Kononnya dalam sebuah negeri, mereka telah membuka Pusat Pembiakan Lembu untuk membekalkan baka lembu untuk Industri Penternakan Lembu Malaysia. Lembu-lembu dari pusat ini di ekspot ke Malaysia untuk digemukkan sebelum di sembelah.Maka, Menteri Pertanian dan isteri di jemput untuk acara pembukaan rasmi.
Selepas acara perasmian, si menteri dan isteri dibawa melawat keliling kompleks tersebut. Seorang pekerja pusat berbangsa ompuiteh telah ditugaskan mengiringi si menteri untuk memberikan penerangan. Pekerja omputih ini merasakan satu penghormatan dan menjalankan tugas dengan semangat.
Dia menunjukkan ke arah satu reban dan menerangkan dalam bahasa Inggeris loghat omputeh, "Dato dan Datin. Di sini adalah tempat untuk lembu-lembu mengawan. Di pusat ini, lembu-lembu jantan pembiak mampu mengawan sebanyak lima kali sehari ..."
Si Datin pun mencuit-cuit si Dato dan bisik ke telinga, "Awak dengar tu? Lembu mampu sampai lima kali sehari. "Bukan macam abang ... Tak henti-henti ada program dan balik lewat malam."Masam muka si suami mendengar isterinya mencabar kejantanannya. Masa macam ini pula dia nak mengomel. Tengah dalam pandangan orang ramai, tak boleh nak marah.
"... Kami aturkan lembu jantam pembiak untuk mengawan dengan lima lembu betina berlainan ...," sambung petugas.
Lantas si Dato bisik balik ke telinga si Datin, "Awak dengar pulak, tak? Lima kali sehari dengan lima lembu berlainan. Bukan dengan satu saja."
Sukahati si suami dapat pekenakan balik isterinya. Muka Datin pulak muram.
kucing-
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan