GENEVA: Canada menjadi negara ketiga mengesahkan kes selesema babi ketika pegawai kesihatan dunia menimbang untuk menaikkan tahap amaran wabak global. Negara dari New Zealand hingga Sepanyol turut melaporkan kes yang disyaki dan ada yang memberi amaran kepada rakyat masing-masing daripada berkunjung ke Amerika Utara manakala ada yang bercadang mengenakan kuarantin, mengetatkan import produk daging babi dan mengesan penumpang penerbangan yang demam. Keenam-enam kes Kanada di Nova Scotia dan British Columbia itu berkaitan dengan mereka yang berkunjung ke Mexico dan semuanya dijangkiti jenis virus yang sama. Mereka sudah pulih tetapi ia mungkin bukan kes terakhir yang kita akan saksikan di Kanada," kata Ketua Pegawai Kesihatan Awam Kanada, Dr David Butler-Jones. Pegawai Kanan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata jawatankuasa kecemasan agensi itu akan bertemu untuk kali kedua esok bagi meneliti penularan virus itu sebelum memutuskan sama ada meningkatkan amaran kepada wabak sejagat. Jenis virus A/H1N1 selesema babi itu dikesan di beberapa lokasi di Mexico dan Amerika Syarikat and merebak menerusi jangkitan sesama manusia.
Menteri Kesihatan Mexico berkata penyakit itu sudah membunuh 86 orang dan memudaratkan 1,400 yang lain sejak 13 April. Pegawai Amerika berkata virus berkenaan ditemui di New York, California, Texas, Kansas dan Ohio, tetapi tiada kematian dilaporkan. - AP
Lagi tentang virus A/H1N1
Empat langkah mencegah
Pig Flu Reports in UK
Pantau selsema babi
kucing-mintak jauhkanlah dari segala musibah..amin
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan