IKLAN


DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU

Raja-Raja Melayu

Raja-Raja Melayu

INILAH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat RAJA-RAJA dan PEMIMPIN-PEMIMPIN MELAYU yang diperbuat 51 tahun dahulu semasa MERDEKA 31 OGOS 1957
“KAMI WASIATKAN kepada zuriat keturunankami 7 PERKARA yang mana jika kamubersatu padu dan berpegang teguhkepadanya selama itulah kamu akan selama sejahtera”
PERKARA SATU•
Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
PERKARA DUA•
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan isytihar dan simpan, selain gunung-ganang tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum yang lain.
PERKARA TIGA•
Bagi menjaga kamu dan melindungi anak-anak kamu harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU untuk membenteraskan kekacauan dalam Negara dan ancaman dari Luar Negara.
PERKARA EMPAT•
Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kadaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah Negara ini
PERKARA LIMA•
Kami tetapkan ISLAM ialah AGAMA PERSEKUTUAN
PERKARA ENAM•
Kami tetapkan juga bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU
dan
PERKARA TUJUH•
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri SABAH dan SARAWAK.

Pilihan Juara WC 2010

30 Julai 2009

DNA MISTERI!!


Inkues Setiausaha Politik Exco Selangor dedah 2 spesimen belum dikenal pasti

SHAH ALAM: Penemuan sampel DNA dua lelaki misteri di bahagian belakang pakaian dan tali pinggang Teoh Beng Hock menimbulkan persoalan pada hari pertama inkues berhubung kematian mendiang di Mahkamah Koroner di sini, semalam. Maklumat mengenai penemuan sampel DNA lelaki misteri itu didedahkan peguam cara dan peguam bela Tan Hock Chuan yang bertindak sebagai Timbalan Pendakwa Raya bagi membantu Koroner Azmil Muntapha Abas pada prosiding inkues itu. Tan memberitahu mahkamah identiti dua lelaki itu belum dikenal pasti, walaupun contoh sampel DNA daripada 102 individu yang terbabit dalam siasatan kes berkenaan sudah diambil Jabatan Kimia. "Calitan diambil daripada bahagian belakang blazer (kot) yang dipakai Teoh pada hari kejadian dan hasil laporan menunjukkan terdapat dua DNA lelaki pada bahan bukti itu. Satu daripadanya dikenal pasti sebagai DNA Teoh, yang berpadanan dengan spesimen darahnya, manakala satu lagi pemilik DNA tidak diketahui. "DNA lelaki misteri itu dan seorang lagi lelaki lain yang juga tidak diketahui, turut ditemui pada bahagian tali pinggang Teoh, yang bercampur aduk dengan DNA mendiang," katanya.-bharian.com.my

kucing-walaupun kucing tak berapa pandai bab berpolitik ni, tetapi kucing selalu ikut perkembangan semasa. Inkues kematian Teoh Beng Hock telah bermula semalam dengan penuh misterius. Cuma kucing harap, janganlah ada pihak yang cuba untuk menangguk di air yang keruh. Biarlah pihak yang dilantik menjalankan tugas dengan penuh profesional.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan