IKLAN


DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU

Raja-Raja Melayu

Raja-Raja Melayu

INILAH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat RAJA-RAJA dan PEMIMPIN-PEMIMPIN MELAYU yang diperbuat 51 tahun dahulu semasa MERDEKA 31 OGOS 1957
“KAMI WASIATKAN kepada zuriat keturunankami 7 PERKARA yang mana jika kamubersatu padu dan berpegang teguhkepadanya selama itulah kamu akan selama sejahtera”
PERKARA SATU•
Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
PERKARA DUA•
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan isytihar dan simpan, selain gunung-ganang tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum yang lain.
PERKARA TIGA•
Bagi menjaga kamu dan melindungi anak-anak kamu harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU untuk membenteraskan kekacauan dalam Negara dan ancaman dari Luar Negara.
PERKARA EMPAT•
Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kadaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah Negara ini
PERKARA LIMA•
Kami tetapkan ISLAM ialah AGAMA PERSEKUTUAN
PERKARA ENAM•
Kami tetapkan juga bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU
dan
PERKARA TUJUH•
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri SABAH dan SARAWAK.

Pilihan Juara WC 2010

30 Jun 2009

baru bertemu buku dengan ruas...

YOOOSSSHHHH!!!!!
WAAACCCHHHAAAA!!!!!

ALOR STAR: Seorang gadis yang geram kerana beg sandangnya diragut bertindak nekad mengejar penjenayah itu dan merempuhnya dengan motosikal sebelum mencekik serta menahannya di Jalan Putra berhampiran Plaza Sentosa, malam kelmarin.Dalam kejadian kira-kira jam 9.50 malam itu, Huda Nasuha Hassan, 22, menunggang motosikal berseorangan untuk pulang ke rumahnya di Taman Rakyat, Mergong, dari tempat kerja di sebuah pusat beli-belah juga di bandar raya ini.Menceritakan kejadian, Huda Nasuha berkata, ketika tiba di tempat kejadian, seorang lelaki yang menunggang motosikal jenis Honda EX-5 memintas dan merentap begnya yang diletakkan di dalam raga motosikal sebelum memecut meninggalkannya.“Walaupun tergamam dengan kejadian itu, saya nekad mengejar peragut dengan motosikal sebelum merempuh belakang motosikalnya apabila dia terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di persimpangan lampu isyarat kira-kira 100 meter dari tempat saya diragut,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.


Pelanggaran itu menyebabkan kedua-duanya terjatuh sebelum Huda Nasuha yang berbaju kurung bertindak nekad melompat ke atas suspek serta mencekiknya sebelum meminta bantuan orang ramai.Suspek yang berusia 20 tahun itu bagaimanapun tidak melawan berikutan kakinya cedera kerana dihempap motosikal. Dia ditahan dengan bantuan orang ramai sebelum diserahkan kepada polis.Malah, suspek juga merayu supaya dilepaskan jika dia mengembalikan beg berkenaan, tetapi Huda Nasuha nekad menyerahkannya kepada polis.Huda Nasuha berkata, dia menjadi berani kerana geram dengan tindakan peragut itu yang mencuri begnya mengandungi tiga telefon bimbit serta RM20 itu sewenang-wenangnya.“Jika difikirkan balik, saya pun seperti tidak percaya boleh bertindak sedemikian, tetapi kerana terlalu geram dan marah saya menjadi berani,” kata anak sulung daripada empat beradik itu.

kucing-kucing minat ayat Huda yang last sekali tu! Sebaiknya semua wanita ada sikit ilmu mempertahankan diri dalam dada, sekurang-kurangnya buleh jugak sepak terajang para peragut tu! Tapi bukan semua wanita seberani Huda, kalau dalam beg tangan tu hanya ada duit ciput-ciput,henpon sebijik, kasi aje la mamat tu ambik! NYAWA LEBIH PENTING DAN BERHARGA!!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan