IKLAN


DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU

Raja-Raja Melayu

Raja-Raja Melayu

INILAH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat RAJA-RAJA dan PEMIMPIN-PEMIMPIN MELAYU yang diperbuat 51 tahun dahulu semasa MERDEKA 31 OGOS 1957
“KAMI WASIATKAN kepada zuriat keturunankami 7 PERKARA yang mana jika kamubersatu padu dan berpegang teguhkepadanya selama itulah kamu akan selama sejahtera”
PERKARA SATU•
Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
PERKARA DUA•
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan isytihar dan simpan, selain gunung-ganang tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum yang lain.
PERKARA TIGA•
Bagi menjaga kamu dan melindungi anak-anak kamu harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU untuk membenteraskan kekacauan dalam Negara dan ancaman dari Luar Negara.
PERKARA EMPAT•
Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kadaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah Negara ini
PERKARA LIMA•
Kami tetapkan ISLAM ialah AGAMA PERSEKUTUAN
PERKARA ENAM•
Kami tetapkan juga bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU
dan
PERKARA TUJUH•
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri SABAH dan SARAWAK.

Pilihan Juara WC 2010

30 Jun 2009

NILAI PEMAIN BOLA SEPAK KITA..

Macam biasa, kucing selalu belek-belek akhbar thesun.co.uk untuk mengetahui perkembangan terbaru bolasepak dunia. Terbaru, Samuel Eto'o kata, gaji 250ribu seminggu tak cukup!!Tambahan lagi dia mintak 12juta pounds untuk tandatangan kontrak ajer!! ulang suara TANDATANGAN KONTRAK AJERR!!!!
HEBAT!!!HEBAT!!!HABAT!!!
Pada pandangan kucing, dia memang berhak untuk minta sebegitu kerana dia seorang pemain yang hebat!Masakan Real Madrid sanggup berbelanja lebih 145 juta pound hanya untuk memiliki KAKA dan Cristiano Ronaldo!
Tetapi, sejauhmana nilai pemain bolasepak kita??!!!

Ada kawan kucing, kata kalau nak jadikan bolasepak di negara kita hebat, kita mesti ada idea yang gila-gila!

Makcik kucing suka kumpul majalah lawak dari zaman dia sekolah dulu, hingga la ni. Minggu sudah, kucing ada terbaca majalah Gila-Gila keluaran September 2007.
Kalau mahu bolasepak kita disegani di seluruh dunia FAM bolehlah cuba tip-tip yang disenaraikan di bawah ini:-
-Bagi latihan yang berat-berat sikit
-Badan mesti tegap, sasa, ganas
-Dari rebung lagi kena bentuk
-Cari pemain, jurulatih dan penggiat sukan bolasepak di serata ceruk kedai kopi. Ramai yang bijak pandai di situ.
-Bagi mereka makan segala pil, kopi, teh dan serba mak nenek Tongkat Ali banyak-banyak.
-Hantar yang berbakat ke luar negara. Mak bapak pun kenalah bagi semangat pada anak-anak.
-Sekiranya berjaya merangkul kejuaraan di peringkat tertinggi, berilah gelaran yang best-best. Datuk ke, Panglima ke..
-Panggil pemain-pemain terbail luar negara main di sini, bayar gaji mahal-mahal, nak lagi best bagi warganegara terus.
-Cari pemain yang betul-betul cintakan bola, sayangkan negara, bukannya kerana gaji semata-mata.
-Pemain mesti kalis kutuk.
-Main bola bukan sekadar dengan kaki tapi kena pakai otak jugak.
-Andai kata dapat score sebijik, pakat-pakatlah berkerumun di pintu gol sendiri.
-Mintalah bantuan bomoh kita yang mengaku hebat-hebat belaka.
-Saling tegur menegur untuk kebaikan bersama. Jurulatih tegur pemain, pemain tegur jurulatih, pemain tegur pengurusan..(boleh ke?)
-Ambillah peluang untuk jadi tuan rumah piala dunia walaupun mungkin dibelasah berdozen-dozen.

kucing-teringat, nilai BOBBY PIAN hanya RM1 aje..

baru bertemu buku dengan ruas...

YOOOSSSHHHH!!!!!
WAAACCCHHHAAAA!!!!!

