IKLAN


DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU

Raja-Raja Melayu

Raja-Raja Melayu

INILAH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat RAJA-RAJA dan PEMIMPIN-PEMIMPIN MELAYU yang diperbuat 51 tahun dahulu semasa MERDEKA 31 OGOS 1957
“KAMI WASIATKAN kepada zuriat keturunankami 7 PERKARA yang mana jika kamubersatu padu dan berpegang teguhkepadanya selama itulah kamu akan selama sejahtera”
PERKARA SATU•
Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
PERKARA DUA•
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan isytihar dan simpan, selain gunung-ganang tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum yang lain.
PERKARA TIGA•
Bagi menjaga kamu dan melindungi anak-anak kamu harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU untuk membenteraskan kekacauan dalam Negara dan ancaman dari Luar Negara.
PERKARA EMPAT•
Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kadaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah Negara ini
PERKARA LIMA•
Kami tetapkan ISLAM ialah AGAMA PERSEKUTUAN
PERKARA ENAM•
Kami tetapkan juga bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU
dan
PERKARA TUJUH•
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri SABAH dan SARAWAK.

Pilihan Juara WC 2010

30 Julai 2009

Pertahankan aqidah, syariat dan amalan..


Malam selasa lepas, kucing dan isteri ke Masjid Saidina Ali krw, Batalion 2, PGA Kulim untuk mendengar ceramah israk mi'raj yang telah disampaikan oleh Ustaz Roslan bin Che Ros. Diantara intipati ceramah beliau ialah, sekiranya kita sebagai umat Islam ingin maju dan unggul. kita mesti mempertahankan 3 perkara iaitu AQIDAH, SYARIAT dan AMALAN kita, semuanya berlandaskan prinsip agama ISLAM.

Kesimpulannya ialah antara hikmah kejadian peristiwa isra' dan mi'raj ialah bagaimana perjalanan kita sebagai umat ISLAM untuk bertemu dengan pencipta kita ALLAH SWT kelak. Dan di dalam usaha kita untuk mempertahankan 3 perkara tadi, sudah pastinya kita akan menghadapai pelbagai jenis rintangan dan halangan!. Hanya mereka yang mempunyai keimanan dan ketaqwaan yang tinggi sahaja akan berjaya di dunia dan akhirat.
kucing-insaf..

DNA MISTERI!!


Inkues Setiausaha Politik Exco Selangor dedah 2 spesimen belum dikenal pasti

SHAH ALAM: Penemuan sampel DNA dua lelaki misteri di bahagian belakang pakaian dan tali pinggang Teoh Beng Hock menimbulkan persoalan pada hari pertama inkues berhubung kematian mendiang di Mahkamah Koroner di sini, semalam. Maklumat mengenai penemuan sampel DNA lelaki misteri itu didedahkan peguam cara dan peguam bela Tan Hock Chuan yang bertindak sebagai Timbalan Pendakwa Raya bagi membantu Koroner Azmil Muntapha Abas pada prosiding inkues itu. Tan memberitahu mahkamah identiti dua lelaki itu belum dikenal pasti, walaupun contoh sampel DNA daripada 102 individu yang terbabit dalam siasatan kes berkenaan sudah diambil Jabatan Kimia. "Calitan diambil daripada bahagian belakang blazer (kot) yang dipakai Teoh pada hari kejadian dan hasil laporan menunjukkan terdapat dua DNA lelaki pada bahan bukti itu. Satu daripadanya dikenal pasti sebagai DNA Teoh, yang berpadanan dengan spesimen darahnya, manakala satu lagi pemilik DNA tidak diketahui. "DNA lelaki misteri itu dan seorang lagi lelaki lain yang juga tidak diketahui, turut ditemui pada bahagian tali pinggang Teoh, yang bercampur aduk dengan DNA mendiang," katanya.-bharian.com.my

kucing-walaupun kucing tak berapa pandai bab berpolitik ni, tetapi kucing selalu ikut perkembangan semasa. Inkues kematian Teoh Beng Hock telah bermula semalam dengan penuh misterius. Cuma kucing harap, janganlah ada pihak yang cuba untuk menangguk di air yang keruh. Biarlah pihak yang dilantik menjalankan tugas dengan penuh profesional.

AUDI CUP

BOCA 1-MAN UTD 2
BAYERN 4 - MILAN 1

Semalam kucing tak berkesempatan melihat aksi MAN UTD menentang BOCA JUNIORS di 812, cuma sempat tengok BAYERN vs AC MILAN ajer. namun pagi tadi kucing bukak youtube, tengok klip game tu...siapa kata CR9 (no kat Real Madrid) aje yang boleh menghasilkan gol melalui tentangan percuma, ANDERSON pun boleh jugak...


dan aksi ANTONIO VALENCIA sememangnya kucing nanti-nantikan...sememangnya Valencia ini menjadi target jangka panjang SAF untuk menggantikan CR9..aksinya menjaringkan gol padang dari luar petak penalti sememangnya menakjubkan...kucing percaya, Valencia boleh memberi impak yang besar kepada jentera serangan MAN UTD nanti

kucing-tak sabar tunggu season baru EPL


Maaf, lama tak update!!


kucing minta maaf sebab dah lama tak update blog ni. kesibukan tugas luar serta menghadiri beberapa mesyuarat penting menghadkan masa kucing untuk menulis...namun begitu kucing sentiasa mengambil tahu tentang penulisan-penulisan sahabat-sahabat bloggers yang lain..

YANG PERLU KITA TAHU TENTANG H1N1

Sila lawat laman ini untuk mengetahui tentang perkembangan terkini tentang H1N1 di negara kita.

Situasi semasa Influenza A(H1N1)(Setakat 29 Julai 2009, jam 8.00 pagi)

Kes - Kes Baru: 47
Kes - Kes Import: 0
Kes Jangkitan Tempatan: 47
Kes Kematian: 1
Jumlah Kes di Malaysia: 1,266 termasuk 4 kematian.
574 (45%) merupakan kes import
692 (55%) kes jangkitan tempatan
1,233 kes (97%) telah sembuh
24 kes atau 2% sahaja yang sedang menerima rawatan anti-viral di hospital.
Sembilan (9) orang atau 1% sedang menerima rawatan anti-viral di rumah.

23 Julai 2009

Bukan H1N1 tapi B1N1@BINI



sikit ajerrr....

kucing teringat lawak kawan kucing dalam mesyuarat baru-baru ni...dia kata, bukanlah tak jadi melawat ke Hatyai disebabkan takutkan penyakit H1N1, tapi takut B1N1@BINI...

riuh gamat dewan mesyuarat dengan gelak ketawa..

kucing-wakaka!!

LEGAAAAA...!!!


Belum ada keputusan naik tarif elektrik
PUTRAJAYA 22 Julai - Kerajaan belum membuat sebarang keputusan mengenai cadangan menaikkan tarif elektrik, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut beliau, kajian mendalam perlu dibuat sebelum cadangan itu dimuktamadkan.
Katanya, peningkatan harga gas menyebabkan Petronas terpaksa menanggung subsidi dalam jumlah yang besar setiap tahun.
''Harga gas semakin meningkat, dan Petronas perlu keluarkan RM6.4 bilion setiap tahun, duit itu diberi kepada kerajaan untuk membiayai projek dan pembangunan rakyat," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau ditanya sama ada Kabinet yang bermesyuarat hari ini membuat keputusan berkaitan cadangan kadar baru tarif elektrik.
Ditanya kemungkinan kenaikan tarif elektrik akan diumumkan bulan depan, Perdana Menteri berkata: ''Kita belum tahu, jangan buat spekulasi."
Minggu lalu, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, Kabinet dijangka membincangkan cadangan tersebut minggu ini dan jika diluluskan ia akan dikuatkuasakan bulan depan.
Fah Kui dipetik sebagai berkata, kertas cadangan mengenai perkara itu akan dibentangkan pada mesyuarat berkenaan untuk dibincangkan.
Kelulusan kenaikan itu dianggap perlu memandangkan syarikat utiliti Tenaga Nasional Bhd. (TNB) tidak mampu lagi menampung kos kenaikan bahan api khususnya minyak.-utusan.com.my

kucing-ini merupakan satu kelegaan kepada seluruh rakyat malaysia. ketika ekonomi kita masih lagi kurang stabil, janganlah kiranya ada pihak yang mengambil kesempatan untuk menaikan harga sesuatu perkhidmatan. Tambang bas dan teksi baru saja naik, minyak pulak akan naik pada 1 sept ni, tetapi harga barang tetap terus naik, walaupun kenaikan harga tambang dan bas lansung tak der kena mengena lansung dengan harga barang. Awat, bawak barang dengan bas ker..??

JUAL LA AYAM SAMA!!


BERKELIARAN


Beberapa pekerja mengutip sebahagian daripada 4,000 ekor anak ayam yang dilepaskan oleh penternak ayam daging di hadapan pejabat Jabatan Veterinar Johor di Nusajaya, semalam.
SEBANYAK 100 penternak ayam daging Johor membuat bantahan dengan cara melepaskan 4,000 ekor anak ayam di hadapan pejabat Jabatan Veterinar negeri di Kota Iskandar, Nusajaya, semalam.
Mereka mengambil tindakan itu kerana tidak berpuas hati terhadap masalah pembahagian insentif bantuan kegawatan ekonomi yang didakwa tidak telus.
Anak-anak ayam yang dilepaskan itu berkeliaran di sekitar pejabat veterinar tersebut sehingga menimbulkan gangguan serta suasana kecoh di kalangan kakitangan jabatan tersebut-utusan.com.my

kucing-memangla comel anak-anak ayam tu, tp juallah ayam sama pada pengguna...baru ada untung!! haha

21 Julai 2009

ada yang tak kena pasal gambaq ni..??!!


kucing-kucing bukanlah nak sibuk-sibuk pasal politik, tapi bila dah tengok gambaq ni, ada sesuatu yang tak kena...nilai-nilaikanlah..

Kisah ayam panggang..


Razak pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan memesan ayam panggang seekor..Beberapa minit kemudian pesanannya sampai... Tapi sedang dia menikmatinya makanannya.. pelayan yang lain menghampirinya dan berkata.. "Maaf, Encik... Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada di sana itu. Dan ini merupakan stok ayam terakhir yang kami ada... Maaf ya Encik."

Razak menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk, ternyata badannya besar dan gagah.. lalu berkata,"Kerana terlanjur sudah makan sedikit..jadi ayam ini milik saya. lagi pun saya juga membayarnya." S

ementara si pelayan restoran nampak kebingungan, lelaki gagah tadi dengan wajah marah sambil membawa pisau menghampiri Razak.

"Hai budak.. jangan sentuh lagi..!! Apapun yang akan engkau lakukan terhadap ayam itu akan aku lakukan juga terhadap engkau. Kalau kau potong kakinya, aku akan potong kaki engkau. Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga perutmu. Pendek cerita.. apapun yang engkau lakukan, akan aku lakukan juga pada engkau."

Razak terdiam beberapa minit.. lalu perlahan-lahan Dia mengangkat ayamnya, membawa ke mulutnya dan menjilat bontot ayam tersebut...


kucing-moral of the story, janganla dok kelapaq sangat dengan ayam panggang tu, orderla benda len..kfc hot n' spicy pun dah ada balik...

ESOK BARU CABUT..!!


Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama. Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, “Adoi.. Sakitnya bang… ! Macam mana ni bang..?”Suaminya lantas menenangkan isterinya, “Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu..”
Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: “Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut.”
Sejak dari tadi bapa mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: “Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!”Terkejut besarlah kedua pengantin tu.
Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: “Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?”.

kucing-la ni dah ada dah..hahahah!!

HARIMAU MALAYA 0 MANCHESTER UNITED 2







Tahniah kepada pasukan Harimau Malaya, walaupun tewas dalam perlawanan kedua malam tadi, namun semangat pasukan yang tinggi dipamerkan oleh semua pemain, sekurang-kurangnya berjaya memberikan kemenangan 0-2 dan bukan 0-....... Gol-gol MU dijaringkan oleh Kiko Macheda (11) dan Micheal Owen
Bukan senang bagi pasukan Harimau Malaya untuk bermain 2 kali menentang MU, dan adalah bukan mudah untuk pasukan MU untuk bermain sekali lagi dengan Harimau Malaya. Ini adalah peluang hanya sekali seumur hidup untuk semua pemain Harimau Malaya.
Tetapi, janganlah hanya bersemangat bila menentang pasukan terbaik dunia ini, tetapi apabila telah berpijak dibumi yang nyata, perangai dan semangat lama terus berulang, berulang dan berulang.
Teruskan mantapkan skill, tingkatkan semangat permainan dan jangan mudah berputus asa..
Namun kekecewaan timbul dikalangan peminat yang tidak berpeluang ke Stasium Nasional kerana tiada siaran lansung di televisyen. Sepatutnya pihak RTM, TV3, NTv7, TV9 mengambil peluang ini menayangkan siaran lansung di kaca televisyen. Musti frust giler depa yang dok lepak kat nashmir mlm tadi..

kucing-TAHNIAH HARIMAU MALAYA

1.3 billion orang tua pada 2040


WASHINGTON: Penyelidik Amerika Syarikat meramalkan kadar populasi penduduk tua dunia akan bertambah dengan pantas hingga bilangan golongan itu buat pertama kalinya mengatasi kanak-kanak. Penduduk tua juga akan meningkatkan kos pencen dan penjagaan kesihatan, memaksa peningkatan dalam perbelanjaan umum yang boleh memperlahankan pertumbuhan ekonomi negara kaya dan miskin. Bilangan orang berusia 65 tahun dan ke atas mencecah 506 juta orang pada pertengahan 2008, kata Biro Bancian Amerika.

Angka berkenaan dianggarkan meningkat dua kali ganda kepada 1.3 bilion menjelang 2040, meliputi 14 peratus daripada seluruh penduduk dunia. "Orang berusia 65 tahun ke atas akan mengatasi kanak-kanak di bawah usia lima tahun buat pertama kalinya dalam sejarah," kata laporan Kevin Kinsella dan Wan He dari biro berkenaan. "Penuaan menjejaskan setiap negara di dunia," kata Richard Suzman dari Institut Penuaan Kebangsaan yang membuat laporan itu.
"Negara membangun dan maju mempunyai perbezaan tersendiri tetapi faktor penuaan global mengubah keadaan sosial dan ekonomi dunia dan memberi cabaran tersendiri." Laporan itu mendapati, mereka berusia 80 dan ke atas lebih cepat meningkat bilangannya di kebanyakan negara. Secara global, penduduk tua ini meningkat sehingga 233 peratus antara 2008 dan 2040. - Reuters


kucing-la ni umoq kucing 3..tutttt!! 2040 nanti, berapa ek? termasuk dalam jumlah kat atas kot!!!

100 JUTA!!..WOW!!


KUALA LUMPUR 20 Julai - Seorang juru ukur bahan, Nor Zaliha Mu Zahid, 32, tidak menyangka menggunakan tren KL Monorel sebagai pengangkutan utama ke tempat kerja membawa tuah kepadanya.
Dia yang diumumkan penumpang ke-100 juta perkhidmatan tren itu menerima sebuah televisyen paparan kristal cecair (LCD) Sony Bravia 40 inci daripada KL Monorail Sdn. Bhd.

kucing-bertuah kak long kita tu...100 JUTA tu!! kucing pun hanya naik sekali sekala ajer...tetapi, walaupun sekali sekali naik, pembaikan perkhidmatan perlu ditambah dan dipertingkatkan. Dah macam tin sardin...dulu kalau sebut tin sardin ni, mesti orang ramai ingat bas mini wilayah atau singkatannya BMW. Masa kucing kecik-kecik dulu, kucing tinggal di PULAPOL, Jalan Semarak..kalau nak pergi ke Choket atau Emporium Batu Road, kena naik BMW, tambang 6 kupang aje...

ini perkara serius!!

125,000 tidak bersekolah


Kerajaan tingkat prasarana elak jurang pendidikan kota, desa

SEPANG: Lebih 125,000 kanak-kanak yang mencapai umur persekolahan tercicir daripada alam persekolahan di luar bandar dan pedalaman, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Berikutan itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, banyak lagi usaha perlu dilakukan bagi memastikan semua rakyat berpeluang dan keupayaan yang sama untuk mencapai akses kepada pendidikan.

kucing-ini satu perkara yang cukup serius..sesuatu mesti dilakukan agar anak-anak ini tidak ketinggalan salam segala segi. Kucing masih ingat lagi tok guru kucing berpesan.."hanya dengan ilmu sahaja, kita takkan jadi miskin..". Ambillah tindakan yang sewajarnya, janganlah hanya sekadar melepaskan batuk ditangga semata-mata...

08 Julai 2009

PPSMI DIMANSUH...

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran Malaysia telah mengumumkan bahawa kabinet telah bersetuju untuk memansuhkan PPSMI secara beransur-ansur mulai tahun 2012. Pengajaran subjek sains akan menggunakan Bahasa Melayu di SK, dan Bahasa Ibunda masing masing di SKC dam SKT.

kucing-eloklah, tapi kenapa hendak tunggu sampai 2012? mungkin ada rasionalnya..

BEGINI HUKUMANNYA..!!




Justice Yemen-style: Paedophile who raped boy, 11, shot in the head in front of hundreds of spectators


This is criminal justice, Yemen style. A man accused of raping and murdering an 11-year-old boy is paraded through his home town before being shot dead by an executioner.
Hundreds of onlookers lined the streets to watch the gruesome scene, cheering and shouting abuse at Yehya Hussein al-Raghwah.
The boy, Hamdi al-Kabas, had reportedly come into his shop for a haircut last December during the Muslim festival of Eid. After brutally attacking him, the barber cut his body into pieces and dumped them outside the capital Sana'a.
He was given the death penalty by a Yemeni court a month later after apparently admitting his crime.
Shocking images of his final moments were released following the execution yesterday.
First he leaves the city's central prison, handcuffed and dressed in white robes. Fear etched on his face, he is surrounded by soldiers as he is led towards a ceremonial red carpet.
He is allowed to say a final prayer, his shirt is then ripped open before he is laid face down.
As a police official reads out his sentence for the last time, a doctor oversees his treatment and crowds - which appear to include children - jeer and punch the air, some filming his final moment on their mobile phones.
soldier brandishes his machine gun at the nape of the barber's neck, and within a split second it is all over. His death brings the number of executions in the country this year to nine.
Yemen is one of 59 countries which retains the death penalty, and one of its most prolific users, according to Amnesty International.
It is deployed for a variety of violent and non-violent crimes including apostasy and adultery.
Last year Yemen executed 13 people, according to those Amnesty has verified. But as no official figures are released the real toll could be far higher.
All of those died by firing squad but in recent years there have been reports of stonings and beheadings.
The deeply religious desert country has a poor human rights record and it is unclear if the barber had a fair trial.
Under sharia law, which applies in Yemen, relatives of the victims of certain categories of murder have the power to pardon the offender in exchange for compensation, grant a pardon freely or request his or her execution.

kucing-semalam kucing terbaca berita ni melalui www.dailymail.co.uk. Ini adalah hukuman yang dijatuhkan kepada seorang penyumbangharam yang telah merogol seorang budak lelaki berusia 11 tahun. Bukan setakat hukuman tembak saja, malah hukuman dijalankan di hadapan orang ramai. Sepatutnya inilah bentuk hukuman yang patut dijatuhkan kepada pelaku sumbang haram!! pedulikan hak asasi!! pedulikan kejam!! pedulikan apa orang lain nak kata!! Apa komen??

SAPA NAK BELI...???!!!

BELI JANGAN TAK BELI
SOCCER ace Cristiano Ronaldo is staging a “Summer Sale” as he moves to Spain.
Ronaldo, 24, is putting three of his luxury CARS up for sale for £195,000.
Pals believe the ex-Man United hero may also flog his £4million MANSION in Alderley Edge, Cheshire.
And he could leave behind some of his designer GEAR — giving fans a chance to snap it up in charity shops.
First up for grabs are his Bentley Continental GT Speed (price £114,950), Porsche 911 Carrera 2 Tiptronic S (£69,995) and Mercedes C220CDI (£10,795).
All three are being sold through Manchester-based dealer Vehicle Consulting and are on Auto Trader.


kucing-sapa nak beli boleh berkunjung ke mana-mana kedai jual kereta second-hand..jangan lupa sebut "WA NAK BELI KERETA CRISTIANO RONALDO..CASH!!!"

KEPUTUSAN PPSMI...


Melalui berita RTM jam 1 tadi, kucing mendapat tahu bahawa TS MUHYIDDIN YASSIN akan mengumumkan keputusan samada PPSMI akan diteruskan atau tidak secara lansung di RTM 1, jam 2.30 petang ini.


Muka depan berita harian hari ni pun tulis PPSMI DIMANSUH?! dalam utusan malaysia pun sama..


kucing-pasti tak berganjak!

Lelaki ke-2 tertinggi di dunia...



Petang semalam kucing dengan isteri pi la makan pasemboq kat padang kota...sambil-sambil tu isteri kucing nak jumpa dengan kawan dia yang dah lama tak jumpa yang kebetulan berkursus pi penang...


Tengah seronok kupas kerang bakaq dengan makan pasemboq tu, tiba-tiba datang seorang insan yang cukup istimewa yang menarik perhatian ramai pengunjung kat situ.


Dia adalah Ijaz Ahmed, 26-lelaki kedua tertinggi di dunia. Sememangnya peluang ni tak dapat dilepaskan oleh kucing, isteri dan kawannya. Kucing dapat tahu melalui flyers yang diedarkan, oleh kerana fizikalnya yang terlalu tinggi, Ijaz yang berasal dari Pakistan menghadapi pelbagai kesulitan sehingga terpaksa menjalani pembedahan kaki. Bagaimanapun, disebabkan kos pembedahan mencecah AS$50,000, Ijaz terpaksa mengembara untuk mendapatkan dana. Ijaz yang ditemani penjaganya, Jamil Ahmed, berlegar di kompleks makanan itu dengan memberi peluang orang ramai bergambar kenangan dengannya.




kucing-bila tengok tapak tangan dia, sama panjang dengan pinggan yang isi kerang bakaq yang kucing makan..haha

Mahalnya!!!

Pembantu rumah Filipina mahu RM1,421

KUALA LUMPUR: Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa) menghadapi masalah membawa masuk kira-kira 50,000 pembantu rumah wanita Islam dari kepulauan Mindanao, Selatan Filipina ke negara ini berikutan syarat gaji yang terlalu tinggi. Presiden Papa, Datuk Raja Zulkepley Dahalan, berkata Kerajaan Filipina menetapkan syarat baru setiap pembantu rumah daripada negara itu yang dibawa masuk ke negara ini dibayar gaji AS$400 (RM1,421). Beliau berkata, Papa berpendapat gaji itu terlalu mahal dan akan membebankan majikan di Malaysia yang ingin menggunakan khidmat pembantu rumah daripada Filipina.
"Papa sebelum ini berbincang dengan Atase Pekerjaan Kedutaan Filipina di sini dan menetapkan gaji bagi pembantu rumah dari Mindanao di antara RM850 hingga RM1,000. Bagaimanapun, selepas itu kami difahamkan, kerajaan Filipina menetapkan syarat baru iaitu gaji pembantu rumahnya dibayar AS$400. "Bagaimanapun kami sudah mengadakan perbincangan susulan dengan Atase Pekerjaan Kedutaan Filipina dan mereka akan mengemukakan rayuan kepada kerajaan mereka. Kita berharap kerajaan Filipina akan mengkaji semula perkara itu," katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

kucing-apa hebat sangat pembantu rumah filipina tu? kalau betul ada yang sanggup bayaq gaji sebanyak tu, kucing sanggup berenti kerja! hahah

Kepimpinan DS Najib diterima

Sokongan meningkat 65 peratus berbanding sebelum jadi PM KUALA LUMPUR: Menjelang genap 100 hari memikul tanggungjawab sebagai Perdana Menteri pada Ahad depan, Datuk Seri Najib Razak menunjukkan pencapaian membanggakan apabila kaji selidik menunjukkan 65 peratus daripada responden menerima keputusan dan langkah pentadbirannya memperbaiki ekonomi negara. Kaji selidik Merdeka Centre, sebuah pusat penyelidikan tempatan itu mendapati kadar penerimaan terhadap kepemimpinan Najib meningkat daripada 42 peratus sebelum mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kepada 46 peratus pada pertengahan Mei dan melonjak kepada 65 peratus baru-baru ini. Hanya 22 peratus daripada 1,060 tinjauan pendapat yang dilakukan antara 19 Jun hingga 1 Julai kurang berpuas hati dengan pencapaian Najib, manakala 13 peratus lagi tidak membuat keputusan.
Pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Suffian, berkata perangkaan itu membuktikan mereka menerima inisiatif dasar yang dilaksanakan Perdana Menteri, termasuk pelbagai mesej yang beliau sampaikan. "Malah, ada yang semakin mempercayai kepemimpinan beliau dan ia diterjemahkan dengan kadar peratusan yang tinggi itu," katanya. Antara soalan yang dikemukakan dalam tinjauan pendapat di kalangan rakyat Malaysia itu ialah hasil pencapaian Perdana Menteri, sentimen berkaitan negara, ekonomi dan langkah ke arah liberalisasi ekonomi.
Sejak mengisi kerusi Perdana Menteri, Najib memperkenalkan pelbagai langkah menerusi model ekonomi baru negara dengan liberalisasi sektor perkhidmatan kewangan, termasuk membenarkan warga asing memiliki pelaburan bank dan syarikat insurans. Minggu lalu beliau menurunkan 30 peratus pemilikan Bumiputera untuk syarikat tempatan yang akan disenaraikan dan mengurangkan peranan serta kuasa Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) serta mengumumkan kategori baru biasiswa berasaskan merit mulai tahun depan. Ibrahim berkata, kaji selidik juga mendapati masyarakat Melayu memberi sokongan paling padu terhadap Najib. "Sebanyak 74 peratus masing-masing di kalangan responden Melayu dan India berpuas hati dengan pencapaian Najib sebagai Perdana Menteri, manakala tahap sokongan masyarakat Cina pula 48 peratus," katanya.
Kaji selidik juga menunjukkan majoriti responden menerima keputusan Najib untuk meliberalisasikan ekonomi negara. Sebanyak 62 peratus responden percaya liberalisasi dapat membantu negara untuk jangka masa panjang, manakala 21 peratus tidak yakin ia dapat membantu negara dan 17 peratus tidak memberi maklum balas kepada soalan itu. "Sebagai tambahan, 60 peratus percaya liberalisasi dapat membantu masyarakat Melayu untuk jangka masa panjang. "Kaji selidik juga menunjukkan di sebalik berhadapan situasi meruncing dalam usaha membentuk semula ekonomi negara sejak krisis kewangan Asia, responden optimis terhadap situasi ekonomi dan keupayaan Najib mentadbir negara menyusuri landasan yang betul," katanya-bharian.com.my

kucing-ini menunjukkan perubahan akan berlaku.

MAAF, BZ SKET...

maaf lah sebab kucing lama tak update blog ni. bz ngan keja, hantaq adik adik pi mengaji dan sewaktu dengannya...

kucing-nk tulih balik...