IKLAN


DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU

Raja-Raja Melayu

Raja-Raja Melayu

INILAH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat RAJA-RAJA dan PEMIMPIN-PEMIMPIN MELAYU yang diperbuat 51 tahun dahulu semasa MERDEKA 31 OGOS 1957
“KAMI WASIATKAN kepada zuriat keturunankami 7 PERKARA yang mana jika kamubersatu padu dan berpegang teguhkepadanya selama itulah kamu akan selama sejahtera”
PERKARA SATU•
Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
PERKARA DUA•
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan isytihar dan simpan, selain gunung-ganang tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum yang lain.
PERKARA TIGA•
Bagi menjaga kamu dan melindungi anak-anak kamu harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU untuk membenteraskan kekacauan dalam Negara dan ancaman dari Luar Negara.
PERKARA EMPAT•
Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kadaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah Negara ini
PERKARA LIMA•
Kami tetapkan ISLAM ialah AGAMA PERSEKUTUAN
PERKARA ENAM•
Kami tetapkan juga bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU
dan
PERKARA TUJUH•
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri SABAH dan SARAWAK.

Pilihan Juara WC 2010

29 April 2009

Nafas baru Mahsuri versi Fauziah


Kisah menarik Mahsuri yang dikenali dengan keunikannya memiliki darah putih menjadi pilihan Fauziah Nawi untuk pementasan teater Mahsuri. Ia kini rancak dipentaskan di Istana Budaya selama tujuh hari dan berakhir esok.Pementasan Mahsuri yang dijayakan Vanidah Imran sebagai Mahsuri, Azliyuszaini Mohd Noor (Datuk Pekerma Jaya), Sabera Shaik (Wan Mahura), Ard Omar (Pandak Mayah), Norsiah Mohd Yatim (Cik Alang), Azman Md. Hassan (Deramang), Azizah Mahzan (Wan Endah) dan Cico Harahap (Aria) mendapat sambutan cukup menggalakkan sehingga ruang yang boleh memuatkan 300 orang hampir penuh setiap malam.Mengisahkan keagungan cinta Mahsuri terhadap Wan Darus, adik kepada wakil sultan di Langkawi, Wan Yahya atau dengan gelaran Datuk Pekerma Jaya, akhirnya tidak kesampaian akibat fitnah.Berikutan tohmahan dituduh melakukan hubungan sulit dengan Deramang, dia dijatuhkan hukuman bunuh oleh Datuk Pekerma Jaya setelah termakan hasutan isterinya, Wan Mahura ketika Wan Darus meninggalkan Langkawi untuk berperang dengan tentera Siam.Kisah menyayat hati ini menampilkan jalan cerita menarik dengan memberi satu kelainan berbanding cerita Mahsuri yang didengar sebelum ini. Penggunaan unsur syirik dengan melakukan sihir ke atas Mahsuri ketika malam pertamanya dengan Wan Darus, adalah kelainan yang ditonjolkan Fauziah dalam teater ini.Namun, rata-rata melahirkan rasa tidak puas kerana masa pementasan selama satu setengah jam itu, tidak menonjolkan kekuatan watak 'Mahsuri' sebagai peranan utama dalam pementasan teater berkenaan.Selain itu, jalan cerita berakhir selepas Mahsuri dijatuhi hukuman bunuh, membuatkan penonton tertanya-tanya 'takkan sudah habis' kerana secara sinonimnya, kisah legenda ini akan menyusur reaksi Wan Darus selepas kematian isteri yang amat dicintainya itu.Ramai berpendapat, kekuatan watak Mahsuri hanya dapat dirasai ketika babak akhir pementasan iaitu ketika dia dibawa ke tempat hukuman, menyumpah Langkawi menjadi padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan dan dihukum bunuh.-hmetro.com.my


kucing-kucing pernah bertugas dan tinggal di langkawi, permata kedah untuk beberapa tahun dan pernah jugak beberapa kali menonton persembahan teater Mek Mulong di Perkampungan Mahsuri di Kg. Mawat, Mukim Ulu Melaka. Sememangnya persembahan yang hebat yang dipersembahkan oleh anak jati Kg. Mawat sendiri, sehingga ada yang menitiskan air mata. Kalau tak percaya, gi tengok sendiri...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan