli Parlimen dan pembantunya itu ditangkap atas kesalahan mengemukakan invois-invois yang mengandungi butiran palsu semasa menjadi ADUN Selangor.
Berikut kenyataan penuh SPRM:

Bekas ADUN dan pembantu ditangkap SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor telah menangkap seorang bekas ADUN dan pembantunya atas kesalahan di bawah Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997.
Bekas ADUN tersebut yang kini seorang Ahli Parlimen ditangkap atas kesalahan mengemukakan invois-invois yang mengandungi butiran matan palsu semasa beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor bagi melaksanakan satu program yang tidak dijalankan. Manakala itu, pembantu beliau ditangkap atas kesalahan bersubahat dengan bekas ADUN berkenaan dalam membuat tuntutan bagi program yang sama.
Kedua-dua mereka akan dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada pagi 3 November 2009 (esok).

Bekas pegawai MB Selangor ditangkap SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor telah menangkap seorang bekas Pegawai Menteri Besar Selangor pada 2 November 2009 atas kesalahan di bawah Kanun Keseksaan.
Beliau ditangkap kerana disyaki menipu dan memperdayakan seorang presiden sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Negeri Selangor bagi tujuan pembiayaan sebuah majlis anjuran Kerajaan Negeri berkenaan. Nilai yang terlibat adalah sebanyak RM50,000.00.
Beliau akan dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada pagi 3 November 2009 (esok).

Pembantu khas exco Selangor dituduh SPRM (Wong Chuan How)
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menuduh seorang pembantu khas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor di bawah Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997 dan Kanun Keseksaan.
Beliau akan dituduh atas kesalahan mengemukakan invois yang mengandungi butiran matan palsu kepada Pejabat Daerah Sepang bagi membekalkan barangan sempena program Hari Kemerdekaan tahun 2008 yang mana tidak dibekalkan. Beliau juga akan dituduh di atas dua (2) kesalahan pecah jenayah amanah di bawah Seksyen 406 Kanun Keseksaan.
Pertuduhan kes ini akan dibuat di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada pagi 3 November 2009 (esok).

Pengarah syarikat dituduh membuat tuntutan palsu
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor akan menuduh seorang pengarah syarikat atas kesalahan di bawah Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997.
Beliau akan dituduh atas kesalahan mengemukakan invois-invois yang mengandungi butiran matan palsu kepada Pejabat Daerah Hulu Langat bagi membekalkan barangan dan keperluan bagi program-program di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai, Selangor pada tahun lepas sedangkan pembekalan tersebut tidak dilaksanakan.
Pertuduhan kes ini akan dibuat di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada pagi 3 November 2009 (esok).

kucing-selalunya pelanduk lupakan jerat, tetapi jerat tak pernah lupakan pelanduk..

Apabila PM bersuara..

PM persoal motif tahan Dr Asri

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan motif penahanan bekas Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainal Abidin oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Perdana Menteri berkata, ramai penceramah agama yang membuat ceramah tidak ditahan, berbeza dengan kejadian yang berlaku terhadap Dr Asri. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan konvensyen Pasar Tani di sini, hari ini.Najib berkata penahanan Dr Mohd Asri kerana dilaporkan memberi ceramah tanpa tauliah oleh Jais malam tadi bagaimanapun tidak ada kena mengena dengan Kerajaan Pusat.

kucing-DS Najib dah bercakap..

Janganlah hanya nyamuk seekor, kelambu dibakar..

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menahan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin malam tadi kerana dikatakan berceramah tanpa tauliah menimbulkan pelbagai persoalan.

Selain Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempersoalkan motif penahanan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom berkata Jais dan kerajaan negeri Selangor perlu menyelesaikan kes itu dengan sewajarnya.

"Ini kerana tangkapan dah dibuat tetapi proses pendakwaan tidak berjalan dengan sepatutnya. Kalau sudah minta (Asri) untuk pergi mahkamah pukul 9 pagi tetapi sampai tengah hari perkara (tuduhan) itu tidak dimaklumkan, hal seperti ini tidak sewajarnya berlaku," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan hampir sejam dengan Asri di sini Isnin.

Beliau berkata pertemuannya dengan Asri adalah bagi mendapatkan penjelasan daripada bekas mufti itu mengenai apa yang berlaku terhadapnya Ahad.

Katanya kerajaan pusat tidak bertanggungjawab memandangkan kejadian itu berlaku di Hulu Klang, iaitu di bawah jajahan negeri Selangor.

"Hal agama tertakluk kepada negeri masing-masing," katanya.

Asri ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong beliau.

Jais telah menahan Asri kerana dikatakan menyampaikan kuliah tanpa tauliah di sebuah kediaman di Taman Sri Ukay pukul 12 tengah malam tadi.

Beliau diminta hadir di Mahkamah Rendah Syariah di Gombak pagi ini tetapi tidak ada pertuduhan disebut, dan beliau kemudian dibebaskan dengan bon jaminan tanpa cagaran.

Malahan, isu penahanan Asri itu dibangkit dalam persidangan Dewan Rakyat apabila beberapa wakil rakyat menyifatkan tindakan Jais sebagai penyalahgunaan kuasa.

"Kalau alim ulamak tidak dibenarkan berceramah, pelik saya rasa, melainkan ajaran sesat," kata Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2010.

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata pegawai penguatkuasa seharusnya menggunakan daya pemikiran yang waras kerana Islam adalah agama yang dimuliakan.

"Mereka (penguatkuasa) harus diberikan tarbiah sebab mereka ini menjaga agama. Mereka tidak boleh buat sesuka hati mereka," katanya.

Cadangan menyelaraskan peraturan agama Islam di seluruh negara juga disokong wakil-wakil pembangkang.

Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang) menggesa kerajaan menjelaskan isu pentauliahan supaya difahami oleh rakyat manakala Zulkifli Noordin (PKR-Kulim Bandar Baru) berkata seorang Mufti Perak sebelum ini juga gagal mengadakan ceramah di Johor kerana ditolak oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Isu penangkapan Dr Mohd Asri turut dibangkitkan dalam sesi soaljawab di mana Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata setiap negeri mempunyai peraturan masing-masing sekiranya ingin mengadakan ceramah.

Sementara itu, Mufti Kerajaan Negeri Perlis Dr Juanda Jaya membidas penahanan Dr Mohd Asri dan menyifatkan penahanan itu lebih bersifat dendam peribadi pihak tertentu yang mahu mengaibkan pihak lain melalui salah guna kuasa.

"Saya amat kecewa kerana insiden seperti ini yang pernah beberapa kali berlaku kepada pihak lain pasti mengaibkan agama Islam dan pihak berkuasa agama.

"Terlebih lagi ia berlaku terhadap seseorang yang sepatutnya dihormati kedudukan keagamaannya, tetapi dinafikan haknya untuk mengajar agama yang mana beliau sendiri menjadi rujukan dalam urusan agama," katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama, di sini.

Dr Juanda, yang menggantikan Dr Mohd Asri sebagai Mufti Perlis pada Februari lepas, menyifatkan isu tauliah mengajar agama adalah isu lapuk yang diwarisi sejak zaman penjajah dan ia adalah suatu peraturan yang bersifat dua mata yang boleh membunuh tuannya jika disalahgunakan.

"Pihak berkuasa agama sewajarnya mengambil pendekatan nasihat dan dialog secara bersemuka dengan pihak yang tidak disenangi, bukannya menjadikan penggunaan kuasa sebagai cara utama," katanya.

Dr Juanda berkata sudah tiba masanya pihak berkuasa tertinggi negara iaitu Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (MKI) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersidang bagi mengkaji semula pengurusan dan peranan agensi yang melaksanakan urusan agama bagi pihak pemerintah dan Raja-raja Melayu agar pengamalan Islam di negara ini menepati kehendak Al Quran dan Hadis.

Di KOTA BAHARU, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menganggap penahanan itu satu tindakan melampau.

Mursyidul Am PAS itu berkata: "Saya anggap ia satu tindakan yang melampau, kenapa perlu tangkap seorang tokoh agama yang juga bekas mufti, ramai lagi orang yang patut ditangkap."

Nik Aziz berkata walaupun ada pihak mendakwa Dr Mohd Asri menyebarkan ajaran Wahabbi, ia perlu diperhalusi terlebih dahulu bagi memastikan ia benar-benar salah di sisi undang-undang.

"Nasihat saya kepada JAIS, jangan buat untuk kali kedua kerana akan merosakkan imej Islam di Malaysia," katanya-bernama.com.my

kucing-sebenarnya pada pandangan kucing, ada agenda yang tersembunyi di sebalik penahanan Dr. Asri semalam. Apa yang kucing dengar melalu berita tv, Mufti Selangor membuat kenyataan bahawa pihak JAIS mendapat aduan daripada penduduk setempat. Betul ker? Walaupun kucing ni bukanlah mempunyai kemahiran yang tinggi di dalam bidang agama, tetapi secara logik akal, adakah mengajar ilmu agama itu memerlukan tauliah? adakah seorang bapa mengajar ilmu agama kepada anak isterinya memerlukan tauliah? adakah seorang ustaz tua yang ikhlas mendidik anak-anak desa di rumah tanpa sebarang imbuhan, memerlukan tauliah? Malah telah tertulis di dalam Perlembagaan Malaysia, tiada pihak boleh menghalang atau mencegah agama islam daripada disebarkan kepada semua pihak. marilah kita fikir-fikirkan...

02 November 2009

CARIK VIDEO!!!











KALAU ADA SAHABAT-SAHABAT YANG DAPAT CARI VIDEO YANG KUCING MAKSUDKAN DALAM POSTING KAT BAWAH, HABAQ KAT KUCING SAMA!!!!
PANAS HATI DAH NI!!!

INI SUDAH KURANG HAJAQ!!!



Pelajar ajuk cara 'bersolat jemaah' dalam gereja
ANTARA aksi yang dilakukan sekumpulan pelajar yang menghina cara orang Islam menunaikan solat di dalam sebuah gereja di Betong.

KUCHING: Sekumpulan pelajar sebuah sekolah menengah di Betong, Sarawak, merakamkan perbuatan mereka meniru cara umat Islam bersolat jemaah termasuk melaungkan azan di dalam sebuah gereja dan dipaparkan dalam laman web You Tube. Dalam rakaman dua minit 13 saat itu, sekurang-kurangnya lapan remaja termasuk dua perempuan berusia 12 hingga 15 tahun dilihat ketawa dan menjerit ketika empat rakan mereka melakukan 'solat jemaah'. Empat remaja lelaki kelihatan berdiri di ruang hadapan gereja atau altar sambil meniru cara solat jemaah dengan seorang daripada mereka melakonkan watak imam.
Ketika itu, laungan seperti azan jelas kedengaran dipercayai dilakukan rakan lain, manakala kumpulan remaja berkenaan 'bersolat' dengan mengangkat takbir beberapa kali, sujud, duduk antara dua sujud sebelum duduk tahyat akhir. Kumpulan remaja yang melakonkan watak jemaah turut berbaring beberapa kali dan menggayakan tarian 'shufle' serta berguling. Seorang daripada remaja berkenaan turut dilihat mengajuk cara pondan bersolat sebelum remaja yang merakam berkata "ada pondan ke dalam masjid". Mereka memakai pakaian baju T dan seluar jeans dengan seorang daripada mereka memakai baju sekolah yang tertera nama dan logo Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Augustine, Betong.

Perbuatan dipercayai dilakukan di sebuah gereja sekitar Betong, kira-kira 350 kilometer dari sini dengan tiada individu dewasa kelihatan berada dalam rumah ibadat berkenaan. Pada penghujung rakaman, seorang remaja lelaki turut berkata "no more muslim, muslim is ajaran sesat". Rakaman berkenaan dihantar ke sebuah laman web oleh seorang penghantar bernama 'Harisha2012' pada 20 Oktober lalu.
Sementara itu, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Daud Abdul Rahman, berkata perbuatan itu dilakukan sekumpulan pelajar nakal dan meminta umat Islam tidak cepat melatah. Katanya, Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais) sudah dimaklumkan mengenai perbuatan kumpulan remaja berkenaan dengan siasatan dilakukan beberapa pegawai Jais.
"Sebagai umat Islam, memang kita tidak gembira, namun saya harap ia tidak menjejaskan hubungan antara kaum di negara ini. Ia dilakukan sekumpulan kecil budak nakal dan ia tidak mencerminkan keadaan sebenar hubungan kaum dan agama yang sememangnya baik sejak dulu lagi," katanya ketika dihubungi semalam. Beliau berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas termasuk merujuknya kepada pemimpin di kawasan berkenaan bagi memastikan ia tidak berulang. "Setakat ini tiada laporan rasmi dibuat mana-mana pihak, namun saya akan meminta pegawai Jais membuat laporan agar siasatan lebih terperinci dilakukan," katanya. Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Sarawak, Datuk Dr Julaihi Bujang, berkata pihaknya sudah memaklumkan kejadian kepada polis dengan tindakan tegas akan diambil terhadap kumpulan pelajar berkenaan-bharian.com.my
kucing-ini sudah kurang ajaq dan kurang belajaq!!! wahai pejuang islam yang lantang memperjuangkan islam, jangan harap tinggal teloq aje!! tolong ambik tindakan yang sepatutnya!!

Dr Asri ditahan JAIS


DR MOHD ASRI dibawa untuk siasatan selepas ditahan di sebuah banglo di Taman Sri Ukay, Hulu Klang, malam tadi.

Bekas Mufti Perlis didakwa mengajar tanpa tauliah
KUALA LUMPUR: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tengah malam tadi kerana disyaki mengajar tanpa tauliah. Beliau ditahan di sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika memberikan ceramah kepada lebih 100 pengikut.
Apabila pasukan Jais memasuki premis berkenaan sekumpulan lelaki cuba menghalang anggota penguat kuasa menahannya. Turut berada dalam banglo berkenaan ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang, Saari Sungib yang turut mempertikaikan kesahihan tindakan Jais untuk menahan Dr Mohd Asri. Anggota Jais dikatakan memasuki banglo berkenaan kira-kira jam 9 malam dan kelihatan membawa Dr Mohd Asri keluar pada jam 12.10 ke Balai Polis Hulu Klang.
Polis yang memantau operasi turut berdepan masalah kerana tidak mempunyai waran tangkap dan hanya menjadi perantara bagi urusan membawa Dr Mohd Asri dan beberapa pengikutnya ke balai polis untuk diambil keterangan. Turut mengiringi beliau ke balai polis ialah Zuraida, Saari dan beberapa pengikutnya menaiki kenderaan Jais. Menurut sumber, Jais menyiasat kegiatan Dr Mohd Asri sejak beberapa bulan lalu kerana dipercayai cuba menghidupkan fahaman yang berlawanan dengan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam kelompok tertentu, terutama kumpulan elit dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) sejak beberapa tahun kebelakangan ini di sekitar Selangor. Sebelum ini beliau dikaitkan dengan fahaman Wahabi. Fahaman itu diperkenalkan Muhammad bin Abdul Wahab pada abad ke-18 di Semenanjung Arab. Muhammad dilahirkan pada 1703 di Najd.
Antara ajaran Wahabi ialah menolak doa qunut, amalan membaca Yasin, bertahlil di kuburan dan zikir selepas sembahyang yang menjadi amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ajaran itu dikatakan menimbulkan keraguan serta kontroversi sehingga menyebabkan ia dikatakan punca perpecahan umat Islam di negara ini. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jawatankuasa Penyelarasan Penyelidikan Islam Kebangsaan (Jappis) dan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan difahamkan menolak serta menyekat ajaran itu disebarkan di negara ini. Ia tidak bersesuaian dengan pendekatan Islam di negara ini dan dikhuatiri akan menggugat perpaduan umat.
kucing-berita ini amat mengejutkan pada pagi ini. Kucing tahu waktu dengar MHI pagi tadi. apa tujuan sebenarnya ek?

Rokok RM30...


Pemimpin NGO setuju sekotak rokok dijual RM30
KUALA LUMPUR 1 Nov. – Beberapa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyambut baik cadangan harga sekotak rokok 20 batang dijual RM30 yang dipercayai boleh mengurangkan jumlah rokok yang dihisap dan akhirnya menghentikan tabiat merokok.
Menurut Timbalan Yang Dipertua Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam), Tan Sri Mohd. Najib Abdul Aziz, harga rokok yang tinggi boleh menjadi faktor utama mencegah dan menghentikan tabiat merokok.
“Jika harga terlalu tinggi, perokok mungkin akan berfikir panjang membelinya dan ia mampu mengurangkan jumlah rokok dihisap yang akhirnya membantu menghentikan tabiat ini.
“Kami amat menyokong mana-mana tindakan yang mampu menghentikan tabiat merokok kerana ia amat baik terutama kepada kesihatan,” katanya.
Dalam cadangannya semalam, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyatakan harga minimum RM6.20 sekotak rokok 20 batang yang bakal dikuatkuasakan kerajaan mulai 1 Januari depan masih terlalu rendah.
Bagi CAP, harga rokok di Malaysia termasuk jenis premium yang kini dijual RM9.30 sekotak pula masih murah berbanding di kebanyakan negara lain yang meletakkan nilainya hampir RM40.
Mohd. Najib berkata, cadangan itu jika dijalankan akan membantu usaha pelbagai pihak termasuk Pemadam yang selama ini giat berkempen bagi memberi kesedaran berhubung bahaya rokok kepada masyarakat.
Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohammad pula berkata, cadangan itu amat baik namun perlu dikaji secara teliti.
“Cadangan CAP itu amat bagus bagi mengekang masalah merokok di kalangan masyarakat terutama pelajar namun harus diingat harga rokok tinggi tidak semestinya akan menghentikan tabiat merokok,” katanya.
Sementara itu, Pakar Jabatan Kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Dr. Hayati Abdullah berkata, penetapan harga yang tinggi adalah kaedah baik bagi mengurangkan minat perokok kepada rokok.
Katanya, mungkin individu yang menghisap sehingga dua kotak rokok sehari akan mengurangkannya kepada sekotak dan kemudian hanya beberapa batang.
kucing-lebih baik hisap curut!