Tarif baru elektrik tunggu kelulusan
PUTRAJAYA: Tarif elektrik baru mungkin diperkenalkan Januari depan jika diluluskan kabinet, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.
Beliau berkata, Tenaga Nasional Berhad sudah mengemukakan permohonan untuk menaikkan tarif elektrik, namun kementerian masih mengkaji mengenainya sebelum dikemukakan kepada kabinet.
"Tarif ini dikaji semula setiap enam bulan sejajar dengan harga minyak, tetapi sama ada tarif baru akan dikenakan atau tidak, bergantung kepada kabinet," katanya pada perhimpunan bulanan kementerian dan sambutan Hari Inovasi di sini, semalam.
Chin berkata, kabinet akan mengambil kira semua perkara sebelum meluluskan tarif baru.
"Adalah perkara biasa untuk TNB meminta kenaikan tarif elektrik oleh kerana kenaikan kos dan sebagainya, tapi kabinet melihat situasi keseluruhan termasuk keadaan ekonomi dan kemampuan rakyat untuk membayar," katanya.
kucing-sepatutnya TNB memikirkan terlebih dahulu sebelum mengemukakan cadangan kepada kabinet. Kucing rasa, TNB tidak perlu untuk menunggu kabinet membuat keputusan, ia sepatutnya menjadi sebahagian daripada Corporate Social Responcesibility (Tanggungjawab Sosial Korporat) yang telah dibangkitkan oleh YAB Perdana Menteri.Hukumnya mudah, kalau tarif elektrik naik, harga barang dan perkhidmatan akan naik. Tak kira sama barang atau perkhidmatan tersebut menggunakan elektrik atau tidak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan