KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mempunyai vaksin H1N1 untuk disuntik kepada ternakan babi bagi mencegah penularan wabak selesema babi di negara ini. Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Abd Aziz Jamaluddin, berkata jabatan hanya menunggu arahan Kementerian Kesihatan untuk melaksanakan proses vaksinisasi terhadap ternakan babi. "Buat masa ini belum ada arahan untuk menyuntik vaksin H1N1 kepada ternakan babi di seluruh negara tetapi jika diarah dan keadaan memerlukan, sudah ada vaksin yang sedang dikaji bagi tujuan itu," katanya.
Dr Abd Aziz berkata, vaksin itu turut digunakan di ladang ternakan babi di luar negara sebagai langkah untuk memastikan ternakan itu bebas daripada jangkitan selesema babi. Beliau berkata, setiap pengarah JPV telah diarah mengawal selia ladang ternakan di negeri masing-masing dan memaklumkan kepada ibu pejabat jika terdapat tanda-tanda ternakan di negeri mereka terkena wabak itu. "Tindakan tegas akan diambil jika mereka gagal berbuat demikian. Pengarah juga harus memastikan semua penternak mematuhi arahan semasa bekerja di ladang ternakan babi dengan mewajibkan pekerja sentiasa memakai topeng mulut," katanya.
Dr Abd Aziz berkata, persatuan penternak negeri dikehendaki bekerjasama dengan JPV untuk melaporkan sebarang simptom berkaitan selesema babi. "Jika ada tanda-tanda yang sama seperti virus influenza, demam yang tinggi, sakit tekak dan sakit badan, pekerja ladang perlu diberi cuti dan menjalani pemeriksaan," katanya. Beliau berkata, buat masa ini jabatan belum menerima sebarang laporan berhubung wujudnya simptom selesema babi di negara ini. Katanya, selesema babi berpotensi untuk menjangkiti burung tetapi kadar kemungkinannya adalah rendah.
"Jika selesema burung boleh berjangkit melalui pemakanan, sebagai contoh memakan ayam, selesema babi pula tidak boleh dijangkiti dengan memakan babi tetapi ia boleh dijangkiti melalui pembawaan manusia," katanya. Maklumat lanjut mengenai wabak selesema babi boleh diperoleh dengan menghubungi talian 03-88810200 atau 03-88810300 atau layari laman web www.moh.gov.my. - Bernama
kucing-ini yang kita mahukan.Pihak berkuasa negara kita lebih proaktif dari negara lain kerana dalam depa dok sibuk-sibuk nak prevent H1N1 ini, JPV rupanya dah ada vaksin penawar. Diharapkan pihak kerajaan tidak menunggu lebih lama untuk menggerakkan jentera pasukan JPV ini. TAHNIAH!!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan