IKLAN


DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU

Raja-Raja Melayu

Raja-Raja Melayu

INILAH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat RAJA-RAJA dan PEMIMPIN-PEMIMPIN MELAYU yang diperbuat 51 tahun dahulu semasa MERDEKA 31 OGOS 1957
“KAMI WASIATKAN kepada zuriat keturunankami 7 PERKARA yang mana jika kamubersatu padu dan berpegang teguhkepadanya selama itulah kamu akan selama sejahtera”
PERKARA SATU•
Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
PERKARA DUA•
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan isytihar dan simpan, selain gunung-ganang tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum yang lain.
PERKARA TIGA•
Bagi menjaga kamu dan melindungi anak-anak kamu harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU untuk membenteraskan kekacauan dalam Negara dan ancaman dari Luar Negara.
PERKARA EMPAT•
Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kadaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah Negara ini
PERKARA LIMA•
Kami tetapkan ISLAM ialah AGAMA PERSEKUTUAN
PERKARA ENAM•
Kami tetapkan juga bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU
dan
PERKARA TUJUH•
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri SABAH dan SARAWAK.

Pilihan Juara WC 2010

05 Ogos 2009

Jangan hanya nyamuk seekor, habis kelambu dibakar

PENDUDUK Kampung Buah Pala menggunakan kanak-kanak sebagai perisai untuk menghalang rumah mereka dirobohkan, semalam.
GEORGETOWN: Pemaju projek perumahan di Kampung Buah Pala, Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd memutuskan untuk meneruskan tindakan meroboh rumah penduduk di situ, minggu ini. Pengarah Urusannya, Thomas Chan, berkata pihaknya akan memberikan tempoh sehingga Jumaat ini kepada penduduk untuk berpindah atau membincangkan soal pampasan dengan kerajaan negeri. "Tempoh itu ditetapkan dengan persetujuan kerajaan negeri. Selepas itu, kami akan datang pada bila-bila masa (untuk roboh). Saya enggan memberikan tarikh khusus kerana tidak mahu ada halangan ketika kerja meroboh," katanya pada sidang media di sini, semalam.
Beliau berkata, kenyataan dikeluarkan penasihat undang-undang penduduk, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff bahawa operasi merobohkan ditangguhkan sehingga 18 Ogos ini adalah tidak benar. "Beliau (Yusmadi) hanya memberi penduduk harapan palsu, sedangkan kerja meroboh tetap dilakukan minggu ini. Tarikh 18 Ogos itu hanya menentukan sama ada rayuan mereka didengar atau tidak oleh mahkamah," katanya. Beliau berkata, pegawai bailif Mahkamah Tinggi Pulau Pinang juga sudah memberi notis kepada penduduk bahawa tempoh untuk mengosongkan rumah mereka tamat semalam (3 Ogos).
Terdahulu pada sidang medianya di Kampung Buah Pala, pagi semalam, Yusmadi berkata, kerja merobohkan hanya boleh dilakukan selepas 18 Ogos, iaitu tarikh ditetapkan Mahkamah Persekutuan untuk mendengar rayuan penduduk. Beliau berkata, peguam penduduk, Darshan Singh Kaira pada 31 Julai lalu sudah mengemukakan rayuan menyemak semula keputusan dibuat Mahkamah Persekutuan pada 24 Jun lalu. Sehubungan itu, Yusmadi berkata, Nusmetro Ventures tidak boleh merobohkan rumah penduduk sebelum 18 Ogos dan perlu menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan. Mahkamah Persekutuan ketika itu menolak rayuan penduduk terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang (KPKPP) adalah pemilik sah tanah kampung itu.
Berikutan itu, mahkamah pada 2 Julai lalu mengeluarkan notis kepada penduduk supaya mengosongkan tanah berkenaan sebelum 3 Ogos lalu bagi membolehkan pemaju memulakan kerja pembangunan. Sementara itu, suasana Kampung Buah Pala kecoh sejak awal pagi semalam apabila penduduk dan badan bukan kerajaan (NGO) berhimpun untuk membantah pemaju merobohkan rumah mereka. Penduduk mula berkumpul seawal jam 6 pagi dan antara tindakan diambil termasuk membuat rantaian manusia di jalan masuk kampung mereka yang turut disertai kanak-kanak dan warga emas. Suasana bertambah kecoh apabila Timbalan Ketua Menteri II, Prof P Ramasamy tiba dengan penduduk menempelaknya kerana kegagalan kerajaan negeri menunaikan janji membantu mereka. Mereka yang menyatakan kekecewaan turut mendesak supaya lima wakil rakyat kaum India dalam Pakatan Rakyat Pulau Pinang meletak jawatan kerana kegagalan itu.-bharian.com.my
kucing-. Kucing kasihan melihat anak-anak yang tidak mengerti apa apa yang dijadikan rantaian manusia. apalah yang mereka tahu tentang konfrantasi yang berlaku di Kg. Buah Pala tu. Janganlah pulak dijadikan alasan untuk anak-anak ini tidak ke sekolah untuk menuntut ilmu. Kemana perginya merek ayang beriya-iya untuk mempertahankan Kg. Buah Pala itu? Awat bukan depa yang buat rantaian manuasia tu? Janganlah dipergunakan kanak-kanak dalam menangani masalah orang dewasa. Dalam berita awal pagi tadi, kucing dengar berita yang penduduk telah ditawarkan rumah teres 2 tingkat! Apa lagi yang depa mau pun kita tak tau! Tapi dalam fkiran kucing, mesti ada suara-suara yang menyuruh mereka untuk menimbulkan suasana tidak tenteram disitu..apa komen sahabat?
janganlah hanya nyamuk seekor, habis kelambu dibakar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan