IKLAN


DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU

Raja-Raja Melayu

Raja-Raja Melayu

INILAH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat RAJA-RAJA dan PEMIMPIN-PEMIMPIN MELAYU yang diperbuat 51 tahun dahulu semasa MERDEKA 31 OGOS 1957
“KAMI WASIATKAN kepada zuriat keturunankami 7 PERKARA yang mana jika kamubersatu padu dan berpegang teguhkepadanya selama itulah kamu akan selama sejahtera”
PERKARA SATU•
Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
PERKARA DUA•
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan isytihar dan simpan, selain gunung-ganang tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum yang lain.
PERKARA TIGA•
Bagi menjaga kamu dan melindungi anak-anak kamu harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU untuk membenteraskan kekacauan dalam Negara dan ancaman dari Luar Negara.
PERKARA EMPAT•
Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kadaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah Negara ini
PERKARA LIMA•
Kami tetapkan ISLAM ialah AGAMA PERSEKUTUAN
PERKARA ENAM•
Kami tetapkan juga bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU
dan
PERKARA TUJUH•
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri SABAH dan SARAWAK.

Pilihan Juara WC 2010

27 Mei 2009

SELAMA MANA HENDAK DIBIAR BEGINI?


Kecut perut tengok sekolah - Nasib malang 800 murid apabila projek sekolah terbengkalai sejak tahun lepas(kosmo.com.my)
KEPALA BATAS - Lebih 800 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Keladi di sini terpaksa belajar dalam keadaan bahaya dan tidak selesa selepas projek bangunan tambahan sekolah itu terbengkalai sejak tahun lalu.
Masalah itu semakin merunsingkan ibu bapa apabila mengetahui anak-anak mereka terpaksa makan di bawah khemah atau di tepi longkang selain berkongsi tandas sesama lelaki dan perempuan.
Tidak cukup dengan itu, kawasan tapak projek yang cuma 30 meter dari bangunan sekolah sedia ada, menyebabkan kelas dicemari habuk manakala lubang-lubang yang terbiar menimbulkan ancaman keselamatan.
Disebabkan projek itu tidak disiapkan, pihak sekolah terpaksa mengatur pembelajaran dalam dua sesi.
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, Mansor Abdul Samat ketika mendedahkannya berkata, masalah itu menyebabkan ada ibu bapa kecut perut memikirkan keadaan anak-anak di sekolah sehingga mereka mengadu hampir setiap hari kepada pihaknya.
"Memanglah belum ada berlaku kemalangan tetapi siapa tahu esok lusa ia (kemalangan) terjadi, Ini menyebabkan kami ibu bapa berasa tertekan,'' katanya di sini semalam.
Menurut beliau, projek blok bangunan sekolah empat tingkat, tandas dan kantin itu sepatutnya siap awal tahun ini selepas tertangguh sejak Oktober lalu.
Namun katanya, kemajuan projek terhenti pada tahap 50 peratus apabila kontraktor menghadapi masalah kewangan ekoran kenaikan harga barang binaan.
Beliau berkata, kos bangunan tambahan, tandas serta kantin itu dianggarkan bernilai lebih RM3 juta dan kontraktor berkenaan telah menerima lebih RM1 juta sebagai bayaran kemajuan projek.
Tambahnya, pembinaan projek itu bermula dengan baik pada September 2007 tetapi ia mula perlahan sekitar Mac tahun lepas dan berhenti sepenuhnya pada Disember.
kucing-kucing hairan sebenarnya, kerajaan telah mewar-warkan berbillion-billion ringgit untuk tujuan menjana semula pembangunan, tetapi kemanakan sebenarnya duit itu mengalir. Adakah ini menunjukkan ketidaktelusan pihak-pihak tertentu di dalam menyediakan prasarana penting pendidikan. Jangan nanti bila berlaku sesuatu yang tidak diingini barulah ada 'hero-hero' yang tidak diundang muncul membela nasib rakyat. Sesuatu perlu dilakukan, tak payahlah tunggu pak-pak menteri datang menjenguk, barulah hendak kelam kabut mencari alasan untuk menyelamatkan tengkuk masing-masing. Janganlah bila terhantuk baru hendak tengadah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan