Nabil berlawak depan JPJ
|
|
KALAULAH Marilyn ni pakai gigi palsu, pasti berderai-derai gigi palsu Marilyn tertanggal gara-gara ketawakan kisah yang baru Marilyn dengar tentang Raja Lawak kedua kita, si Nabil Ahmad.
Marilyn tak hairan kalau Nabil buat lawak dalam majlis atau program TV tapi yang buat Marilyn pecah perut bila teman Marilyn, Cik Timah Sendat dalam pejabat Marilyn cakap yang Nabil sempat buat lawak masa kena tahan abang-abang JPJ dalam satu sekatan jalan raya baru-baru ini.
Ketika ditahan di Dataran Merdeka, Nabil menunggang motosikal berkuasa besar miliknya.
Yang kelakarnya bila ditahan Nabil bukan sahaja serahkan kad pengenalan dan lesen memandu terkininya bahkan semua lesen memandunya termasuklah lesen L dan lesen-lesen yang tamat tempoh.
Kata Nabil, kalau JPJ benarkan, dia nak mohon lesen memandu untuk tempoh sehingga 2020. Ada ke orang lain berani buat lawak begitu?
Kalau Marilynlah, salah ke tak salah, nampak je JPJ atau polis trafik buat sekatan, perut dah menggelegak menahan takut.
Yang buat tak tahan lagi, Nabil siap buat alasan kenapa dia sudi berhenti masa kena tahan.
"Kalau encik-encik JPJ ni yang tahan, tak nak saya berhenti. Tapi saya berhenti ni pun sebab Cik Murni kita ni jer," seloroh Nabil sambil menunjukkan isyarat kepada seorang anggota JPJ wanita bernama Murni yang cantik molek di situ.
Nabil oh Nabil, kamu memang pelawak. Sampai abang-abang JPJ pun tak boleh nak serius bila berdepan kamu. Lawak, lawak juga tapi nasib baiklah, Nabil tak kena tahan sebab nombor plat motosikalnya tidak menepati skala JPJ. Dia cuma diberi peringatan sahaja-kosmo.com.my
kucing-saman ajer mamatu tu, En. JPJ..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan