IKLAN


DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU

Raja-Raja Melayu

Raja-Raja Melayu

INILAH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat RAJA-RAJA dan PEMIMPIN-PEMIMPIN MELAYU yang diperbuat 51 tahun dahulu semasa MERDEKA 31 OGOS 1957
“KAMI WASIATKAN kepada zuriat keturunankami 7 PERKARA yang mana jika kamubersatu padu dan berpegang teguhkepadanya selama itulah kamu akan selama sejahtera”
PERKARA SATU•
Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
PERKARA DUA•
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan isytihar dan simpan, selain gunung-ganang tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum yang lain.
PERKARA TIGA•
Bagi menjaga kamu dan melindungi anak-anak kamu harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU untuk membenteraskan kekacauan dalam Negara dan ancaman dari Luar Negara.
PERKARA EMPAT•
Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kadaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah Negara ini
PERKARA LIMA•
Kami tetapkan ISLAM ialah AGAMA PERSEKUTUAN
PERKARA ENAM•
Kami tetapkan juga bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU
dan
PERKARA TUJUH•
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri SABAH dan SARAWAK.

Pilihan Juara WC 2010

28 April 2009

Shafie garis dua faktor tawan semula Kedah..

LANGKAWI 28 April — Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah yang baru dilantik, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggariskan dua faktor sekiranya parti itu mahu menawan semula Kedah daripada pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau berkata anggota Umno perlu bersatu mengukuhkan perpaduan dan pemimpin hendaklah bekerja kuat untuk berkhidmat pada masyarakat dan mengutamakan rakyat.
“Rakyat akan melihat kepada dua faktor ini kerana ia adalah kunci untuk memulihkan kepercayaan mereka yang akan menilai sebelum memilih Umno semula dan Barisan Nasional (BN) amnya.
“Saya percaya dan yakin jika ini menjadi pegangan Umno, tiada sebab mengapa ia tidak boleh mengambil alih semula tampok pemerintahan,” katanya kepada pemberita selepas jamuan makan malam bersama Umno bahagian Langkawi di sini, malam tadi.
Menurut Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kedah mempunyai kerajaan yang baik selama ditadbir kerajaan BN, cuma rakyat berharap untuk menikmati khidmat yang lebih baik. - Bernama

kucing-kucing berpendapat dengan ketrampilan dan kesungguhan YB Dato' Seri Shafie Apdal serta kepimpinan beliau yang diterima oleh semua lapisan masyarakat, kucing percaya tiada yang mustahil untuk dilakukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan