IKLAN


DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU

Raja-Raja Melayu

Raja-Raja Melayu

INILAH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat RAJA-RAJA dan PEMIMPIN-PEMIMPIN MELAYU yang diperbuat 51 tahun dahulu semasa MERDEKA 31 OGOS 1957
“KAMI WASIATKAN kepada zuriat keturunankami 7 PERKARA yang mana jika kamubersatu padu dan berpegang teguhkepadanya selama itulah kamu akan selama sejahtera”
PERKARA SATU•
Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
PERKARA DUA•
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan isytihar dan simpan, selain gunung-ganang tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum yang lain.
PERKARA TIGA•
Bagi menjaga kamu dan melindungi anak-anak kamu harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU untuk membenteraskan kekacauan dalam Negara dan ancaman dari Luar Negara.
PERKARA EMPAT•
Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kadaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah Negara ini
PERKARA LIMA•
Kami tetapkan ISLAM ialah AGAMA PERSEKUTUAN
PERKARA ENAM•
Kami tetapkan juga bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU
dan
PERKARA TUJUH•
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri SABAH dan SARAWAK.

Pilihan Juara WC 2010

23 April 2009

Khasiat buah tembikai



Kelmarin dulu isteri beli buah tembikai, tiga biji RM10 aje..
So, setelah belah sebijik, buat air tembikai separuh, separuh lagi kami makan. Dalam dok makan tu, terfikir apa sebenarnya khasiat buah tembikai ni??
Ibnu Abbas berkata:"Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan.Ianya makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi,sebagai pewangi,pembersih pundi kencing, menmabhkan air tulang belakang, menghindarkan sejuk dan pembersihan kulit."
Satu hari telah dihadiahkan buah tembikai Taif kepada Rasulullah SAW .Nabi menciumnya dan bersabda:"Makanlah ini dengan gigi kamu, kerana ini adalah antara perkara yang halal di atas bumi.Jusnya adalah rahmat dari Allah dan kemanisannya dari syurga."
Rasulullah berada bersama beberapa sahabat pada suatu hari dan bersabda:"Allah merahmati orang yang memberi kita makan dengan buah tembikai ini". Kemudian bangun Sayidina Ali k.w bangun mendapatkan beberapa buah tembikai tambahan.Rasulullah SAW dan sahabat terus memakannya.Baginda bersabda "Allah akan melimpahkan rahmat kepada orang yang memberi kita, yang memakannya sekarang dan kepada sesiapa yang memakannya dari golongan umatku dari sekarang hinggalah kepada hari kebangkitan."Begitulah hebatnya khasiat dan kelebihan Buah tembikai.Dari segi faktanya, memakan buah tembikai sebelum makan membersihkan usus dan menghindarkan penyakit.

Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagaijenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan.
Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh.Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.

5 ulasan:

  1. wauu.....sya suka mkn tembikai

    BalasPadam
  2. cikdib memang hantu tembikai sjk dulu lagi....tmbikai wat kte cpt knyang...seswai untk org nk diet...

    BalasPadam
  3. orang ada penyakit kencing manis tak sesuai makan buah tembikai...

    BalasPadam
  4. saya mohon copy tuan blog..n paste pada saya punya blog..nak tunjuk pada suami kelebihan buah tembikai yang menjadi peberet selama nie...
    Terima kasih tuan blog ^__^

    BalasPadam
  5. penyakit buah pinggang bocor boleh jadi penawar ke?

    BalasPadam