IKLAN


DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU

Raja-Raja Melayu

Raja-Raja Melayu

INILAH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat RAJA-RAJA dan PEMIMPIN-PEMIMPIN MELAYU yang diperbuat 51 tahun dahulu semasa MERDEKA 31 OGOS 1957
“KAMI WASIATKAN kepada zuriat keturunankami 7 PERKARA yang mana jika kamubersatu padu dan berpegang teguhkepadanya selama itulah kamu akan selama sejahtera”
PERKARA SATU•
Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
PERKARA DUA•
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan isytihar dan simpan, selain gunung-ganang tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum yang lain.
PERKARA TIGA•
Bagi menjaga kamu dan melindungi anak-anak kamu harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU untuk membenteraskan kekacauan dalam Negara dan ancaman dari Luar Negara.
PERKARA EMPAT•
Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kadaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah Negara ini
PERKARA LIMA•
Kami tetapkan ISLAM ialah AGAMA PERSEKUTUAN
PERKARA ENAM•
Kami tetapkan juga bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU
dan
PERKARA TUJUH•
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri SABAH dan SARAWAK.

Pilihan Juara WC 2010

03 November 2009

Janganlah hanya nyamuk seekor, kelambu dibakar..

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menahan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin malam tadi kerana dikatakan berceramah tanpa tauliah menimbulkan pelbagai persoalan.

Selain Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempersoalkan motif penahanan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom berkata Jais dan kerajaan negeri Selangor perlu menyelesaikan kes itu dengan sewajarnya.

"Ini kerana tangkapan dah dibuat tetapi proses pendakwaan tidak berjalan dengan sepatutnya. Kalau sudah minta (Asri) untuk pergi mahkamah pukul 9 pagi tetapi sampai tengah hari perkara (tuduhan) itu tidak dimaklumkan, hal seperti ini tidak sewajarnya berlaku," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan hampir sejam dengan Asri di sini Isnin.

Beliau berkata pertemuannya dengan Asri adalah bagi mendapatkan penjelasan daripada bekas mufti itu mengenai apa yang berlaku terhadapnya Ahad.

Katanya kerajaan pusat tidak bertanggungjawab memandangkan kejadian itu berlaku di Hulu Klang, iaitu di bawah jajahan negeri Selangor.

"Hal agama tertakluk kepada negeri masing-masing," katanya.

Asri ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong beliau.

Jais telah menahan Asri kerana dikatakan menyampaikan kuliah tanpa tauliah di sebuah kediaman di Taman Sri Ukay pukul 12 tengah malam tadi.

Beliau diminta hadir di Mahkamah Rendah Syariah di Gombak pagi ini tetapi tidak ada pertuduhan disebut, dan beliau kemudian dibebaskan dengan bon jaminan tanpa cagaran.

Malahan, isu penahanan Asri itu dibangkit dalam persidangan Dewan Rakyat apabila beberapa wakil rakyat menyifatkan tindakan Jais sebagai penyalahgunaan kuasa.

"Kalau alim ulamak tidak dibenarkan berceramah, pelik saya rasa, melainkan ajaran sesat," kata Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2010.

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata pegawai penguatkuasa seharusnya menggunakan daya pemikiran yang waras kerana Islam adalah agama yang dimuliakan.

"Mereka (penguatkuasa) harus diberikan tarbiah sebab mereka ini menjaga agama. Mereka tidak boleh buat sesuka hati mereka," katanya.

Cadangan menyelaraskan peraturan agama Islam di seluruh negara juga disokong wakil-wakil pembangkang.

Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang) menggesa kerajaan menjelaskan isu pentauliahan supaya difahami oleh rakyat manakala Zulkifli Noordin (PKR-Kulim Bandar Baru) berkata seorang Mufti Perak sebelum ini juga gagal mengadakan ceramah di Johor kerana ditolak oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Isu penangkapan Dr Mohd Asri turut dibangkitkan dalam sesi soaljawab di mana Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata setiap negeri mempunyai peraturan masing-masing sekiranya ingin mengadakan ceramah.

Sementara itu, Mufti Kerajaan Negeri Perlis Dr Juanda Jaya membidas penahanan Dr Mohd Asri dan menyifatkan penahanan itu lebih bersifat dendam peribadi pihak tertentu yang mahu mengaibkan pihak lain melalui salah guna kuasa.

"Saya amat kecewa kerana insiden seperti ini yang pernah beberapa kali berlaku kepada pihak lain pasti mengaibkan agama Islam dan pihak berkuasa agama.

"Terlebih lagi ia berlaku terhadap seseorang yang sepatutnya dihormati kedudukan keagamaannya, tetapi dinafikan haknya untuk mengajar agama yang mana beliau sendiri menjadi rujukan dalam urusan agama," katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama, di sini.

Dr Juanda, yang menggantikan Dr Mohd Asri sebagai Mufti Perlis pada Februari lepas, menyifatkan isu tauliah mengajar agama adalah isu lapuk yang diwarisi sejak zaman penjajah dan ia adalah suatu peraturan yang bersifat dua mata yang boleh membunuh tuannya jika disalahgunakan.

"Pihak berkuasa agama sewajarnya mengambil pendekatan nasihat dan dialog secara bersemuka dengan pihak yang tidak disenangi, bukannya menjadikan penggunaan kuasa sebagai cara utama," katanya.

Dr Juanda berkata sudah tiba masanya pihak berkuasa tertinggi negara iaitu Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (MKI) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersidang bagi mengkaji semula pengurusan dan peranan agensi yang melaksanakan urusan agama bagi pihak pemerintah dan Raja-raja Melayu agar pengamalan Islam di negara ini menepati kehendak Al Quran dan Hadis.

Di KOTA BAHARU, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menganggap penahanan itu satu tindakan melampau.

Mursyidul Am PAS itu berkata: "Saya anggap ia satu tindakan yang melampau, kenapa perlu tangkap seorang tokoh agama yang juga bekas mufti, ramai lagi orang yang patut ditangkap."

Nik Aziz berkata walaupun ada pihak mendakwa Dr Mohd Asri menyebarkan ajaran Wahabbi, ia perlu diperhalusi terlebih dahulu bagi memastikan ia benar-benar salah di sisi undang-undang.

"Nasihat saya kepada JAIS, jangan buat untuk kali kedua kerana akan merosakkan imej Islam di Malaysia," katanya-bernama.com.my

kucing-sebenarnya pada pandangan kucing, ada agenda yang tersembunyi di sebalik penahanan Dr. Asri semalam. Apa yang kucing dengar melalu berita tv, Mufti Selangor membuat kenyataan bahawa pihak JAIS mendapat aduan daripada penduduk setempat. Betul ker? Walaupun kucing ni bukanlah mempunyai kemahiran yang tinggi di dalam bidang agama, tetapi secara logik akal, adakah mengajar ilmu agama itu memerlukan tauliah? adakah seorang bapa mengajar ilmu agama kepada anak isterinya memerlukan tauliah? adakah seorang ustaz tua yang ikhlas mendidik anak-anak desa di rumah tanpa sebarang imbuhan, memerlukan tauliah? Malah telah tertulis di dalam Perlembagaan Malaysia, tiada pihak boleh menghalang atau mencegah agama islam daripada disebarkan kepada semua pihak. marilah kita fikir-fikirkan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan