IKLAN


DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU

Raja-Raja Melayu

Raja-Raja Melayu

INILAH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat RAJA-RAJA dan PEMIMPIN-PEMIMPIN MELAYU yang diperbuat 51 tahun dahulu semasa MERDEKA 31 OGOS 1957
“KAMI WASIATKAN kepada zuriat keturunankami 7 PERKARA yang mana jika kamubersatu padu dan berpegang teguhkepadanya selama itulah kamu akan selama sejahtera”
PERKARA SATU•
Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
PERKARA DUA•
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan isytihar dan simpan, selain gunung-ganang tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum yang lain.
PERKARA TIGA•
Bagi menjaga kamu dan melindungi anak-anak kamu harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU untuk membenteraskan kekacauan dalam Negara dan ancaman dari Luar Negara.
PERKARA EMPAT•
Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kadaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah Negara ini
PERKARA LIMA•
Kami tetapkan ISLAM ialah AGAMA PERSEKUTUAN
PERKARA ENAM•
Kami tetapkan juga bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU
dan
PERKARA TUJUH•
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri SABAH dan SARAWAK.

Pilihan Juara WC 2010

18 Jun 2009

kisah kahwin lagi..!!

Alkisah seorang anak gadis yang ingin berkahwin dengan jejaka yang dipilih sendiri. Dia tidak mahu terkongkong dengan pilihan orang tua tetapi inginkan kebebasan memilih. Ini hak asasi peribadi dan demokrasi yang tidak patut dipaksa. Hebat ...Dinyatakan hasrat kepada orang tuanya.
Jawab orang tuanya, "Sekiranya engkau ingin lelaki pilihan engkau sendiri, carilah yang sopan santun dan original."
Dengan ada lampu hijau dari orang tuanya, gadis ini mencarilah pasangan hidup untuk dirinya. Alhamdulillah, bertemulah dengan seorang jejaka yang sopan santun yang cukup menyentuh hati dalam sebulan.Cuma kriteria original yang diberitahu ayahnya belum diketahui. Itu kenalah tunggu apabila sudah sah suami isteri. Gadis ini budak baik dan suci lagi. Dia tidak mahu test drive atau di test drive.Berkahwinlah muda dan mudi ini.
Setelah selesai upacara akad nikah, malamnya adalah malam yang pertama dilalui bersama. Si suami memakai 'alat pencegah' kononnya untuk merancang keluarga.
Keesokan harinya, si isteri pun mengesahkan kepada orang tuanya bahawa suaminya memang betul-betul original. Orang tuanya bertanya: "Macam mana engkau tahu laki engkau tu original?"
Anaknya yang agak naif dengan selamba bercampur megah memberitahu, "Betul abah. Original. Plastik pun tak bukak lagi ..."
Ayah bukan maksudkan lelaki yang baru keluar kilang tetapi lelaki yang tidak bermuka-muka, ikhlas, dan bersungguh-sungguh.

kucing-wakakaka...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan