Pembantu rumah Filipina mahu RM1,421
KUALA LUMPUR: Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa) menghadapi masalah membawa masuk kira-kira 50,000 pembantu rumah wanita Islam dari kepulauan Mindanao, Selatan Filipina ke negara ini berikutan syarat gaji yang terlalu tinggi. Presiden Papa, Datuk Raja Zulkepley Dahalan, berkata Kerajaan Filipina menetapkan syarat baru setiap pembantu rumah daripada negara itu yang dibawa masuk ke negara ini dibayar gaji AS$400 (RM1,421). Beliau berkata, Papa berpendapat gaji itu terlalu mahal dan akan membebankan majikan di Malaysia yang ingin menggunakan khidmat pembantu rumah daripada Filipina.
"Papa sebelum ini berbincang dengan Atase Pekerjaan Kedutaan Filipina di sini dan menetapkan gaji bagi pembantu rumah dari Mindanao di antara RM850 hingga RM1,000. Bagaimanapun, selepas itu kami difahamkan, kerajaan Filipina menetapkan syarat baru iaitu gaji pembantu rumahnya dibayar AS$400. "Bagaimanapun kami sudah mengadakan perbincangan susulan dengan Atase Pekerjaan Kedutaan Filipina dan mereka akan mengemukakan rayuan kepada kerajaan mereka. Kita berharap kerajaan Filipina akan mengkaji semula perkara itu," katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.
kucing-apa hebat sangat pembantu rumah filipina tu? kalau betul ada yang sanggup bayaq gaji sebanyak tu, kucing sanggup berenti kerja! hahah
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan