IKLAN


DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU

Raja-Raja Melayu

Raja-Raja Melayu

INILAH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat RAJA-RAJA dan PEMIMPIN-PEMIMPIN MELAYU yang diperbuat 51 tahun dahulu semasa MERDEKA 31 OGOS 1957
“KAMI WASIATKAN kepada zuriat keturunankami 7 PERKARA yang mana jika kamubersatu padu dan berpegang teguhkepadanya selama itulah kamu akan selama sejahtera”
PERKARA SATU•
Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
PERKARA DUA•
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan isytihar dan simpan, selain gunung-ganang tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum yang lain.
PERKARA TIGA•
Bagi menjaga kamu dan melindungi anak-anak kamu harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU untuk membenteraskan kekacauan dalam Negara dan ancaman dari Luar Negara.
PERKARA EMPAT•
Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kadaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah Negara ini
PERKARA LIMA•
Kami tetapkan ISLAM ialah AGAMA PERSEKUTUAN
PERKARA ENAM•
Kami tetapkan juga bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU
dan
PERKARA TUJUH•
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri SABAH dan SARAWAK.

Pilihan Juara WC 2010

25 April 2009

PEPE digantung 10 perlawanan



MADRID: Pemain pertahanan Real Madrid, Pepe diharamkan bermain 10 perlawanan selepas menerima kad merah yang menyaksikannya bertindak kasar ke atas pemain Garafe pada perlawanan liga, Selasa lalu. Pada perlawanan itu, Real kalahkah Getafe 3-2 di Stadium Bernabeu. Dengan hukuman itu, Pepe, pemain antarabangsa Pertugal akan kehilangan Ini termasuk perlawanan di tempat sendiri dengan pendahulu liga, Barcelona, minggu depan. Hukuman terhadap Pepe dijatuhkan oleh jawatankuasa disiplin Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF). Insiden itu berlaku ketika kedudukan terikat 2-2 dengan tiga minit lagi perlawanan tamat, Pepe menolak Francisco Casquero sebelum pengadil memberikan penalti.
Pepe yang terus berang kemudian menendang Casquero sebelum memijak dengan kasut bolanya di belakang pemain lawan itu. Dia kemudian menampar seorang lagi pemain Getafe, Juan Albin, yang cuba meleraikan keadaan ketika itu. Pengadil terus melayangkannya kad merah dan sebelum itu Pepe sudahpun diberi kad kuning. - Reuters
kucing-jangan ada kelakuan sebegini di kalangan pemain bolasepak tempatan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan