IKLAN


DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU

Raja-Raja Melayu

Raja-Raja Melayu

INILAH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat RAJA-RAJA dan PEMIMPIN-PEMIMPIN MELAYU yang diperbuat 51 tahun dahulu semasa MERDEKA 31 OGOS 1957
“KAMI WASIATKAN kepada zuriat keturunankami 7 PERKARA yang mana jika kamubersatu padu dan berpegang teguhkepadanya selama itulah kamu akan selama sejahtera”
PERKARA SATU•
Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
PERKARA DUA•
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan isytihar dan simpan, selain gunung-ganang tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum yang lain.
PERKARA TIGA•
Bagi menjaga kamu dan melindungi anak-anak kamu harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU untuk membenteraskan kekacauan dalam Negara dan ancaman dari Luar Negara.
PERKARA EMPAT•
Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kadaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah Negara ini
PERKARA LIMA•
Kami tetapkan ISLAM ialah AGAMA PERSEKUTUAN
PERKARA ENAM•
Kami tetapkan juga bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU
dan
PERKARA TUJUH•
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri SABAH dan SARAWAK.

Pilihan Juara WC 2010

26 November 2009

Nie pun nk buat main-main...

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam tak senang duduk. Padd satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni.

Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti.

Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yg kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan" .

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.

Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala...". Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali dan menyuruh Tok Bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak khusyuk jugak lagi...

Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba-tiba je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aaa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" Lalu batallah solat Budin. Yg lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dg wirid-wiridnya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata,

"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee..."

Tok imam pun terkedu & terpana...

usik-usik minda 1


lembu hitam kata : mcmana bro, tak leh cabut lari dah ni, ayaq naik kelilin...
lembu coklat kata : kita redah aje..
lembu hitam kata : tak nak la bro, aku bukannya reti berenang,karang hanyut, naya ajer!
lembu coklat kata : betui jugak..abih tu apa kita nak buat la ni?!
lembu hitam kata : lebih baik kita 'korbankan' diri kita..daripada mati hanyut, lebih baik kita mati dalam korban, pahala pun boleh..
lembu coklat kata : betui jugak cakap hang...
maka, kedua-dua ekoq lembu tu pun naik la baik le atas tebing setelah niat "cabut lari" depa tu terhalang sebab ayaq banjir..

suami dia kata : lega la timah ooii, kalau tak jenuh laa kita nak cari lembu ganti ni...
isteri dia kata : nasib baik ayaq tak surut lagi, kalau tak jenuh..nk sembelih ayam pun, bukannya penah orang buat korban!

25 November 2009

INGIN MENCUBA NASIB?

Milik siapa suara itu?




"PANGGILAN terakhir untuk penumpang pesawat MH4 ke London. Semua penumpang dipersilakan ke balai berlepas di pintu C2 untuk penerbangan segera. Terima kasih."

Pengumuman yang keluar daripada corong-corong pembesar suara itu seakan-akan satu signatur penting di mana-mana lapangan terbang di dunia. Tidak terkecuali, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang berlokasi di Sepang, Selangor.

Bagi memberi informasi penerbangan terkini kepada semua pengunjungnya, pengumuman tersebut akan dibaca dalam bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Arab.

Percaya atau tidak, pihak pengurusan KLIA sering menerima pujian kerana lontaran suara yang menyebut perkataan-perkataan asing itu bagaikan tiada cacat celanya. Harus diketahui bahawa latar suara pelbagai bahasa itu datang daripada individu yang sama iaitu pembantu penerangan.

Memegang jawatan itu memerlukan mereka memiliki kemahiran bertutur dalam bahasa Arab dan Mandarin yang cukup baik.


SELESAI waktu bekerja, Zeerella akan menggantung laporan kerjanya di papan informasi yang disediakan.


Tiada seorang pun orang Arab atau petugas berketerunan Cina di situ. Sebaliknya, ruang pejabat yang dilengkapi dengan mikrofon itu dihuni oleh pekerja-pekerja tempatan.

Zeerella Cartlez, 24, sudah bekerja sebagai pembantu penerangan di KLIA selama hampir dua tahun. Dia mengetahui mengenai kekosongan jawatan tersebut melalui notis yang dihantar melalui e-mel. Setelah meneliti kriteria yang diperlukan, Zeerella memberanikan diri untuk menghadiri sesi temuduga.

"Temuduga pada hari itu sangat cepat. Tidak sampai pun 10 minit. Walaupun berdebar, saya buat-buat yakin sahaja ketika disoal. Lagi pun, saya pernah bersekolah Cina di sekolah rendah dan menengah.

"Paling penting mereka mahu dengar saya pandai bertutur dalam bahasa Inggeris dan Mandarin," katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Disiplin tinggi

Anak kedua daripada lima beradik itu memberitahu dia sangat menyukai kerjanya itu. Sebabnya, walaupun tidaklah popular seperti penyanyi 'graduan' rancangan realiti, tetapi suaranya tetap akan berkumandang di KLIA hampir setiap hari.

Wanita berambut lurus itu tahu bukan sedikit remaja tempatan mampu menguasai bahasa asing. Namun, mereka mungkin kurang berminat untuk bekerja di sana atas faktor jarak tempat kerja yang jauh atau mengikuti jadual kerja yang memerlukan disiplin tinggi.

Disiplin yang dimaksudkan oleh Zeerella adalah setiap pembantu penerangan tidak boleh mengaktifkan telefon bimbit ketika bertugas. Tempoh rehat yang diberikan juga pendek. Hanya 30 minit berbanding kerja-kerja lain yang waktu rehatnya mungkin lebih daripada satu jam.


PERWATAKAN setiap pembantu penerangan mestilah ceria dan murah dengan senyuman.


"Bukan itu sahaja, kami juga perlu mengikut jadual kerja yang sedikit pelik. Misalnya, masuk kerja pada pukul 7 pagi atau mula bertugas pada pukul 11 malam," jelasnya sambil tersenyum.

Meskipun perlu mematuhi peraturan sebegitu, Zeerella mengakui kerjanya itu cukup menyeronokkan. Malah, dia juga berpeluang memantapkan lagi kemahiran bahasanya.

"Kalau bekerja di tempat lain dan tidak dilatih, saya mungkin sudah lupa semua perkataan Mandarin. Akhirnya, kebolehan itu akan rugi macam itu sahaja," tambahnya lagi.

Pernah tertekan

Baru menjangkau usia 20 tahun, Mohd. Zaharizwan Zakaria menjelaskan pekerjaan itu mempunyai sisi positif dan negatifnya. Ketika di awal tempoh bekerja, Zaharizwan pernah mengalami sedikit tekanan.

Namun, ia bukanlah terlalu serius. Sebabnya, dia terpaksa mengingati lebih kurang 50 penerbangan. Tidak dinafikan bahawa setiap pembantu penerangan diberikan teks untuk dibaca, tetapi mereka juga perlu cekap untuk membaca monitor yang tertera berkaitan setiap penerbangan sama ada pelepasan atau ketibaan.


SEMUA laporan harian pembantu penerangan akan dipamerkan di papan informasi.


"Buat masa sekarang, saya masih membaca teks untuk membuat pengumuman. Mungkin kalau sudah ada pengalaman nanti, saya tidak perlukan teks lagi.

"Sebenarnya, ayat yang dibaca itu semunya sama sahaja. Apa yang membezakannya adalah nombor pintu dan penerbangan," jelasnya yang membuat sekurang-kurangnya 130 pengumuman pada setiap syif bekerja.

Menurut Zaharizwan, terdapat dua kumpulan pembantu penerangan yang akan bertugas pada setiap hari. Harus diingat bahawa tugas yang diamanahkan bukan sekadar mengumumkan informasi penerbangan semata-mata.

Sebaliknya, mereka juga bertanggungjawab membuat pengumuman sekiranya timbul masalah seperti kehilangan barang, anak dan sebagainya.


SETIAP syif dikendalikan oleh dua pembantu penerangan untuk membuat apa sahaja pengumuman di KLIA.


Selain itu, mereka sesekali tidak dibenarkan meninggalkan bilik operasi sewenang-wenangnya. Malah 15 minit sebelum memulakan tugas, setiap pekerja akan diberi taklimat oleh penyelia masing-masing.

Mereka perlu sentiasa bersiap sedia untuk menerima arahan daripada pengawal pintu untuk membuat panggilan terakhir.

Beritahunya lagi, sebelum memulakan sebarang pengumuman, setiap pekerja diwajibkan mengamalkan tiga proses iaitu tarik nafas, duduk dalam keadaan tegak dan senyum.




"Proses ini memang kena ikut. Sesiapa yang tidak ikut, suara mereka mesti tak lancar. Senyuman pula menggambarkan suara seseorang itu dalam keadaan gembira," jelasnya ringkas.

Jamin masa depan

Memakai uniform berwarna oren dan hitam, seorang lagi pembantu penerangan iaitu Zahaizan Zakaria memilih untuk tidak meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi selepas tamat tingkatan lima. Tidak pernah menyesal dengan tindakannya itu, dia yang juga adik kepada Zaharizwan nyata yakin dengan hala tuju masa depannya.

Berbeza dengan remaja lain, dia berpegang kepada prinsip untuk tidak mahu menyusahkan keluarga. Jadi, Zahaizan memilih untuk bekerja sepenuh masa seawal usia 18 tahun kerana mahu meringankan beban orang tuanya.

Tidak dilahirkan dalam keluarga yang mewah, ibunya tidak bekerja manakala ayahnya pula seorang pemandu teksi. Justeru, anak bongsu daripada tujuh beradik itu mahu berdikari mencari rezeki dan menghulurkan sedikit pendapatannya kepada keluarga.

Siapa sangka, gadis bertubuh kecil itu sebenarnya mempunyai suara yang cukup matang apabila berhadapan dengan monitor dan pembesar suara untuk mengumumkan apa sahaja yang berlaku di sekitar KLIA.

Anak tangkap mak!


MELAKA: Tidak sanggup melihat insan disayangi terus bergelumang dosa, seorang anak membulatkan tekad menahan ibu kandungnya selepas mengetahui wanita terbabit berkhalwat dengan seorang lelaki di rumahnya di pinggir bandar ini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam, anak lelaki wanita terbabit yang berusia awal 20-an ke rumah sewa ibunya di bandar raya ini selepas mengesyaki ada lelaki datang ke rumah itu.

Difahamkan, selepas menunggu beberapa jam di luar rumah, teman lelaki ibunya masih tidak keluar menyebabkan anak wanita berkenaan curiga lalu menghubungi polis dan pegawai penguat kuasa agama di kawasan berkenaan supaya mengambil tindakan sewajarnya.

Bagaimanapun, tanpa diduga beberapa minit selepas laporan dibuat, lelaki terbabit keluar dari rumah dan menyedari dia mahu beredar, anak wanita itu bersama beberapa rakannya menahannya.

kucing-donia-donia..

KAT MANA-MANA PUN BOLEH..


kuicng-nak tunggu depan buat atas bulan pulak..

23 November 2009

KALAU NAK KAWIN, BUAT APA PUN SANGGUP

ini berlaku di kuantan pahang...

kucing-kot iyer pun tunggu la sampai habis banjir..bukan nak lari gunung dikejar pun..

14 November 2009

TERBARU DI SELANGOR 2


gambar hiasan - tidak ada kena mengena dengan motosikal kucing

kucing-mcmana nk dpt perkhidmatan tu? nak kena booking awal ker? ada moto sejibik nak cuci