IKLAN


DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU

Raja-Raja Melayu

Raja-Raja Melayu

INILAH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat RAJA-RAJA dan PEMIMPIN-PEMIMPIN MELAYU yang diperbuat 51 tahun dahulu semasa MERDEKA 31 OGOS 1957
“KAMI WASIATKAN kepada zuriat keturunankami 7 PERKARA yang mana jika kamubersatu padu dan berpegang teguhkepadanya selama itulah kamu akan selama sejahtera”
PERKARA SATU•
Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
PERKARA DUA•
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan isytihar dan simpan, selain gunung-ganang tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum yang lain.
PERKARA TIGA•
Bagi menjaga kamu dan melindungi anak-anak kamu harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU untuk membenteraskan kekacauan dalam Negara dan ancaman dari Luar Negara.
PERKARA EMPAT•
Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kadaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah Negara ini
PERKARA LIMA•
Kami tetapkan ISLAM ialah AGAMA PERSEKUTUAN
PERKARA ENAM•
Kami tetapkan juga bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU
dan
PERKARA TUJUH•
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri SABAH dan SARAWAK.

Pilihan Juara WC 2010

20 Oktober 2009

53.6 peratus penjawat awam lelaki

SEHINGGA 31 September lalu, bilangan kakitangan awam ialah seramai 1,222,947 orang, membabitkan pelbagai kaum, dengan penjawat Melayu 932,225 orang, Cina (72,875), India (50,140) dan kaum lain (167,707).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata pecahan mengikut jantina pula ialah 654,909 (53.6 peratus) lelaki manakala selebihnya perempuan.
Beliau berkata, bagi mengurangkan bilangan penjawat awam yang dikenakan tindakan tatatertib dan dibuang kerja, kerajaan melalui agensi awam dari semasa ke semasa melaksanakan program peningkatan keutuhan dan integriti.“Misalnya melalui pengkuatkuasaan peraturan, penerapan nilai murni dan etika serta kursus tatatertib yang bertujuan meningkatkan penghayatan terhadap tata kelakuan dan integriti sebagai penjawat awam.-hmetro.com.my

kucing-sebahagian daripada jumlah tu...

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum...blh saya tahu ttng bilangan kakitangan awam pada tahun 2012 or 2013 plak?

    selain drp itu..kakitangan awam nie banyak dan luas kan? di peringkat pusat dan negeri dsbnya

    bagaimana pula dengan kakitangan awam di kementerian-kementerian- iaitu diperngkat pusat! BOLEH SAYA TAHU MENGENAI PERATUSAN KAKITANGAN LELAKI DAN WANITA TERUTAMA DI BAHAGIAN KUMPULAN SOKONGAN...TQ!

    BalasPadam