ALOR STAR: Seorang gadis yang geram kerana beg sandangnya diragut bertindak nekad mengejar penjenayah itu dan merempuhnya dengan motosikal sebelum mencekik serta menahannya di Jalan Putra berhampiran Plaza Sentosa, malam kelmarin.Dalam kejadian kira-kira jam 9.50 malam itu, Huda Nasuha Hassan, 22, menunggang motosikal berseorangan untuk pulang ke rumahnya di Taman Rakyat, Mergong, dari tempat kerja di sebuah pusat beli-belah juga di bandar raya ini.Menceritakan kejadian, Huda Nasuha berkata, ketika tiba di tempat kejadian, seorang lelaki yang menunggang motosikal jenis Honda EX-5 memintas dan merentap begnya yang diletakkan di dalam raga motosikal sebelum memecut meninggalkannya.“Walaupun tergamam dengan kejadian itu, saya nekad mengejar peragut dengan motosikal sebelum merempuh belakang motosikalnya apabila dia terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di persimpangan lampu isyarat kira-kira 100 meter dari tempat saya diragut,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.


Pelanggaran itu menyebabkan kedua-duanya terjatuh sebelum Huda Nasuha yang berbaju kurung bertindak nekad melompat ke atas suspek serta mencekiknya sebelum meminta bantuan orang ramai.Suspek yang berusia 20 tahun itu bagaimanapun tidak melawan berikutan kakinya cedera kerana dihempap motosikal. Dia ditahan dengan bantuan orang ramai sebelum diserahkan kepada polis.Malah, suspek juga merayu supaya dilepaskan jika dia mengembalikan beg berkenaan, tetapi Huda Nasuha nekad menyerahkannya kepada polis.Huda Nasuha berkata, dia menjadi berani kerana geram dengan tindakan peragut itu yang mencuri begnya mengandungi tiga telefon bimbit serta RM20 itu sewenang-wenangnya.“Jika difikirkan balik, saya pun seperti tidak percaya boleh bertindak sedemikian, tetapi kerana terlalu geram dan marah saya menjadi berani,” kata anak sulung daripada empat beradik itu.

kucing-kucing minat ayat Huda yang last sekali tu! Sebaiknya semua wanita ada sikit ilmu mempertahankan diri dalam dada, sekurang-kurangnya buleh jugak sepak terajang para peragut tu! Tapi bukan semua wanita seberani Huda, kalau dalam beg tangan tu hanya ada duit ciput-ciput,henpon sebijik, kasi aje la mamat tu ambik! NYAWA LEBIH PENTING DAN BERHARGA!!



WARGA EMAS MATI ATAS KATIL PONDAN...


KUANTAN: Kelu lidah seorang pondan apabila pelanggannya, seorang warga emas pengsan secara tiba-tiba ketika mereka berada dalam bilik sewa sebelum lelaki itu disahkan meninggal dunia akibat serangan sakit jantung, petang kelmarin.Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang itu, mangsa berusia 78 tahun dari Kubang Buaya ditemui mati di tempat kejadian dengan masih lengkap berpakaian.Harian Metro difahamkan, mangsa yang baru tiba di bilik sewa berkenaan berbaring di atas katil sambil memegang dadanya sebelum rebah dan tidak sedarkan diri.Terkejut dengan keadaan mangsa, pondan berusia 31 tahun berasal dari Tanah Merah, Kelantan itu menghubungi rakannya meminta bantuan sebelum memaklumkan kejadian itu kepada polis dan ambulans.Timbalan Ketua Polis daerah, Superintendan Zulkifli Taha, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tMenurutnya, polis yang tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit menjalankan pemeriksaan lanjut sebelum mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.Katanya, polis tidak mengesyaki kematian mangsa akibat perbuatan jenayah berikutan tiada kesan cedera atau lebam pada badan mangsa.Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk dibedah siasat sebelum doktor mengesahkan punca kematian akibat serangan sakit jantung.“Jenazah mangsa dituntut keluarganya selepas bedah siasat dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut,” katanya.-hmetro.com.my


kucing-kucing tak tau nak kata apa bila baca berita ni. Nak kata kucing gelak, boleh gelak sampai tahap pecah perut ni! Nak kata malu, sememangnya malu jugak! Tapi kesimpulannya, kucing nak gelak sepanjang hari ni!! hahahahah!!

