IKLAN


DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU

Raja-Raja Melayu

Raja-Raja Melayu

INILAH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat RAJA-RAJA dan PEMIMPIN-PEMIMPIN MELAYU yang diperbuat 51 tahun dahulu semasa MERDEKA 31 OGOS 1957
“KAMI WASIATKAN kepada zuriat keturunankami 7 PERKARA yang mana jika kamubersatu padu dan berpegang teguhkepadanya selama itulah kamu akan selama sejahtera”
PERKARA SATU•
Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
PERKARA DUA•
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan isytihar dan simpan, selain gunung-ganang tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum yang lain.
PERKARA TIGA•
Bagi menjaga kamu dan melindungi anak-anak kamu harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU untuk membenteraskan kekacauan dalam Negara dan ancaman dari Luar Negara.
PERKARA EMPAT•
Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kadaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah Negara ini
PERKARA LIMA•
Kami tetapkan ISLAM ialah AGAMA PERSEKUTUAN
PERKARA ENAM•
Kami tetapkan juga bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU
dan
PERKARA TUJUH•
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri SABAH dan SARAWAK.

Pilihan Juara WC 2010

30 Jun 2009

RM 50,000.00?!! banyak tu...!!!


Timur: DUN lulus elaun bulanan Pemangku Raja Kelantan

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Kelantan semalam meluluskan pembayaran elaun bulanan RM50,000 kepada Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra. Bayaran elaun itu akan dibayar sepanjang tempoh Tengku Mahkota Kelantan memangku jawatan berkenaan yang berkuat kuasa sejak 24 Mei lalu dan dibuat mengikut Perkara 22B Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua). Usul pembayaran elaun itu dikemukakan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Pas-Chempaka) dan disokong Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub (Pas-Pasir Pekan), sebelum mendapat persetujuan semua Adun termasuk lima Adun Barisan Nasional yang diketuai Ketua Pembangkang, Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas). -bharian.com.my


kucing-RM 50,000 sebulan?!! itu baru elaun, tak termasuk gaji lagi...kalau la kucing dapat elaun banyak tu, mau mereng kucing! tetapi bak kata pepatah, kalau besar periuk besarlah keraknya..!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan