IKLAN


DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU

Raja-Raja Melayu

Raja-Raja Melayu

INILAH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat RAJA-RAJA dan PEMIMPIN-PEMIMPIN MELAYU yang diperbuat 51 tahun dahulu semasa MERDEKA 31 OGOS 1957
“KAMI WASIATKAN kepada zuriat keturunankami 7 PERKARA yang mana jika kamubersatu padu dan berpegang teguhkepadanya selama itulah kamu akan selama sejahtera”
PERKARA SATU•
Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
PERKARA DUA•
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan isytihar dan simpan, selain gunung-ganang tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum yang lain.
PERKARA TIGA•
Bagi menjaga kamu dan melindungi anak-anak kamu harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU untuk membenteraskan kekacauan dalam Negara dan ancaman dari Luar Negara.
PERKARA EMPAT•
Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kadaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah Negara ini
PERKARA LIMA•
Kami tetapkan ISLAM ialah AGAMA PERSEKUTUAN
PERKARA ENAM•
Kami tetapkan juga bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU
dan
PERKARA TUJUH•
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri SABAH dan SARAWAK.

Pilihan Juara WC 2010

23 April 2009

Pengurus Liverpool akur..


LIVERPOOL: Pengurus Liverpool, Rafael Benitez akur Manchester United kini memiliki kelebihan untuk merangkul mahkota kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas pilu menyaksikan barisan didiknya mencicirkan dua mata berharga di Anfield, awal pagi semalam. Pengendali berbangsa Sepanyol itu menyalahkan 'kesilapan besar' dilakukan pasukannya selepas seri 4-4 ketika menentang Arsenal - saingan menarik yang turut menyaksikan Andriy Arshavin menjaringkan semua empat gol pasukan pelawat.
Dia adalah pemain pertama untuk mencipta gemilang itu di Anfield dalam perlawanan liga sejak Denis Westcott untuk Wolves pada 1946 dalam perlawanan yang juga menakjubkan. Apapun, satu mata itu cukup untuk membawa Liverpool melonjak kembali ke puncak liga berbekal jumlah mata sama dengan United tetapi di atas perbezaan gol lebih baik. Namun, United yang kini mempunyai dua perlawanan dalam tangan ke atas musuh ketat mereka dan mengandaikan tiada malapetaka besar berlaku, seharusnya mengesahkan gelaran liga domestik ketiga berturut-turut.
"Saya benar-benar kecewa kerana gawang kami terbolos empat gol," kata Benitez. "Perkara positif adalah kami sudah menjaringkan empat gol, tetapi saya kecewa kami membuat banyak kesilapan. "Kami berjuang bersungguh-sungguh dan kami akan meneruskan berbuat demikian. Ia seharusnya begini. "Mereka (United) berada pada kedudukan terbaik dan jika mereka memenangi perlawanan dalam tangan dan ia kemudian menjadikan ia lebih sukar buat kami memenangi gelaran."
Dengan lima perlawanan dan baki 15 mata menjadi rebutan, Benitez enggan mengaku kalah kepada United dalam buruan EPL sambil menegaskan masih banyak perlu dilakukan barisan Alex Ferguson. "Mereka perlu menang dan mereka masih belum berdepan Arsenal lagi," tambahnya. Berikutan penyingkiran mereka daripada Liga Juara-juara Eropah selepas seri 4-4 di Chelsea minggu lalu, Liverpool kini sudah bolos lapan kali dalam dua perlawanan-sumber
http://www.bharian.com.my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan