Petang semalam kucing dengan isteri pi la makan pasemboq kat padang kota...sambil-sambil tu isteri kucing nak jumpa dengan kawan dia yang dah lama tak jumpa yang kebetulan berkursus pi penang...
Tengah seronok kupas kerang bakaq dengan makan pasemboq tu, tiba-tiba datang seorang insan yang cukup istimewa yang menarik perhatian ramai pengunjung kat situ.
Dia adalah Ijaz Ahmed, 26-lelaki kedua tertinggi di dunia. Sememangnya peluang ni tak dapat dilepaskan oleh kucing, isteri dan kawannya. Kucing dapat tahu melalui flyers yang diedarkan, oleh kerana fizikalnya yang terlalu tinggi, Ijaz yang berasal dari Pakistan menghadapi pelbagai kesulitan sehingga terpaksa menjalani pembedahan kaki. Bagaimanapun, disebabkan kos pembedahan mencecah AS$50,000, Ijaz terpaksa mengembara untuk mendapatkan dana. Ijaz yang ditemani penjaganya, Jamil Ahmed, berlegar di kompleks makanan itu dengan memberi peluang orang ramai bergambar kenangan dengannya.
kucing-bila tengok tapak tangan dia, sama panjang dengan pinggan yang isi kerang bakaq yang kucing makan..haha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan