Pemimpin NGO setuju sekotak rokok dijual RM30
KUALA LUMPUR 1 Nov. – Beberapa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyambut baik cadangan harga sekotak rokok 20 batang dijual RM30 yang dipercayai boleh mengurangkan jumlah rokok yang dihisap dan akhirnya menghentikan tabiat merokok.
Menurut Timbalan Yang Dipertua Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam), Tan Sri Mohd. Najib Abdul Aziz, harga rokok yang tinggi boleh menjadi faktor utama mencegah dan menghentikan tabiat merokok.
“Jika harga terlalu tinggi, perokok mungkin akan berfikir panjang membelinya dan ia mampu mengurangkan jumlah rokok dihisap yang akhirnya membantu menghentikan tabiat ini.
“Kami amat menyokong mana-mana tindakan yang mampu menghentikan tabiat merokok kerana ia amat baik terutama kepada kesihatan,” katanya.
Dalam cadangannya semalam, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyatakan harga minimum RM6.20 sekotak rokok 20 batang yang bakal dikuatkuasakan kerajaan mulai 1 Januari depan masih terlalu rendah.
Bagi CAP, harga rokok di Malaysia termasuk jenis premium yang kini dijual RM9.30 sekotak pula masih murah berbanding di kebanyakan negara lain yang meletakkan nilainya hampir RM40.
Mohd. Najib berkata, cadangan itu jika dijalankan akan membantu usaha pelbagai pihak termasuk Pemadam yang selama ini giat berkempen bagi memberi kesedaran berhubung bahaya rokok kepada masyarakat.
Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohammad pula berkata, cadangan itu amat baik namun perlu dikaji secara teliti.
“Cadangan CAP itu amat bagus bagi mengekang masalah merokok di kalangan masyarakat terutama pelajar namun harus diingat harga rokok tinggi tidak semestinya akan menghentikan tabiat merokok,” katanya.
Sementara itu, Pakar Jabatan Kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Dr. Hayati Abdullah berkata, penetapan harga yang tinggi adalah kaedah baik bagi mengurangkan minat perokok kepada rokok.
Katanya, mungkin individu yang menghisap sehingga dua kotak rokok sehari akan mengurangkannya kepada sekotak dan kemudian hanya beberapa batang.

kucing-lebih baik hisap curut!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan