IKLAN


DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU

Raja-Raja Melayu

Raja-Raja Melayu

INILAH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat RAJA-RAJA dan PEMIMPIN-PEMIMPIN MELAYU yang diperbuat 51 tahun dahulu semasa MERDEKA 31 OGOS 1957
“KAMI WASIATKAN kepada zuriat keturunankami 7 PERKARA yang mana jika kamubersatu padu dan berpegang teguhkepadanya selama itulah kamu akan selama sejahtera”
PERKARA SATU•
Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
PERKARA DUA•
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan isytihar dan simpan, selain gunung-ganang tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum yang lain.
PERKARA TIGA•
Bagi menjaga kamu dan melindungi anak-anak kamu harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU untuk membenteraskan kekacauan dalam Negara dan ancaman dari Luar Negara.
PERKARA EMPAT•
Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kadaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah Negara ini
PERKARA LIMA•
Kami tetapkan ISLAM ialah AGAMA PERSEKUTUAN
PERKARA ENAM•
Kami tetapkan juga bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU
dan
PERKARA TUJUH•
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri SABAH dan SARAWAK.

Pilihan Juara WC 2010

05 Ogos 2009

Kurangkan manis dalam makanan, tambahkan manis dalam senyuman



Belian panik punca gula makin kurang
Senarai pembekal, jumlah bekalan di laman web KUALA LUMPUR: Kekurangan gula bukan hanya membabitkan beberapa negeri, malah hampir seluruh negara mula mengalami masalah sama termasuk di ibu kota. Kebanyakan peniaga di ibu kota resah apabila bekalan semakin sukar diperoleh, malah ada premis perniagaan tiada bekalan langsung. Peniaga kedai runcit di Pantai Dalam, Mohd Sahiri Ismail, 34, berkata beliau sukar mendapatkan gula sejak seminggu lalu dan terpaksa mengehadkan penjualan.
Hari ini saya menjual stok gula, jika habis tiada lagi bekalan untuk dijual. Pemborong memberi pelbagai alasan, malah saya terpaksa membeli barang lain beribu ringgit untuk mendapat sedikit gula. "Jika tiada gula pembeli menuduh peniaga sorok barang. Pihak berkuasa perlu menangani masalah ini," katanya di sini, semalam. Di KEPALA BATAS, kekurangan gula yang serius di Kedah dan Perlis turut berlaku di Pulau Pinang sehingga memaksa beberapa pasar mini mengehadkan pembelian dua kilogram seorang. Pengurus Pasar Mini UME, Eric Kuik, berkata kekurangan bekalan sejak Jun lalu dan makin serius kebelakangan ini sehingga memaksanya ke Sik, Kedah untuk mendapat bekalan. "Saya tak pasti puncanya kerana ia berlaku setiap tahun," katanya, semalam. Di KOTA BHARU, kekurangan bekalan membimbangkan peniaga runcit dan makanan yang terpaksa menunggu seminggu untuk mendapatkan bekalan yang dijangka boleh menjejaskan perniagaan mereka. Peniaga kedai makan dari Bachok, Hashimah Mohamad, 43, berkata beliau kini tertekan kerana terpaksa berulang-alik ke Kota Bharu untuk mendapatkan gula.
"Masalah ini dirasai sejak dua minggu lalu dan jika berlarutan, perniagaan kedai makan saya terjejas," katanya di sini, semalam. Sementara itu, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) meminta pengguna tidak membuat pembelian panik bagi mengelak bekalan terus berkurangan. Setiausaha Agungnya, Muhammad Shaani Abdullah, berkata pengguna tidak perlu panik kerana kerajaan sudah memberi jaminan bekalan gula mencukupi. "Fomca nasihatkan pengguna beli ikut keperluan bukan melebihi apa diperlukan. Jika pengguna membuat belian panik, ia terus menggugat pasaran," katanya. Muhammad Shaani berkata, Fomca mencadangkan pihak berkuasa menyenaraikan nama pembekal dan jumlah gula dikeluarkan melalui laman web bagi mengelak penyelewengan.

Idup paklong ni, walaupun tak der gigi, tapi still maintain smile!!
kucing-dalam pemerhatian kucing dua tiga hari ni, memang gula dan semakin kurang di pasaran. kelmarin dulu pun bila kucing dan isteri pi giant, pun dah habih dah stok gula. kemudian bila singgah satu kedai runcit, bila tanya gula kat mana, tokeh kedai kata kat belakang sana, tapi bila cari, tak der pun. Bila kucing keras sikit ugut nak report kat kementerian, baru dia tergagap-gagap suruh tunggu. At last, baru dia suruh pekerja dia bawak keluaq gula satu bundle! kucing terfikir, depa ni sorok gula ka?? Perkara ini perlu diberikan perhatian yang serius oleh pihak kerajaan kerana pengguna akan menghadapi masalah kelak kerana bulan ramadhan dan hari raya puasa pun just around the corner. Apapun, janganlah kalut sangat kalau tak der gula sebab bukannya elok untuk kesihatan pun makan gula banyak-banyak ni!



Jangan hanya nyamuk seekor, habis kelambu dibakar

PENDUDUK Kampung Buah Pala menggunakan kanak-kanak sebagai perisai untuk menghalang rumah mereka dirobohkan, semalam.
GEORGETOWN: Pemaju projek perumahan di Kampung Buah Pala, Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd memutuskan untuk meneruskan tindakan meroboh rumah penduduk di situ, minggu ini. Pengarah Urusannya, Thomas Chan, berkata pihaknya akan memberikan tempoh sehingga Jumaat ini kepada penduduk untuk berpindah atau membincangkan soal pampasan dengan kerajaan negeri. "Tempoh itu ditetapkan dengan persetujuan kerajaan negeri. Selepas itu, kami akan datang pada bila-bila masa (untuk roboh). Saya enggan memberikan tarikh khusus kerana tidak mahu ada halangan ketika kerja meroboh," katanya pada sidang media di sini, semalam.
Beliau berkata, kenyataan dikeluarkan penasihat undang-undang penduduk, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff bahawa operasi merobohkan ditangguhkan sehingga 18 Ogos ini adalah tidak benar. "Beliau (Yusmadi) hanya memberi penduduk harapan palsu, sedangkan kerja meroboh tetap dilakukan minggu ini. Tarikh 18 Ogos itu hanya menentukan sama ada rayuan mereka didengar atau tidak oleh mahkamah," katanya. Beliau berkata, pegawai bailif Mahkamah Tinggi Pulau Pinang juga sudah memberi notis kepada penduduk bahawa tempoh untuk mengosongkan rumah mereka tamat semalam (3 Ogos).
Terdahulu pada sidang medianya di Kampung Buah Pala, pagi semalam, Yusmadi berkata, kerja merobohkan hanya boleh dilakukan selepas 18 Ogos, iaitu tarikh ditetapkan Mahkamah Persekutuan untuk mendengar rayuan penduduk. Beliau berkata, peguam penduduk, Darshan Singh Kaira pada 31 Julai lalu sudah mengemukakan rayuan menyemak semula keputusan dibuat Mahkamah Persekutuan pada 24 Jun lalu. Sehubungan itu, Yusmadi berkata, Nusmetro Ventures tidak boleh merobohkan rumah penduduk sebelum 18 Ogos dan perlu menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan. Mahkamah Persekutuan ketika itu menolak rayuan penduduk terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang (KPKPP) adalah pemilik sah tanah kampung itu.
Berikutan itu, mahkamah pada 2 Julai lalu mengeluarkan notis kepada penduduk supaya mengosongkan tanah berkenaan sebelum 3 Ogos lalu bagi membolehkan pemaju memulakan kerja pembangunan. Sementara itu, suasana Kampung Buah Pala kecoh sejak awal pagi semalam apabila penduduk dan badan bukan kerajaan (NGO) berhimpun untuk membantah pemaju merobohkan rumah mereka. Penduduk mula berkumpul seawal jam 6 pagi dan antara tindakan diambil termasuk membuat rantaian manusia di jalan masuk kampung mereka yang turut disertai kanak-kanak dan warga emas. Suasana bertambah kecoh apabila Timbalan Ketua Menteri II, Prof P Ramasamy tiba dengan penduduk menempelaknya kerana kegagalan kerajaan negeri menunaikan janji membantu mereka. Mereka yang menyatakan kekecewaan turut mendesak supaya lima wakil rakyat kaum India dalam Pakatan Rakyat Pulau Pinang meletak jawatan kerana kegagalan itu.-bharian.com.my
kucing-. Kucing kasihan melihat anak-anak yang tidak mengerti apa apa yang dijadikan rantaian manusia. apalah yang mereka tahu tentang konfrantasi yang berlaku di Kg. Buah Pala tu. Janganlah pulak dijadikan alasan untuk anak-anak ini tidak ke sekolah untuk menuntut ilmu. Kemana perginya merek ayang beriya-iya untuk mempertahankan Kg. Buah Pala itu? Awat bukan depa yang buat rantaian manuasia tu? Janganlah dipergunakan kanak-kanak dalam menangani masalah orang dewasa. Dalam berita awal pagi tadi, kucing dengar berita yang penduduk telah ditawarkan rumah teres 2 tingkat! Apa lagi yang depa mau pun kita tak tau! Tapi dalam fkiran kucing, mesti ada suara-suara yang menyuruh mereka untuk menimbulkan suasana tidak tenteram disitu..apa komen sahabat?
janganlah hanya nyamuk seekor, habis kelambu dibakar

03 Ogos 2009

SPESEL-ADA TELOQ DUA BIJIK..


Nak di jadikan cerita.. ada la sorang kaya baru, asalnya di kampung saja.. tapi disebabkan tanahnya kena projek hub-hidrokarbon kat Yan tu, jadi jutawan segera la dia.

Waktu dia susah dulu.. teringin sangat dia nak pi K.L, so lepas dah jadi kaya, tanpa membuang waktu, dia pun ke K.L laa. Pasai banyak duit, dia pun bawak la sorang body guard merangkap pembantu peribadi merangkap drebar.

Di K.L, dia menginap di K.L International Hotel.

Sampai di sana lebih kurang pukul 10:00 pagi... perut dia pun agak berkeroncong sikit la. Selepas check-in, dia bagi tau kat pembantu dia..

O.K.B (Orang Kaya Baru ) : Mat...aku lapag ni , belikan aku mee yang spesial satu.

Mat : Oke Boss...tapi mee yang spesial tu macam mana Boss ?

O.K.B : Ishk..hang niii, mee yang spesial tuu..pakai telog dua biji laa..

Mat : Ooooo....siap Boss.

Lepas tu ..makan la si O.K.B mee spesial tu.

Mai time pukul 3:00 ptg, perut O.K.B tu berkeroncong lagi. Lalu dia panggil pembantu dia tu.. O.K.B : Mat..! Aku lapag nihh , pi beli nasi goreng spesial satu.

Mat : Nasi goreng spesial ..? Yang pakai telog dua tu Boss ..?

O.K.B : ...waaaa , dah pandai dah hang Mat , no ?..cukup tau aku punya taste...

Mat : Mesti laa Bosss..bagi saya 10 minit saja Bosss...

Lepas siap makan, O.K.B tu tertidur la sampai maghrib.. dia pun terbangun pasai air-cond sejuk sangat . Pasai dah tidog sepetang dah, dia pun susah la nak tidog lagi. Bergulung pi berguling mai, tak leh tidog juga.. air-cond pun sejuk gila... jadi 'adik' dia pun dok 'stand by' saja laa.. Tak tau nak buat macam mana ngan sejuk lagi, dia pun panggil pembantu dia lagi...

O.K.B : Mattt !!!....

Mat : Yaaaa..Boss, O.K.B : Mai sini sat...

Mat : Ada apa Boss...?

O.K.B : Mat...'adik' aku minta laaa..(dgn nada berbisik ) Hang pi cari awek yang spesial kat aku sorang, yang spesial tau.

Mat : (sambil tergaru-garu kepala)..oke Boss ! Si Mat ni mana la tau pasai awek-awek yang boleh 'pakai' ni. Tapi, Boss punya pasai dia pun pi la cari jugak.... Sejam kemudian dia pun pi la hantar satu awek untuk Boss dia. Mat ni pun standby la kat luar bilik, mana nak pi tau takut-takut pencegah maksiat mai. Pas lima minit awek tu masuk dalam bilik Boss dia tiba-tiba dia dengar suara yang kuat dari dalam bilik..

O.K.B : MATTTT !!!!...

Mat : Ada apa Boss...

O.K.B : Pasai pa hang cari bapok kat akuuuuu..aku kan kata awek...?

Mat : Laaa.....Tadi Boss kata cari awek yang spesial ....Boss selalu kata yang spesial tu mesti telog dua...

O.K.B : ..????????????????????????


kucing-makan teloq masin aje

KAYANYA ORANG KELANTAN!!

Janda Jutawan. Siapa nak kahwin dengan Aishah boleh 'tander' sekarang. Perlu jaga dua orang anak sahaja.

Waduh-waduh kaya juga yea jadi ADUN Kelantan. Hendak jadi ADUN pun senang, tak perlu belajar tinggi. Tak pandai membaca pun boleh jadi ADUN Mani Urai!!!
Bercakap fasal takdir, kalau ADUN PAS misalnya Wan Ismail Jusof menjadi jutawan kira tambah tolak sebab takdir juga. Betul ke abe MIE kata Ustaz Wan kita ini mempunyai wang yang banyak selain isteri yang ‘banyak-banyak’?
Kalau tak betul masakan bekas isterinya menuntut nafkah dari mantan suaminya sebanyak RM3 juta. Brother, tiga juta duit Malaysia bukan Bath dari Thai atau money-money dari Indonesia.
Bayangkan kita melihat kesusahan yang dialami oleh adik SPM20A, Nik Nur Madhihah yang hanya makan kepala ikan kering dan sebiji telur yang dibahagi dengan adik-adik lain setiap hari.
Begitu juga saudara-mara dan jiran-jiran Madhihah, hidup di rumah beralaskan atas daun kelapa atau zink yang berlubang menunggu sahabat hujan dan panas setiap saat. Susahkan, adakah itu berpunca daripada wang Petronas atau kegagalan pentadbiran PAS membawa reformasi ekonomi pada rakyatnya sejak sekian lama?
Kita salahkan takdir aje, senang cerita. Sama juga kita salahkan Allah sebab suruh kita jadi orang miskin.
Menurut sumber, Wan sebenarnya seorang jutawan hasil tender-tender balak di Kelantan sejak 10 tahun yang lepas. Bukan Wan seorang, malahan beribu ADUN dan penghulu, penggawa, AJK PAS, iman masjid dan EXCO PAS ada ‘nama’ dalam sebarang projek pembalakan di Kelantan. Kalau begitu orang Kelantan boleh disenaraikan sebagai penduduk terkaya di Malaysia jika diagihkan wang mereka semua ini dengan purata penduduknya!!!
Menurut sumber itu lagi, Wan mengambil tender balak dan setiap tender itu dia akan memperoleh komisen yang agak lumayan. Tok Guru tak kisah sebab itu komisen bukannya rasuah. Kalau dalam UMNO, komisen pun dikatakan rasuah.
Misalnya 10-25 peratus daripada keseluruhan hasil yang ditenderkan. Kalau RM50 juta nilai balak, jadi Wan mampu memperoleh lebih RM10juta dengan hanya memegang kertas dan pen sahaja. Yang bekerja ialah pekerja Indonesia dari kaum Lombok dan Madura, manakala tokehnya pula orang Cina dan India dari Singapura.
Apabila ditanya peguam isterinya Siti Aishah kenapa menuntut sebanyak RM3 juta dalam kes tuntutan mutaah, dia memberitahu mantan suami Aishah seorang yang kaya dan banyak duit. Tiga juta bukannya banyak kalau hendak dilihat semua wang yang dia tanam dalam bank dan pendapatan yang diperoleh pada setiap tahun.
Wah! hebat juga tuntutan nafkah Siti Aishah dari Kemboja. Sudahlah kahwin import kat luar negeri , senang-senang orang Kemboja dapat kerakyatan pula tu.
Bukan itu saja, bahkan seluruh ahli keluarga Siti Aishah pun kini menunggu menjadi warga Malaysia. Selepas menjadi warga Malaysia, mereka semua mahu hidup kaya di Kelantan dengan senang- lenang. Tak perlu bawa lori pasir atau membawa lori balak sebaliknya hidup bagai cendawan atas kekayaan Wan.
Kata Aishah, dia menuntut wang sebanyak itu untuk menyara dua orang anaknya. Agaknya anak Aishah makan daging unta setiap hari sebab hendak habiskan RM3 juta tu kira banyak.
kucing-sehari, kadang kala tak makan..

TERKINI INFLUENZA H1N1

Jumlah Kes di Malaysia: 1,429 termasuk 6 kematian.
574 (40%) merupakan kes import dan 855 (60%) kes jangkitan tempatan. Daripada jumlah ini, 1,394 kes (98%) telah sembuh, hanya 19 kes atau 1% sahaja yang sedang menerima rawatan antiviral di hospital dan 8 daripadanya berada di Unit Rawatan Rapi. Sepuluh (10) orang atau 1% sedang menerima rawatan antiviral di rumah.
Terdapat sebanyak 8 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, di mana 5 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu obesiti(1), wanita hamil(2) dan imuniti rendah(2).
Maklumat berkaitan dengan kes kematian ke-enam, kes adalah seorang budak lelaki berumur 11 tahun yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada 29 Julai 2009 dengan symptom demam selama 1 hari. Tiada simptom batuk dan lain-lain tanda-tanda gangguan pernafasan. Semasa dalam rawatan keadaan klinikal pesakit bertambah tenat dan dimasukkan ke unit rawatan rapi pada 30 Julai 2009. Hasil pemeriksaan mendapati pesakit mempunyai jangkitan paru-paru dan myocarditis. Pesakit disahkan mengidap jangkitan influenza A(H1N1) pada jam 11.00 pagi 1 Ogos 2009. Akibat komplikasi jangkitan pesakit disahkan meninggal dunia pada jam 8.30pagi 2 Ogos 2009 semasa dalam rawatan di Unit Rawatan Rapi.

Menyusahkan Betul La!!!

mungkin ini lah dalangnya!! nak cari dalang sangat!!

Sejak kelmarin dulu, banyak pihak yang memperkatakan tentang demonstrasi yang diadaka
oleh pihak-pihak yang pendek akal dan tak der akal.
Pada kucing, semua ini menyusahkan kerana ia menghalang pergerakan penduduk warga kota dan menjejaskan perniagaan para peniaga yang berniaga di kawasan sekitar.
Kucing dengar, ada yang terperangkap di dalam SOGO hampir 2 jam dan ada juga yang terperangkap di dalam komuter. Kasihan kucing melihat mereka yang tidak terlibat, terpaksa menanggung kesusahan akibat sikap mereka yang tidak berakal dan memang tak der akal! Dan yang terbaru, kucing dengaq ada peserta demonstrasi yang masuk spital sebab eksiden, bas depa terbalik!! parah pulak tu!! siap mintak derma lagi konon nak bantu meringankan beban yang ditanggung!!
Tapi, bagaimana gantirugi kepada peniaga yang menanggung kerugian akibat tindakan peserta demonstrasi yang memang takder akal tu?!
Kucing sokong kenyataan PM, kalau nak berdemonstrasi buatlah di tempat yang tertutup, jangan buat dijalanan dan mengganggu orang lain. Klik di sini

kucing-demo la ni tidok supo mulo!!

APA NAK JADI!!!!














Mayat bayi dalam tandas sekolah
Wanita 30-an alami pendarahan teruk disiasat

SUNGAI PETANI: Mayat bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan ditemui dengan keadaan kepalanya terperosok dan tersepit dalam mangkuk tandas di Sekolah Menengah Agama (SMA) Gurun, dekat sini, pagi semalam. Difahamkan, mayat bayi yang cukup sifat dan lengkap bertali pusat itu ditemui seorang guru wanita kira-kira jam 8 pagi.
Malah, sepasukan anggota bomba juga kelihatan berada di sekolah itu dipercayai untuk membantu memecahkan mangkuk tandas berkenaan bagi mengeluarkan mayat bayi malang itu-bharian.com.my

kucing-kalau dulu, sebut aje pasal pelajar sekolah agama, mesti kita respek abis sebab depa memang hebat. tapi la ni, bukan setakat masalah disiplin ajer, tetapi perangai dah sama taraf dengan syaitan!! kalau dah tahu buat dosa, pepandaila tanggung, tapi janganla dibunuh atau dibuang anak yang tak berdosa tu!! serah aje kepada mereka yang sanggup nak bela! ramai lagi pasangan suami isteri yang masih belum mempunyai cahaya mata, bagi aje kat depa..!! budak tu pun selamat, dosa pun tak bertambah!..

dosa hangpa, tanggung sendiri laa!!!

CERAMAN PERDANA sempena ISRA' MIKRAJ


Semalam kucing dan isteri berkesempatan untuk mendengar ceramah perdana isra' mikraj kat dataran kulim. Penceramahnya ialah Yg Berbahagia Ustazah dato' Siti Nor Bahyah bt Mahmood. Ramai jugak la yang datang, Ustazah nor bahyah kata dalam 20,000 yang datang termasuklah kasut selipar, kereta, mota dan semua makhluk Allah yang ada bersama (dalam 2,000 adalaaa..)


seronok dengar ceramah beliau, kejap semangat, kejap tegas, kejap sedih, kejap mendayu-dayu...apa pun kucing suka bila ustazah selalu berpantun..


Bukan senang nak dengaq dan melihat ustazah siti nor bahyah dari dekat...tu sebab ramai yang sanggup berdiri malah ada yang bawak anak kecil bersama...


semasa bertugas di langkawi dulu, kucing pernah uruskan program ceramah ustazah siti nor bahyah...beliau merupakan orang yang cukup lemah lembut, manis dan suka tersenyum dan ketawa..