IKLAN


DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU

Raja-Raja Melayu

Raja-Raja Melayu

INILAH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat RAJA-RAJA dan PEMIMPIN-PEMIMPIN MELAYU yang diperbuat 51 tahun dahulu semasa MERDEKA 31 OGOS 1957
“KAMI WASIATKAN kepada zuriat keturunankami 7 PERKARA yang mana jika kamubersatu padu dan berpegang teguhkepadanya selama itulah kamu akan selama sejahtera”
PERKARA SATU•
Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
PERKARA DUA•
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan isytihar dan simpan, selain gunung-ganang tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum yang lain.
PERKARA TIGA•
Bagi menjaga kamu dan melindungi anak-anak kamu harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU untuk membenteraskan kekacauan dalam Negara dan ancaman dari Luar Negara.
PERKARA EMPAT•
Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kadaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah Negara ini
PERKARA LIMA•
Kami tetapkan ISLAM ialah AGAMA PERSEKUTUAN
PERKARA ENAM•
Kami tetapkan juga bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU
dan
PERKARA TUJUH•
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri SABAH dan SARAWAK.

Pilihan Juara WC 2010

26 April 2009

WASPADA WABAK BARU

KUALA LUMPUR 25 April – Pengawasan di semua pintu masuk negara akan diperketatkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan sejenis wabak baru dikenali sebagai selesema babi yang telah meragut 68 nyawa di Mexico dan mencetuskan suasana cemas di negara itu.
Pengawasan itu membabitkan pemeriksaan kesihatan terhadap orang ramai antaranya mereka yang menunjukkan tanda-tanda demam panas.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, wabak berkenaan amat berbahaya kerana ia tersebar melalui manusia bukannya haiwan seperti selesema burung atau ‘avian flu’ yang pernah melanda negara ini.
Beliau bagaimanapun meminta rakyat negara ini supaya tidak panik kerana kerajaan sentiasa berwaspada terhadap apa jua wabak yang boleh menyebabkan kematian.
“Selesema babi telah merebak di Mexico dan pengawasan di semua pintu masuk negara ini perlu diperketatkan segera.
“Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan sentiasa memantau penyakit berjangkit, kita sentiasa mendahului situasi,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai wabak selesema babi yang berpunca daripada virus yang tidak pernah dilihat para penyelidik sebelum ini kerana ia mengandungi kombinasi virus babi, burung dan manusia.
Dalam perkembangan berkaitan, Tiong Lai berkata, beliau belum menerima laporan terkini wabak tersebut daripada Bahagian Kawalan Penyakit dan hanya mengetahuinya melalui laporan media pagi ini.
Beliau turut menyatakan komitmen untuk melaporkan perkembangan terkini mengenai wabak berbahaya itu kepada masyarakat-utusan.com.my


kucing-merisaukan jugak..:-(

Tiada ulasan:

Catat Ulasan