RM 50,000.00?!! banyak tu...!!!


Timur: DUN lulus elaun bulanan Pemangku Raja Kelantan

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Kelantan semalam meluluskan pembayaran elaun bulanan RM50,000 kepada Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra. Bayaran elaun itu akan dibayar sepanjang tempoh Tengku Mahkota Kelantan memangku jawatan berkenaan yang berkuat kuasa sejak 24 Mei lalu dan dibuat mengikut Perkara 22B Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua). Usul pembayaran elaun itu dikemukakan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Pas-Chempaka) dan disokong Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub (Pas-Pasir Pekan), sebelum mendapat persetujuan semua Adun termasuk lima Adun Barisan Nasional yang diketuai Ketua Pembangkang, Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas). -bharian.com.my


kucing-RM 50,000 sebulan?!! itu baru elaun, tak termasuk gaji lagi...kalau la kucing dapat elaun banyak tu, mau mereng kucing! tetapi bak kata pepatah, kalau besar periuk besarlah keraknya..!

Kemanakah hilang sifat kemanusiaan kini?












Oleh ZAMZURINA AHMADutusanpahang@utusan.com.my
KUANTAN 29 Jun – Jika haiwan sanggup bergadai nyawa untuk melindungi anaknya, lain pula yang berlaku kepada seorang wanita di sini.
Tidak diketahui ke mana hilang sifat keibuan wanita itu sehingga tergamak membunuh bayi sendiri.
Puncanya hanya kerana si ibu dikatakan tertekan dengan teman lelaki sehingga nekad merendam bayi perempuannya yang baru dilahirkan ke dalam baldi cat di sebuah rumah sewa di Wisma Bola Sepak, Jalan Gambut.
Wanita berusia 26 tahun dan berasal dari Felda Keratong, Muadzam Shah dekat Rompin itu dipercayai baru dua hari menyewa bilik di wisma tersebut bersama seorang kenalan wanita untuk mencari kerja.
Mujurlah kejadian yang berlaku kira-kira 6.30 pagi itu disedari oleh beberapa penghuni rumah sewa yang terdengar tangisan bayi dari dalam tandas di wisma itu.
Wanita itu pada mulanya enggan membuka pintu walaupun didesak. Dia sebaliknya hanya berbuat demikian setelah kira-kira sejam. Itupun selepas bunyi tangisan bayinya yang terendam dalam baldi cat berisi air bersama tali pusat, tidak kedengaran lagi.
Wanita itu hanya menangis tanpa henti. Keadaannya tidak bermaya dengan darah berlumuran di tubuh dan lantai tandas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Pemangku Supritendan Zulkifli Taha berkata, siasatan pihaknya percaya suspek bertindak demikian kerana mengalami masalah dengan teman lelakinya.
“Suspek dipercayai merahsiakan dirinya mengandung dan hanya mengatakan sakit perut kepada rakan-rakan ketika hendak melahirkan anaknya itu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini hari ini.
Beliau berkata, mayat bayi malang itu dan ibunya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk mendapat rawatan.
“Pihak hospital mengesahkan bayi itu meninggal dunia antara pukul 6 dan 7.30 pagi akibat lemas. Polis akan menahan wanita terbabit untuk membantu siasatan,” jelasnya.
Tambah beliau, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 309A Kanun Keseksaan kerana membunuh anak.

Lagi berita di sini (klik)

kucing-kucing amat sedih ketika melihat muka hadapan akhbar kosmo di stesen minyak tadi. Mengucap panjang kucing. Kemanakah hilangnya sifat kemanusiaan? semakin nipis sikap kemanusiaan dikalangan manusia zaman kini. Mungkin inlah tanda-tanda dunia dah nak hampir kiamat! KUCING PUN RETI SAYANG ANAK!!




29 Jun 2009

Bakal Sultan dan Sultanah yang berjiwa rakyat


KUALA LUMPUR - Tiga anakanda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menyertai larian Kids Dash, program sampingan dalam perlumbaan larian Standard Chartered KL Marathon 2009 di Dataran Merdeka di sini semalam.
Puteri sulung Tuanku Mizan, Tengku Nadhirah Zahrah, 12, mengambil bahagian dalam kategori 3 Kilometer (KM) dan dua lagi anakanda Seri Paduka, Tengku Muhammad Muaaz, 8, dan Tengku Fatimatuz Zahra, 7, mengambil bahagian dalam kategori 950 Meter yang disertai oleh lebih 500 orang kanak-kanak.
Tuanku Mizan dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah turut berangkat ke Dataran Merdeka untuk memberi sokongan.
Keberangkatan Seri Paduka berdua pada pukul 8.30 pagi itu disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Ketiga-tiga anakanda Tuanku Mizan berjaya menamatkan larian tersebut mengikut kategori yang disertai.


kucing-inilah yang dikatakan pemerintah yang berjiwa rakyat. Bukan calang-calang anak-anak raja yang mahu bersama-sama dengan rakyat jelata. Kalau nak melentur buluh, biarlah dari rebungnya..

periksalah duit anda betui-betui


KUALA LUMPUR - Seorang pemandu tidak menyangka wang RM50 yang dikeluarkan dari mesin pengeluar wang automatik (ATM) kira-kira sebulan lalu mempunyai keunikan tersendiri.
Arif Mohd. Hanafiah, 49, dari Bandar Tasik Selatan di sini berkata, ketika kejadian dia baru mengeluarkan wang sebanyak RM1,000 di sebuah bank di sekitar Ampang Point di sini.
"Seperti biasa, setiap kali selepas mengeluarkan wang, saya akan mengira semula wang itu bagi mengelak berlaku kesilapan.
"Bagaimanapun, saya terkejut apabila mendapati salah satu daripada 20 keping wang RM50 itu agak berbeza berbanding dengan yang lain," katanya di pejabat Kosmo! di sini semalam.
Arif memberitahu, antara ciri unik wang itu ialah tandatangan Gabenor terletak di penjuru bawah kiri berbanding wang biasa di bahagian tengah di samping saiznya yang agak kecil.
"Tulisan jawi yang bermaksud Bank Negara Malaysia di bahagian belakang juga jelas berbeza kerana mempunyai huruf 'ya' dan huruf 'ka' di samping tanda 'hamzah' di atasnya.
"Apabila saya teliti lagi didapati permukaan wang tersebut agak merah sedikit dan hologram yang menunjukkan wajah Yang di-Pertuan Agong pertama juga agak berbeza," ujarnya.

18 Jun 2009

Tahniah...Allahyarham Dato' Sudirman Hj. Arshad


Baru sebentar tadi kucing dengaq berita dari TV3 yang allahyarham Sudirman Hj. Arshad telah menerima anugerah Darjah Sultahn Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Datuk.
Pada pendapat kucing, inilah satu-satunya penghibur dari negara kita yang bertaraf bintang ASIA, yang tak mungkin akan dicapai oleh mana-mana penghibur kini. Kepada penghibur yang baru nak naik la ni, jangan la dok bangga sangat kalau baru nyanyi lagu 5 baris...ada penyanyi kat kedai makan yang nyanyi lebih baguih dari hang pa...
kucing-suka lagu-lagu arwah datuk sudirman..

Hak penjagaan anak macam mesin air automatik..

Alkisahnya, sepasang suami isteri baru bercerai dan tidak mencapai kata sepakat untuk tentukan hak penjagaan anak tunggal mereka. Maka mereka pun pegi ke pejabat agama untuk berjumpa Tuan Kadi untuk meminta nasihat.
Tuan Kadi bertanye pada sebelah perempuan, "Kenapa awak rasa awak yang paling layak bela anak tu?"Perempuan itu menjawab, "Saya yang mengandungkan anak tu, Tuan. Saya yang melahirkan anak tu. Dia keluar dari perut saya."
Si jantan (suami) terkedu sebenatar kerana dia tahu Tuan Kadhi akan bertanya kepadanya selepas ini. Dia sedang memikir apa benda nak goreng Tuan Kadi ni ...
Sedang dia mengelamun sekejap, Tuan Kadi pun bertanye, "Hah ... kamu! Bagi alasan kamu kenapa anak itu kamu yang patut bela?"
"Tuan .. Kalaulah saya ada syiling seringgit. Saya 'masukkan' dalam vending machine. Lepas itu, saya tekan satu butang pilihan. Keluarlah setin air minuman. Saya nak tanye Tuan. Air tin yang keluar dari mesin tu hak saya atau hak mesin?"
Tuan Kadi menjawab, "Hak kamu le."
Jantan itu pun terangkan, "Sama le kes ni ..."

kucing-apalaa...jangan buat memain aaa..

Cerita pasal lembu..

Kononnya dalam sebuah negeri, mereka telah membuka Pusat Pembiakan Lembu untuk membekalkan baka lembu untuk Industri Penternakan Lembu Malaysia. Lembu-lembu dari pusat ini di ekspot ke Malaysia untuk digemukkan sebelum di sembelah.Maka, Menteri Pertanian dan isteri di jemput untuk acara pembukaan rasmi.
Selepas acara perasmian, si menteri dan isteri dibawa melawat keliling kompleks tersebut. Seorang pekerja pusat berbangsa ompuiteh telah ditugaskan mengiringi si menteri untuk memberikan penerangan. Pekerja omputih ini merasakan satu penghormatan dan menjalankan tugas dengan semangat.
Dia menunjukkan ke arah satu reban dan menerangkan dalam bahasa Inggeris loghat omputeh, "Dato dan Datin. Di sini adalah tempat untuk lembu-lembu mengawan. Di pusat ini, lembu-lembu jantan pembiak mampu mengawan sebanyak lima kali sehari ..."
Si Datin pun mencuit-cuit si Dato dan bisik ke telinga, "Awak dengar tu? Lembu mampu sampai lima kali sehari. "Bukan macam abang ... Tak henti-henti ada program dan balik lewat malam."Masam muka si suami mendengar isterinya mencabar kejantanannya. Masa macam ini pula dia nak mengomel. Tengah dalam pandangan orang ramai, tak boleh nak marah.
"... Kami aturkan lembu jantam pembiak untuk mengawan dengan lima lembu betina berlainan ...," sambung petugas.
Lantas si Dato bisik balik ke telinga si Datin, "Awak dengar pulak, tak? Lima kali sehari dengan lima lembu berlainan. Bukan dengan satu saja."
Sukahati si suami dapat pekenakan balik isterinya. Muka Datin pulak muram.

kucing-

kisah kahwin lagi..!!

Alkisah seorang anak gadis yang ingin berkahwin dengan jejaka yang dipilih sendiri. Dia tidak mahu terkongkong dengan pilihan orang tua tetapi inginkan kebebasan memilih. Ini hak asasi peribadi dan demokrasi yang tidak patut dipaksa. Hebat ...Dinyatakan hasrat kepada orang tuanya.
Jawab orang tuanya, "Sekiranya engkau ingin lelaki pilihan engkau sendiri, carilah yang sopan santun dan original."
Dengan ada lampu hijau dari orang tuanya, gadis ini mencarilah pasangan hidup untuk dirinya. Alhamdulillah, bertemulah dengan seorang jejaka yang sopan santun yang cukup menyentuh hati dalam sebulan.Cuma kriteria original yang diberitahu ayahnya belum diketahui. Itu kenalah tunggu apabila sudah sah suami isteri. Gadis ini budak baik dan suci lagi. Dia tidak mahu test drive atau di test drive.Berkahwinlah muda dan mudi ini.
Setelah selesai upacara akad nikah, malamnya adalah malam yang pertama dilalui bersama. Si suami memakai 'alat pencegah' kononnya untuk merancang keluarga.
Keesokan harinya, si isteri pun mengesahkan kepada orang tuanya bahawa suaminya memang betul-betul original. Orang tuanya bertanya: "Macam mana engkau tahu laki engkau tu original?"
Anaknya yang agak naif dengan selamba bercampur megah memberitahu, "Betul abah. Original. Plastik pun tak bukak lagi ..."
Ayah bukan maksudkan lelaki yang baru keluar kilang tetapi lelaki yang tidak bermuka-muka, ikhlas, dan bersungguh-sungguh.

kucing-wakakaka...

Takut belanja kahwin..?? apa susah, buat mcm ni ajer..


SEOUL: Hampir 400 lelaki Korea Selatan memohon untuk berkahwin dengan seorang wanita jutawan yang mengiklankan hasratnya mencari pasangan hidup.Bagaimanapun, menurut sebuah agensi mencari jodoh, hanya lapan yang akan dipilih untuk saringan akhir.Wanita berusia 49 tahun itu yang dilapor memiliki harta berjumlah RM63 juta menyiarkan iklan itu melalui Internet sejak 20 Mei lalu, kata jurucakap agensi berkenaan.Mereka yang memohon itu, termasuk doktor, peguam, akauntan, tentera dan kakitangan kerajaan berusia dari 26 hingga 49 tahun.


kucing-kucing dulu guna duit gaji sendiri ajer...wuhu..!!

RM345 juta untuk CR7 ke Real Madrid..


Satu rekod dunia apabila Real Madrid sanggup membayar harga bakat CR7 untuk ke Real Madrid. Pada kucing, harga itu mungkin jauh lebih rendah untuk mengira bakat sebenar CR7. CR7 yang dibeli dengan harga 12 juta pound oleh Sir Alex Ferguson pada tahun 2003, sebenarnya mempunyai nilai yang jauh lebih tinggi daripada itu. Walaubagaimanapun, Sir Alex Ferguson bukan hanya sesuka hati menjual pemainnya. Selama 6 musim bersama MU, CR7 bukan sahaja telah mencapai segala-galanya namun sikap 'bintang' nya kadang-kala memeningkan Ferguson. Segala tindak tanduknya sejak musim lepas dengan kenyataannya yang mendakwa yang dia ingin berhijrah ke Real Madrid, telah menjadi duri dalam daging kepada pasukan MU keseluruhnnya. Dari pada pening memikirkan masalah CR7, lebih baik Ferguson menjualnya, dan Ferguson boleh membeli beberapa orang pemain yang boleh memperkuatkan pasukan MU untuk masa hadapan. Dan sudah semestinya telah menjadi sentuhan ajaib Ferguson, kesemua pemain yang diinginkannya akan menjadi buruan pasukan lain terutamanya Chelsea, Liverpool dan Manchester City.

Antara pemain yang menjadi intaian ialah Antonio Valencia, Franck Ribery, Vistor Valdez, Jose Moutinho, dan yang terbaru Rabin Van Persie..


kucing-tetap sokong MU..

EPL KEMBALI...


All the Premier League fixtures..

MANCHESTER UNITED begin their defence of the Premier League title at home to newly-promoted Birmingham on August 15.
Next up for the Red Devils is a visit to Burnley, who won promotion via the Championship play-offs.
Click here for all the Premier League fixtures 2009/10
Alex Ferguson's men have to wait until August 29 before their first match against one of the top four clubs when they play Arsenal at Old Trafford.
United visit Anfield on October 24 and Liverpool, who finished runners-up to United last season, go to Old Trafford on March 20.
Chelsea are the last of the other big guns to face the champions.
New Blues boss Carlo Ancelotti will pit his wits against United at Stamford Bridge on November 7, with the return fixture on April 3.
United close the season at home to Stoke on May 9.
Liverpool start and end their campaign with away fixtures, at Tottenham on August 15 and Hull on May 9.
The Reds visit Stamford Bridge on October 3 and play host to last season's third-placed team on May 1.
Rafa Benitez's side are at home to Arsenal on December 12 and visit the Gunners on February 9.
Ancelotti's first game in charge of Chelsea in English football will be at the Bridge against Hull on August 15, with the season finishing at home to Wigan on May 9.
Chelsea are away to Arsenal on November 28 and at home to the Gunners on February 6.
Arsene Wenger's side open their campaign away to Everton and close the season with a home fixture against Fulham.
Championship top dogs Wolves host West Ham on the opening day of the season and finish with a home fixture against Sunderland.
Wolves fans will be looking forward to a December 15 trip to Old Trafford and a home clash against United on March 6.

KEMBALI MENULIS...

assalamualaikum...
kucing minta maas sebab dah lama tak menulis sebab kesibukan kerja dan kesihatan tidak mengizinkan buat sementara waktu...
tapi...
kucing akan kembali menulis..