IKLAN


DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU

Raja-Raja Melayu

Raja-Raja Melayu

INILAH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat RAJA-RAJA dan PEMIMPIN-PEMIMPIN MELAYU yang diperbuat 51 tahun dahulu semasa MERDEKA 31 OGOS 1957
“KAMI WASIATKAN kepada zuriat keturunankami 7 PERKARA yang mana jika kamubersatu padu dan berpegang teguhkepadanya selama itulah kamu akan selama sejahtera”
PERKARA SATU•
Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
PERKARA DUA•
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan isytihar dan simpan, selain gunung-ganang tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum yang lain.
PERKARA TIGA•
Bagi menjaga kamu dan melindungi anak-anak kamu harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU untuk membenteraskan kekacauan dalam Negara dan ancaman dari Luar Negara.
PERKARA EMPAT•
Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kadaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah Negara ini
PERKARA LIMA•
Kami tetapkan ISLAM ialah AGAMA PERSEKUTUAN
PERKARA ENAM•
Kami tetapkan juga bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU
dan
PERKARA TUJUH•
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri SABAH dan SARAWAK.

Pilihan Juara WC 2010

24 April 2009

Rais Yatim sudah terhantuk baru nak terngadah..

Mendengar ucapan Dt Dr Rais Yatim memang mengasikkan. Bahasa Melayunya yang 'asli' diselang seli dengan beberapa kerat pantun sangat mengkagumkan orang macam saya.
Mengumpulkan hampir 50 orang bloggers malam tadi juga menunjukkan kesungguhan Dt Rais untuk mendekat dan merakyat dikalangan pemain-pemain alam maya ini.
Dt Rais mengakui peranan besar alam siber dalam politik Malaysia. Dia mengakui media cetak sudah mula 'komplen' pembaca mereka makin berkurangan hari demi hari. Rais juga mengakui golongan muda semakin mengkagumi alam siber.
Nampaknya kerja Menteri yang 'mahu bekerja' macam Rais ini sangat banyak. Dibawah kementerian yang tiga digabungkan menjadi satu ini memang sangat mencabar. Rais berterus terang bahawa Jabatan kerajaan kena prihatin dengan alam siber, kalau tak jabatan ini akan jadi obsolete.
Namun cabaran besar Rais adalah bagaimana nak menguruskan tranformasi hampir 50 jabatan di bawah kementerian baru nya ini sekarang. Bukan mudah nak buat tranformasi. Tapi kalau tak buat maka kena lanyaklah kita dengan kumpulan reformasi. Ini realiti. 'Berubah kalau tidak kita kena ubah' adalah perkataan yang benar.
Apapun kita nak ucap terima kasih kepada Dt Rais kerana sanggup merakyatkan diri dengan kumpulan alam maya. Bukan soal nak makan sangat di Restoren Seri Melayu, tetapi rasa seronok pak menteri mahu merakyat dikalangan kita. Ini juga transformasi. Sudah terantuk baru tergadah. Tidak mengapalah, asal sudah insaf dan mahu bertaubat.
Dipertik dari warisan2057.blogspot.com

-apapun pada kucing, sepatutnya semua menteri dan timbalan menteri yang dilantik telahmula bertindak untuk turun padang bertemu dengan rakyat, mendengar keluhan dan rintihan mereka, lantas terus mengambil tindakan untuk mengatasinya. tetapi HARUS DIINGAT! janganlah hanya turun padang ke tempat-tempat yang telah 'dirancang' terlebih dahulu oleh pegawai-pegawai mereka, sesekali jenguk-jenguklah tempat yang 'tak dirancang' pula..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan