IKLAN


DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU

Raja-Raja Melayu

Raja-Raja Melayu

INILAH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat RAJA-RAJA dan PEMIMPIN-PEMIMPIN MELAYU yang diperbuat 51 tahun dahulu semasa MERDEKA 31 OGOS 1957
“KAMI WASIATKAN kepada zuriat keturunankami 7 PERKARA yang mana jika kamubersatu padu dan berpegang teguhkepadanya selama itulah kamu akan selama sejahtera”
PERKARA SATU•
Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
PERKARA DUA•
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan isytihar dan simpan, selain gunung-ganang tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum yang lain.
PERKARA TIGA•
Bagi menjaga kamu dan melindungi anak-anak kamu harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU untuk membenteraskan kekacauan dalam Negara dan ancaman dari Luar Negara.
PERKARA EMPAT•
Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kadaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah Negara ini
PERKARA LIMA•
Kami tetapkan ISLAM ialah AGAMA PERSEKUTUAN
PERKARA ENAM•
Kami tetapkan juga bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU
dan
PERKARA TUJUH•
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri SABAH dan SARAWAK.

Pilihan Juara WC 2010

21 Julai 2009

HARIMAU MALAYA 0 MANCHESTER UNITED 2







Tahniah kepada pasukan Harimau Malaya, walaupun tewas dalam perlawanan kedua malam tadi, namun semangat pasukan yang tinggi dipamerkan oleh semua pemain, sekurang-kurangnya berjaya memberikan kemenangan 0-2 dan bukan 0-....... Gol-gol MU dijaringkan oleh Kiko Macheda (11) dan Micheal Owen
Bukan senang bagi pasukan Harimau Malaya untuk bermain 2 kali menentang MU, dan adalah bukan mudah untuk pasukan MU untuk bermain sekali lagi dengan Harimau Malaya. Ini adalah peluang hanya sekali seumur hidup untuk semua pemain Harimau Malaya.
Tetapi, janganlah hanya bersemangat bila menentang pasukan terbaik dunia ini, tetapi apabila telah berpijak dibumi yang nyata, perangai dan semangat lama terus berulang, berulang dan berulang.
Teruskan mantapkan skill, tingkatkan semangat permainan dan jangan mudah berputus asa..
Namun kekecewaan timbul dikalangan peminat yang tidak berpeluang ke Stasium Nasional kerana tiada siaran lansung di televisyen. Sepatutnya pihak RTM, TV3, NTv7, TV9 mengambil peluang ini menayangkan siaran lansung di kaca televisyen. Musti frust giler depa yang dok lepak kat nashmir mlm tadi..

kucing-TAHNIAH HARIMAU MALAYA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan