IKLAN


DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU

Raja-Raja Melayu

Raja-Raja Melayu

INILAH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat RAJA-RAJA dan PEMIMPIN-PEMIMPIN MELAYU yang diperbuat 51 tahun dahulu semasa MERDEKA 31 OGOS 1957
“KAMI WASIATKAN kepada zuriat keturunankami 7 PERKARA yang mana jika kamubersatu padu dan berpegang teguhkepadanya selama itulah kamu akan selama sejahtera”
PERKARA SATU•
Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
PERKARA DUA•
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan isytihar dan simpan, selain gunung-ganang tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum yang lain.
PERKARA TIGA•
Bagi menjaga kamu dan melindungi anak-anak kamu harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU untuk membenteraskan kekacauan dalam Negara dan ancaman dari Luar Negara.
PERKARA EMPAT•
Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kadaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah Negara ini
PERKARA LIMA•
Kami tetapkan ISLAM ialah AGAMA PERSEKUTUAN
PERKARA ENAM•
Kami tetapkan juga bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU
dan
PERKARA TUJUH•
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri SABAH dan SARAWAK.

Pilihan Juara WC 2010

23 Julai 2009

LEGAAAAA...!!!


Belum ada keputusan naik tarif elektrik
PUTRAJAYA 22 Julai - Kerajaan belum membuat sebarang keputusan mengenai cadangan menaikkan tarif elektrik, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut beliau, kajian mendalam perlu dibuat sebelum cadangan itu dimuktamadkan.
Katanya, peningkatan harga gas menyebabkan Petronas terpaksa menanggung subsidi dalam jumlah yang besar setiap tahun.
''Harga gas semakin meningkat, dan Petronas perlu keluarkan RM6.4 bilion setiap tahun, duit itu diberi kepada kerajaan untuk membiayai projek dan pembangunan rakyat," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau ditanya sama ada Kabinet yang bermesyuarat hari ini membuat keputusan berkaitan cadangan kadar baru tarif elektrik.
Ditanya kemungkinan kenaikan tarif elektrik akan diumumkan bulan depan, Perdana Menteri berkata: ''Kita belum tahu, jangan buat spekulasi."
Minggu lalu, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, Kabinet dijangka membincangkan cadangan tersebut minggu ini dan jika diluluskan ia akan dikuatkuasakan bulan depan.
Fah Kui dipetik sebagai berkata, kertas cadangan mengenai perkara itu akan dibentangkan pada mesyuarat berkenaan untuk dibincangkan.
Kelulusan kenaikan itu dianggap perlu memandangkan syarikat utiliti Tenaga Nasional Bhd. (TNB) tidak mampu lagi menampung kos kenaikan bahan api khususnya minyak.-utusan.com.my

kucing-ini merupakan satu kelegaan kepada seluruh rakyat malaysia. ketika ekonomi kita masih lagi kurang stabil, janganlah kiranya ada pihak yang mengambil kesempatan untuk menaikan harga sesuatu perkhidmatan. Tambang bas dan teksi baru saja naik, minyak pulak akan naik pada 1 sept ni, tetapi harga barang tetap terus naik, walaupun kenaikan harga tambang dan bas lansung tak der kena mengena lansung dengan harga barang. Awat, bawak barang dengan bas ker..??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan