IKLAN


DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU

Raja-Raja Melayu

Raja-Raja Melayu

INILAH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat RAJA-RAJA dan PEMIMPIN-PEMIMPIN MELAYU yang diperbuat 51 tahun dahulu semasa MERDEKA 31 OGOS 1957
“KAMI WASIATKAN kepada zuriat keturunankami 7 PERKARA yang mana jika kamubersatu padu dan berpegang teguhkepadanya selama itulah kamu akan selama sejahtera”
PERKARA SATU•
Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
PERKARA DUA•
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan isytihar dan simpan, selain gunung-ganang tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum yang lain.
PERKARA TIGA•
Bagi menjaga kamu dan melindungi anak-anak kamu harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU untuk membenteraskan kekacauan dalam Negara dan ancaman dari Luar Negara.
PERKARA EMPAT•
Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kadaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah Negara ini
PERKARA LIMA•
Kami tetapkan ISLAM ialah AGAMA PERSEKUTUAN
PERKARA ENAM•
Kami tetapkan juga bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU
dan
PERKARA TUJUH•
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri SABAH dan SARAWAK.

Pilihan Juara WC 2010

21 Julai 2009

100 JUTA!!..WOW!!


KUALA LUMPUR 20 Julai - Seorang juru ukur bahan, Nor Zaliha Mu Zahid, 32, tidak menyangka menggunakan tren KL Monorel sebagai pengangkutan utama ke tempat kerja membawa tuah kepadanya.
Dia yang diumumkan penumpang ke-100 juta perkhidmatan tren itu menerima sebuah televisyen paparan kristal cecair (LCD) Sony Bravia 40 inci daripada KL Monorail Sdn. Bhd.

kucing-bertuah kak long kita tu...100 JUTA tu!! kucing pun hanya naik sekali sekala ajer...tetapi, walaupun sekali sekali naik, pembaikan perkhidmatan perlu ditambah dan dipertingkatkan. Dah macam tin sardin...dulu kalau sebut tin sardin ni, mesti orang ramai ingat bas mini wilayah atau singkatannya BMW. Masa kucing kecik-kecik dulu, kucing tinggal di PULAPOL, Jalan Semarak..kalau nak pergi ke Choket atau Emporium Batu Road, kena naik BMW, tambang 6 kupang aje...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan