IKLAN


DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU

Raja-Raja Melayu

Raja-Raja Melayu

INILAH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat RAJA-RAJA dan PEMIMPIN-PEMIMPIN MELAYU yang diperbuat 51 tahun dahulu semasa MERDEKA 31 OGOS 1957
“KAMI WASIATKAN kepada zuriat keturunankami 7 PERKARA yang mana jika kamubersatu padu dan berpegang teguhkepadanya selama itulah kamu akan selama sejahtera”
PERKARA SATU•
Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
PERKARA DUA•
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan isytihar dan simpan, selain gunung-ganang tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum yang lain.
PERKARA TIGA•
Bagi menjaga kamu dan melindungi anak-anak kamu harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU untuk membenteraskan kekacauan dalam Negara dan ancaman dari Luar Negara.
PERKARA EMPAT•
Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kadaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah Negara ini
PERKARA LIMA•
Kami tetapkan ISLAM ialah AGAMA PERSEKUTUAN
PERKARA ENAM•
Kami tetapkan juga bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU
dan
PERKARA TUJUH•
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri SABAH dan SARAWAK.

Pilihan Juara WC 2010

30 Julai 2009

Pertahankan aqidah, syariat dan amalan..


Malam selasa lepas, kucing dan isteri ke Masjid Saidina Ali krw, Batalion 2, PGA Kulim untuk mendengar ceramah israk mi'raj yang telah disampaikan oleh Ustaz Roslan bin Che Ros. Diantara intipati ceramah beliau ialah, sekiranya kita sebagai umat Islam ingin maju dan unggul. kita mesti mempertahankan 3 perkara iaitu AQIDAH, SYARIAT dan AMALAN kita, semuanya berlandaskan prinsip agama ISLAM.

Kesimpulannya ialah antara hikmah kejadian peristiwa isra' dan mi'raj ialah bagaimana perjalanan kita sebagai umat ISLAM untuk bertemu dengan pencipta kita ALLAH SWT kelak. Dan di dalam usaha kita untuk mempertahankan 3 perkara tadi, sudah pastinya kita akan menghadapai pelbagai jenis rintangan dan halangan!. Hanya mereka yang mempunyai keimanan dan ketaqwaan yang tinggi sahaja akan berjaya di dunia dan akhirat.
kucing-insaf..

1 ulasan:

  1. Allah hu akbar............SALAM MERISIK KHABAR....


    Aku juga INSAF.......

    BalasPadam